Tewas di Emirates: Arsenal 1 Liverpool 0

Perhatian, buka di tetingkap baru. PDFCetakEmel



Ketika prestasi kita di tahap yang memberangsangkan dan sebaliknya buat Arsenal, sekali lagi badi di Emirates menghantui skuad The Reds, yang kali ini terpaksa pulang dengan kekalahan 0-1. Walaupun begitu, semangat perjuangan para pemain seharusnya dipuji kerana mereka sebenarnya bertungkus lumus untuk meneruskan aksi cemerlang 7 permainan sebelum ini.


Turun dengan barisan yang hampir serupa dalam perlawanan menentang Everton tempoh hari, dengan hanya pertukaran di bahagian pertahanan; di mana Agger menggantikan Kyrgiakos (yang tidak dapat beraksi akibat kad merah), yang merupakan calon yang sesuai bagi mengekang asakan Arsenal. Namun tidak dapat dipastikan kenapa Rafa masih suka menurunkan Ngog di hadapan berbanding Kuyt, dan Maxi di sebelah kiri.. di mana Riera? Bukankah Maxi sesuai di sebelah kanan. Jika tidakpun, Babel juga boleh bermain sebelah kiri (yang hampir menjaringkan gol pada minit ke 85 dengan rembatan deras jarak 30 meter). Permainan Lucas kali ini lebih OK berbanding sebelumnya dan wira kita dalam 4 perlawanan sebelum ini, Dirk Kuyt seperti kurang bermaya dan banyak dibayangi oleh pertahanan lawan, yang mungkin membuat close mark kepadanya.

Hasilnya, tandukan Abou Diaby pada minit ke 71 meleburkan rekod tanpa kalah dalam 7 perlawanan kita, dan meneruskan rekod tanpa kemenangan kita di Emirates. Tiada yang lebih terkilan pada saat akhir apabila tendangan percuma oleh Kapten Fantastic terkena tangan kapten Arsenal, Fabregas tetapi tidak dihadiahkan sepakan penalti. Sesiapa saja di dunia pasti nampak insiden ini. Namun, kita harus akur dengan kehilangan mata dalam perlawanan kali ini, harapnya dalam perlawanan BPL berikutnya di Eastland (21/2/2010 bertemu Manchester City), kita akan mampu mengukir kemenangan lagi. Sebelum itu, kita akan menerima kunjungan Unirea di Anfield pada 18 Februari untuk pusingan pertama 32 pasukan dalam Liga Europa. Good luck!

Barisan (vs Arsenal):
Reina, Carragher (Degen), Skrtel, Agger, Insua, Mascherano, Lucas (Babel), Kuyt, Maxi, Gerrard, Ngog

http://my-reds.blogspot.com
Komen
Carian
idharj   |Registered |12-02-10 08:05:32
avatar kita kalah kerana kebodohan pengurus yg memang tak reti atur strategi.bila
tengok 1st eleven pun dah tau kita tak akan menang.
hanya ahli berdaftar boleh mennghantar komen!!

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

0
Fans Liverpool Berdaftar