Berita Liga perdana

EPL : Kita Akan Bangkit

LAST_UPDATED2 Ditulis oleh beemer SUNDAY, 18 OCTOBER 2009 22:20
Perhatian, buka di tetingkap baru. PDFCetakEmel

Tewas kali keempat pada musim ini di Liga Perdana Inggeris. Tidak banyak yang boleh saya komen kerana pasukan kita memang tidak cukup baik semalam. Gol Belon? Memang kita tidak bernasib baik kerana kita dibolosi gol sebegitu. Saya amat pasti budak kecik yang cerdik pandai itu akan phobia seumur hidup disebabkan kepandaian beliau membaling bola pantai ke depan gawang Liverpool. Mungkin beliau juga akan tukar pasukan kerana perasaan phobia tersebut. Kita harap beliau tidak berbuat sedemikian dan terus menyokong Liverpool. Kesebelasan utama yang memang amat pelik semalam menyebabkan kita gagal mendapatkan sebarang mata dari Stadium of Light. Kata Steve Bruce, mereka layak menang dan boleh menjaringkan 3-4 gol lagi pada separuh masa kedua. Betul ker? Rasanya skuad Kucing Hitam ni terkangkang menahan asakan Liverpool pada separuh masa kedua sehingga Bruce naik angin dengan Rafa. Mereka hanya bergantung kepada counter attack untuk menyerang Liverpool. Cuma pemain-pemain Liverpool gagal memanfaatkan peluang yang ada. Apabila melihat kesebelasan utama yang Rafa turunkan semalam, amat jelas tumpuan Rafa adalah kepada perlawanan dengan Lyon dan Manyoo pada minggu hadapan. Menyimpan Insua, Riera serta Mascherano di bangku simpanan dan merehatkan Gerrard serta Torres memang perancangan Rafa adalah untuk memenangi perlawanan-perlawanan tersebut. Dengan kesebelasan semalam, bonus untuk Liverpool jika kita menang atau seri perlawanan tersebut. Saya sedar amat sukar untuk menang dengan kesebelasan pemain semalam, seri adalah lebih realistik. Namun nasib tidak menyebelahi kita semalam. Kesebelasan pemain yang diturunkan telah menunjukkan kita memang kekurangan kualiti di bangku simpanan.

Read more

 

EPL : Kita Belum Mengalah

LAST_UPDATED2 Ditulis oleh beemer MONDAY, 05 OCTOBER 2009 16:10
Perhatian, buka di tetingkap baru. PDFCetakEmel
Ramai yang kecewa apabila kita tewas buat kali ketiga di Liga Perdana Inggeris pada musim ini. Kali kedua berturut-turut dalam masa seminggu dengan jumlah jaringan yang sama di tempat lawan. Anda perlu kecewa jika anda adalah benar-benar seorang peminat Liverpool. Kecewa kerana kita gagal membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata pada perlawanan ini. Namun harus saya ingatkan rakan-rakan sekalian, lawan yang kita hadapi semalam adalah antara pencabar utama kejuaraan liga pada musim ini dan mereka bermain di kandang sendiri. Tidak hairanlah mereka akan bermati-matian untuk mencari kemenangan dengan menggunakan pelbagai helah sepertimana yang kita semua sedia maklum. Secara keseluruhan perlawanan semalam, kita mampu bersaing dengan mereka terutama sekali pada separuh masa pertama. Alangkah baiknya jika persembahan sedemikian dapat kita teruskan sehingga akhir musim ini. Namun disebabkan hilangnya fokus pada separuh masa kedua, lawan mengambil kesempatan daripada kealpaan kita untuk menjaringkan gol kemenangan. Masih terlalu awal untuk mengaku kalah kerana perjalanan kita masih panjang dan banyak lagi ruang untuk memperbaiki permainan. Liverpool kini perlu mencapai lebih banyak kemenangan berbanding musim lalu dan kita perlu mengurangkan keputusan seri serta kalah jika masih berhajat untuk membawa pulang trofi kejuaraan liga ke Anfield. Nampak seperti mustahil, namun seperti yang selalu saya ungkapkan, Tiada Yang Mustahil Di Dalam Bolasepak. Bak kata Ancoletti, Liverpool tidak boleh diketepikan dari persaingan liga disebabkan oleh keputusan perlawanan ini.

Read more

 

BPL : El Nino Semakin Mantap!!!

LAST_UPDATED2 Ditulis oleh beemer TUESDAY, 29 SEPTEMBER 2009 12:53
Perhatian, buka di tetingkap baru. PDFCetakEmel
Menyaksikan perlawanan Liverpool menentang Hull pada awalnya agak menggusarkan saya. Pada mulanya saya sedikit lega apabila Torres berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke 12. Namun setelah gol tersebut dijaringkan Liverpool mula kelihatan sedikit goyah di barisan pertahanan. Carragher dan Skrtel kelihatan kelam-kabut dan tidak fokus di dalam usaha mereka untuk mempertahankan pintu gol Liverpool. Dan akibatnya, hasil daripada assist yang cantik dari Skrtel kepada Giovanni di depan pintu gol Liverpool, pemain tengah Hull itu berjaya merembat masuk bola dan menewaskan Pepe Reina. Pada kedudukan 1-1 ini, saya mula berasa tidak sedap hati dan membayangkan igaun ngeri pada musim lepas ketika menentang skuad harimau belang ini bakal berulang lagi. Apabila Hull melancarkan serangan, barisan pertahanan kita kelihatan teragak-agak untuk menangkis serangan mereka. Ramai yang berpendapat tidak kisah untuk bolos asalkan kita mampu untuk menjaringkan gol dan memenangi perlawanan. Memang tepat pendapat anda semua kerana Liverpool kini telah bertukar kepada pasukan yang berteraskan kepada corak serangan. Tetapi apa yang menimbulkan persoalan saya ialah kita pasti akan menghadapi masalah jika menghadapi pasukan yang lebih mantap dari Burnley, Stoke mahupun Hull serta Bolton dan West Ham. Contoh yang paling ketara ialah ketika menentang Aston Villa tempohari, kita gagal bangkit setelah dibolosi sebanyak 3 gol dan pertahanan Villa menutup terus ruang untuk pemain-pemain kita untuk menjaringkan gol. Dapatkah anda bayangkan jika kita berdepan dengan pasukan-pasukan elit Liga Perdana seperti skuad senapang, manyoo ataupun skuad jambatan runtuh? Mereka jelas mempunyai keupayaan untuk menjaringkan gol dan bertahan dengan baik. Saya yakin dengan barisan serangan Liverpool namun barisan pertahanan tidak harus alpa kerana bagi saya walaupun kita kini suka menyerang, tidak bermakna barisan pertahanan kita dengan mudah untuk dibolosi. Jika bolos 1 gol, saya masih yakin kita mampu untuk mengejar. Tetapi bagaimana jika kita bolos 2 atau 3 gol, tugas untuk mengejar pasti akan menjadi sukar. Saya banyak menggunakan perkataan mengejar kerana Liverpool lambat panas di awal-awal perlawanan semenjak kebelakangan ini. Perlawanan dengan Hull semalam Liverpool hanya mampu menjaringkan 2 gol sahaja di separuh masa pertama dan 2 gol masih belum mampu membunuh lawan jika barisan pertahanan kita amat mudah dibolosi. Sehingga sekarang Liverpool telah menjaringkan 22 gol di dalam 7 perlawanan liga (purata 3 gol satu perlawanan) dan bolos 10 gol (purata 1.5 gol satu perlawanan). Satu jumlah yang agak membimbangkan dan saya berharap Rafa dapat melakukan sesuatu untuk mengatasi masalah ini. Agger telah bersedia untuk kembali ke skuad utama dan beliau harus diberi peluang untuk menggantikan Skrtel. Dan kita perlukan seorang pemain pertahanan yang mampu menjaringkan gol melalui tandukan seperti Hyypia dan Skrtel kelihatan seperti tidak mampu melakukan apa-apa bila sepakan sudut diperolehi oleh Liverpool.

Read more

 

EPL : Torres Pengubat Duka

LAST_UPDATED2 Ditulis oleh beemer SUNDAY, 20 SEPTEMBER 2009 10:11
Perhatian, buka di tetingkap baru. PDFCetakEmel

Terima Kasih Torres!!! Hanya itu ungkapan yang boleh saya ucapkan apabila perlawanan menentang West Ham berakhir pada malam tadi. Jika tidak kerana ketajaman penyudah penyerang utama Liverpool ini menemui sasaran, sudah pasti kita akan pulang dengan berputih mata dari Upton Park. Liverpool berjaya menewaskan skuad The Hammers dengan keputusan 3-2 setelah berjaya mengatasi kebangkitan berani mereka untuk mencari gol penyamaan sehingga ke akhir perlawanan. Liverpool yang bermula dengan jersi serba putih (jersi tempat lawan) buat kali pertama pada musim ini. The Reds bermula dengan baik dan menguasai perlawanan sehinggalah Torres membuka jaringan pertama pada minit ke 20 melalui gerakan solo yang menarik hasil daripada hantaran Insua. Torres berjaya menewaskan beberapa pemain pertahanan West Ham dengan larian pantas beliau ke dalam kotak penalti sebelum menyepak dengan kemas dan menewaskan penjaga gol Hammers, Green. Saya agak kecewa dengan kedua-dua pemain pertahanan tengah Liverpool iaitu Carragher dan Skrtel yang agak goyah pada separuh masa pertama. Carragher juga menghadiahkan penalti kepada West Ham pada minit ke 29 setelah mengasari Hines di dalam kotak penalti Liverpool. Hines merupakan antara pemain West Ham yang cukup menonjol pada malam ini selain daripada Cole. Penalti tersebut telah disempurnakan oleh Diamanti walaupun terdapat sedikit keraguan mengenai cara penalti tersebut disempurnakan. Selain daripada itu, kedua-dua mereka kelihatan gagal merantai Cole dengan baik pada perlawanan ini. Hanya di separuh masa kedua, permainan mereka berdua sedikit meningkat hasil daripada basuhan Rafa di waktu rehat. Johnson dan Insua bermain baik di sebelah kanan dan kiri barisan pertahanan Liverpool. West Ham kehilangan Upson dan Behrami pada separuh masa pertama kerana kecederaan. Mereka digantikan oleh Gabiddon dan juga Kovac. Ini turut membantu Liverpool untuk menguasai bola di tengah padang. Gol kedua Liverpool dijaringkan oleh Kuyt pada minit ke 41 hasil daripada tandukan oleh Kapitan Gerrard yang menyambar bola daripada sepakan sudut oleh Benayoun. Kegembiraan Liverpool tidak lama kerana selepas itu, West Ham menyamakan kedudukan 2-2 melalui jaringan tandukan oleh Cole yang menyambar sepakan sudut yang diambil oleh Noble. Kelemahan Liverpool terdedah lagi dengan gol jaringan melalui set piece ini. Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan 2-2 yang agak mengecewakan.

Read more

 

EPL : Kebangkitan Diteruskan

LAST_UPDATED2 Ditulis oleh beemer SUNDAY, 13 SEPTEMBER 2009 16:03
Perhatian, buka di tetingkap baru. PDFCetakEmel

Menang besar. Tapi adakah kita boleh berpuashati dengan keputusan 4-0 ke atas Burnley di Anfield malam tadi? Jika kita hanya melihat prestasi pada perlawanan ini, kemenangan besar ini memang berhak diraikan oleh semua peminat Liverpool. Kecemerlangan Benayoun serta Gerrard yang tidak mengenal penat di dalam mengejar kemenangan di Anfield adalah sesuatu yang mahu ditonton oleh kita semua pada setiap minggu. Benayaoun dengan hatrik pada perlawanan ini serta persembahan all around Gerrard telah memastikan 3 mata milik The Reds pada kali ini. Yang pasti para pemain kita malam ini telah berusaha dengan cukup keras untuk menang ke atas Burnley. Barisan pertahanan yang diketuai oleh Carragher telah bermain dengan baik pada malam ini dengan menangkis cubaan demi cubaan termasuklah set piece (bola tinggi di dalam kotak penalti) daripada pemain-pemain Burnley. Glen Johnson meneruskan persembahan mantap beliau pada malam ini dengan membuat satu lagi umpanan tepat bagi membolehkan Benayoun menjaringkan gol pertama Liverpool. Mengukuhkan lagi bahawa adalah tepat untuk Liverpool berbelanja besar bagi mendapatkan beliau dari Portsmouth pada musim panas lepas. Kuyt mendapatkan satu gol lagi pada malam ini dan beliau seperti biasa memberikan persembahan terbaik dengan mengejar bola di segenap sudut padang Anfield. Torres nampaknya memang dirantai dengan kemas oleh pertahanan Burnley terutama sekali oleh Mears. Tidak banyak ruang untuk penyerang utama Liverpool ini untuk bergerak pada perlawanan ini. Gerrard tidak dapat beraksi di bahagian hadapan kerana terpaksa bermain di bahagian tengah menggantikan Mascherano yang mengalami kecederaan otot  ketika beraksi untuk Argentina di pusingan kelayakan piala dunia pada minggu lepas. Keadaan ini telah menyebabkan Torres agak senyap pada perlawanan kali ini. Namun begitu kekurangan ini telah diatasi dengan persembahan yang cukup cemerlang oleh Benayoun yang boleh dikatakan terlibat di dalam setiap serangan yang dilancarkan oleh Liverpool. Tidak dilupakan penjaga gol Burnley, Brian Jensen yang saya ramalkan sebelum ini akan menepis banyak serangan daripada Liverpool dan beliau membuktikan perkara tersebut adalah tepat dengan menangkis hampir berbelas percubaan daripada pemain Liverpool termasuk beberapa percubaan berbahaya daripada Kapitan Gerrard.

Read more

 

EPL : Kecil-Kecil Si Cili Padi

LAST_UPDATED2 Ditulis oleh beemer FRIDAY, 11 SEPTEMBER 2009 18:26
Perhatian, buka di tetingkap baru. PDFCetakEmel

Di suatu petang di padang latihan Liverpool di Melwood, pengurus Rafa Benitez, penolong pengurus Sammy Lee dan ketua jurulatih Mauricio Pellegrino sedang mengadakan perbincangan mengenai strategi yang sesuai untuk digunapakai ketika perlawanan menentang Burnley di Anfield pada hari Sabtu nanti. Perbincangan mereka bermula setelah sesi latihan pada petang itu berakhir. Sammy Lee sambil merenung jauh ke arah sudut padang memulakan perbincangan tersebut.

Read more

EPL : Kemenangan Berharga Di The Reebok

LAST_UPDATED2 Ditulis oleh beemer MONDAY, 31 AUGUST 2009 15:51
Perhatian, buka di tetingkap baru. PDFCetakEmel
Di suatu sudut padang di The Reebok Stadium Bolton, rakaman perbualan ketika sesi warming down Liverpool selepas perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Gerard: “Boss, macam mana dengan prestasi kita pada perlawanan hari ini? Kita  menang ni boss.”
Rafa: “Hang jangan dok poyo lebih-lebih. Masih banyak yang perlu dilakukan, hang pun aku tengok ok hari ni selepas kena basuh dengan sabun cap kapak minggu lepas.”
Gerrard: “Macam biasa aja boss, setiap perlawanan gua mesti bagi 110% komitmen.”
Rafa: “Kita kena akui perlawanan hari ini bukanlah sebaik tahap permainan kita yang sebenar. Tapi aku suka tengok semangat untuk mencari gol selepas Bolton hilang sorang pemain. Letih woo aku sound pengadil, si Sammy tu nasib baik tak kena kad merah lagi tadi”
Gerrard: “Tapi Boss takkan bila 10 orang sahaja baru kita nak menang? Letih macam ni.”
Rafa: “Paham pun hang. Itu la yang aku cakap banyak lagi yang kita perlu ubah. Masih banyak ruang yang kita boleh baiki. Kita bukan lawan 10 orang di setiap perlawanan”

Read more

EPL : Preview Bolton vs The Reds

LAST_UPDATED2 Ditulis oleh beemer FRIDAY, 28 AUGUST 2009 15:09
Perhatian, buka di tetingkap baru. PDFCetakEmel
Menjelang perlawanan menentang Bolton Wanderers a.k.a The Trotters di The Reebok Stadium pasti menggusarkan buat semua peminat The Reds. Bukanlah kita semua tidak optimis yang pasukan kita ini mampu mencapai kejayaan di sana nanti tetapi keputusan 3 perlawanan awal liga tidak memihak kepada Liverpool. Perlawanan menentang Bolton bakal menguji keupayaan Liverpool untuk bangkit semula selepas perlawanan menentang Villa di Anfield pada awal pagi hari Selasa yang lalu. Kepada rakan-rakan sekalian lebih baik kita lupakan perlawanan tersebut dan fokus semula kepada persediaan Liverpool untuk menghadapi perlawanan menentang Bolton ini. Rekod Liverpool di The Reebok Stadium tidak begitu baik terutama sekali ketika era Sam Allerdyce menerajui Bolton dahulu. Namun keputusan perlawanan pada musim lepas di The Reebok Stadium memihak kepada Liverpool dengan kemenangan 2-0 hasil jaringan daripada Kuyt dan Kapitan Gerrard. Namun keputusan itu tidak boleh diambilkira kerana prestasi Liverpool memang mantap pada ketika itu. Jika dilihat di atas kertas, Liverpool mampu memenangi perlawanan ini kerana prestasi Bolton turut terumbang-ambing pada ketika ini. Liverpool perlu menang perlawanan ini untuk menaikkan kembali semangat pasukan. Kunjungan Liverpool ke The Reebok Stadium pada kali ini seolah-olah berhadapan dengan harimau yang luka kerana Bolton telah tewas di kedua-dua perlawanan awal mereka dan masih belum mengutip sebarang mata pada kempen liga perdana musim ini. Selain daripada mahu mengutip pertama pada musim ini, Bolton juga dimotivasikan oleh kejayaan Aston Villa di Anfield tempohari. Rafa harus berwaspada dengan keadaan ini dan beliau haruslah hadir ke The Reebok Stadium dengan pencaturan taktikal yang betul di atas padang.

Read more

EPL : Kita Perlu Kembali Ke Realiti

LAST_UPDATED2 Ditulis oleh beemer TUESDAY, 25 AUGUST 2009 12:12
Perhatian, buka di tetingkap baru. PDFCetakEmel

Amat mengecewakan, itulah yang dapat disimpulkan daripada perlawanan awal pagi tadi. Kecewa kerana kita seolah-olah telah mampu bangkit di dalam perlawanan menentang Stoke City sebelum ini. Namun bak kata seorang rakan peminat/blogger, Disangka Panas Hingga Ke Petang, Namun Hujan Di Tengahari rupanya. Saya adalah antara peminat yang tidak suka untuk menulis demi untuk memburukkan kedudukan pasukan kita ini. Namun jika dilihat apa yang berlaku di Anfield semalam, sesuatu harus dilakukan oleh Rafa agar pasukan kembali lebih mantap pada musim ini. Maaf jika saya katakan persembahan menentang Villa semalam adalah yang terburuk di dalam 3 perlawanan awal Liverpool pada musim ini. Saya bukanlah seorang pakar taktikal seperti Rafa tetapi sebagai seorang peminat, kita dapat lihat dengan jelas kegagalan barisan tengah berfungsi dengan baik pada awal pagi tadi. Lucas dan Mascherano bukanlah gandingan yang boleh digunapakai seperti ketika adanya Alonso pada musim lepas. Mascherano tidak dinafikan cuba melakukan tugas beliau sebaik yang mungkin sebagai pemain tengah yang menyokong bahagian pertahanan dan beliau juga terpaksa meninggalkan tugas itu untuk memastikan bola dapat diumpan kepada pemain serangan Liverpool iaitu Torres dan Gerrard. Mengenai Lucas? Anda semua tahu jawapannya. Selain daripada gol jaringan sendiri yang terus merosakkan rentak permainan Liverpool, persembahan beliau seperti yang saya tegaskan sebelum ini, hanyalah bertaraf biasa buat seorang pemain tengah yang mewakili Liverpool. Nasihat kepada Rafa, sudah tiba masanya anda mengenepikan pemain Brazil ini, tidak berbaloi langsung untuk menganggotai kesebelasan utama Liverpool. Jika tidak kerana gol sendiri tersebut dan ada sebahagian peminat yang memprotes di Anfield pasti Lucas akan bermain penuh 90 minit. Bagi saya usahkan 90 minit, 1 minit pun saya tidak akan masukkan pemain ini sebagai pemain utama. Padah akan menimpa jika Rafa masih berkira-kira untuk meletakkan pemain tengah Brazil ini ketika menentang Bolton di The Reebok Stadium pada hari Sabtu nanti. Harus diingat, The Reebok Stadium bukanlah antara gelanggang yang baik buat Liverpool, kita pernah tewas beberapa kali di stadium tersebut.

Read more

Halaman 8 dari 14

0
Fans Liverpool Berdaftar