Berita Liga perdana

Peluang yang disia-siakan: Wolves 0 Liverpool 0

LAST_UPDATED2 Ditulis oleh Ijam WEDNESDAY, 27 JANUARY 2010 09:06
Perhatian, buka di tetingkap baru. PDFCetakEmel

Awal pagi tadi, seharusnya kita akan menyaksikan Liverpool mampu melonjak sekurang-kurangnya ke tangga kelima dalam BPL (Spurs menang 2-0 menentang Fulham) dengan kelebihan 2 mata di atas Manchester City, sebaliknya meneruskan "tradisi" bagi musim 2009-2010 dengan satu lagi episod kekecewaan. Seri tanpa jaringan di Molineux, sekalipun melonjak kita ke tangga kelima dengan 38 mata, namun Manchester City punya kelebihan 2 permainan yang memungkinkan bila-bila masa untuk memotong kedudukan tersebut. Tambah parah, pasukan tempat ke-7, Aston Villa hanya kurang 2 mata, juga dengan kelebihan 2 permainan begitu juga Birmingham di tempat ke-8 yang cuma kurang 5 mata, dengan kelebihan 2 permainan juga. Sekalipun keputusan awal pagi tadi melebarkan rekod tanpa kalah kepada 5 permainan, namun ia masih belum cukup untuk mengukuhkan kedudukan liga yang kian mengecewakan ini. Keputusan ini juga melebarkan rekod tanpa menang Liverpool di Molineux semenjak jaringan Alan Hansen dalam kemenangan terakhir pada tahun 1979.

Kita hadir dengan barisan yang hampir serupa dalam permainan menentang Spurs, cuma Gerrard dimasukkan bagi menggantikan tempat Aquilani dan La Fiera membuat penampilan 90 minit yang pertamanya menggantikan tempat Degen. Percaturan Rafa Benitez yang sekali lagi meletakkan 2 defensive midfielder (Lucas dan Mascherano) sebenarnya nampak sangat tidak sesuai, kerana kita semua sedia maklum penerapan formasi seperti ini sebenarnya tidak berkesan sepanjang musim 2009-2010 ini. Ternyata Lucas masih belum bersedia untuk menggalas tugas seperti Xabi Alonso seperti musim-musim berikutnya, yang mana kelibatnya pasti dirindui ketika ini. Tidak dapat dipastikan mengapa Rafa tidak menurunkan Aquilani yang terbukti mempamerkan aksi memberangsangkan dalam perlawanan sebelumnya, dan masih lagi menurunkan Lucas. Alangkah baiknya jika dikekalkan Aquilani manakala Gerrard bermain di posisi central midfielder, yang mungkin boleh membantu barisan serangan.

Sekalipun bermula baik dengan beberapa cubaan dari Riera dan Kuyt, namun kita sekali lagi harus akur bahawa kemenangan bukan milik kita. Perlawanan seterusnya di Anfield, menentang Bolton (30 Januari 2010) diharapkan mampu membawa sinar kembali kepada kita.

Barisan pemain (vs Wolves)
Reina, Carragher, Skrtel, Kyrgiakos, Insua, Mascherano, Lucas, Maxi, Riera, Gerrard, Kuyt

YNWA
*berita dari my-reds.blogspot.com

 

Hapuskan badi Molineux: Wolves VS Liverpool

LAST_UPDATED2 Ditulis oleh Ijam TUESDAY, 26 JANUARY 2010 12:10
Perhatian, buka di tetingkap baru. PDFCetakEmel


Siaran langsung di Supersport, channel 812 - 340 pagi

Kita akan berkunjung ke Molineux awal pagi esok (waktu Malaysia) untuk mengharungi perlawanan ke-23 dalam Barclay's Premier League bagi musim 2009/2010 ini, berbekalkan kemenangan moral ke atas Spurs minggu lepas. Ditambah dengan fakta kita telah mengalahkan Wolves di Anfield pada 26 Disember 2009 lepas dengan jaringan 2-0 juga (hasil jaringan Steven Gerrard and Benayoun) mungkin dapat menjadi bekalan semangat anak-anak buah Rafa Benitez dalam mengukuhkan tempat dan mengejar posisi keempat dalam liga. Jamie Carragher juga yang bakal menyambut hari ulang tahunnya yang ke 32 pada Khamis nanti juga pasti mahu kemenangan dirai bagi memastikan hari ulangtahunnya kali ini lebih berharga. Kita yang belum pernah menang dalam 5 pertemuan terakhir di Molineux harus mengambil peluang kali ini untuk menghapuskan badi tersebut, dan meneruskan aksi tanpa tewas untuk 5 perlawanan dalam BPL.


Berita baik buat kem Rafa Benitez apabila Kapten Fantastic, Steven Gerrard telahpun kembali menjalani latihan bersama-sama rakan lain setelah mengalami kecederaan hamstring. Walaupun tidak dapat dipastikan adakah beliau akan menyertai kesebelasan utama, namun kehadiran beliau pasti akan menaikkan moral pemain lain. Sekiranya beraksi, diharapkan agar RB meletakkan beliau di posisi tengah, manakala Aquilani sekali lagi patut mengisi bahagian attacking midfielder sebagaimana perlawanan menentang Spurs tempoh hari, dan seharusnya kali ini La Fiera (Maxi) akan diberi kepercayaan untuk mengisi kesebelasan utama.

Berikut adalah pilihan penulis untuk perlawanan nanti:
                       Reina
 Carragher - Skrtel - Kyrgiakos - Insua
  Maxi - Mascherano - Gerrard - Riera
                     Aquilani
                       Kuyt

Kemenangan kali ini memungkinkan kita untuk memotong Spurs sekiranya mereka tewas atau seri di tangan Fulham, pasukan yang menghuni tangga ke 9 dalam liga. Ini ditambah dengan ketiadaan Manchester City yang akan mengharungi separuh akhir Piala Liga hari Rabu nanti. Sama-samalah kita menonton perlawanan ini dan mengharapkan sekali lagi sentuhan ajaib barisan The Reds dalam mencapai matlamat tempat keempat dalam BPL untuk musim ini.

YNWA

 

 

Dua ledakan Kuyt pastikan kemenangan bermakna! LFC 2 Spurs 0

LAST_UPDATED2 Ditulis oleh Ijam THURSDAY, 21 JANUARY 2010 09:26
Perhatian, buka di tetingkap baru. PDFCetakEmel

 

Awal pagi tadi, rata-rata semua Kopites pasti akan tersenyum setelah menonton (ataupun mengetahui) kemenangan kita tiba jua akhirnya, biarpun kita menunggu untuk 20 hari (selepas tahun baru) untuk meraikannya. Dua ledakan Kuyt di awal permainan dan lewat permainan telah memastikan 3 mata berharga buat kita, meletakkan kita di tangga ke-6, dan dipisahkan hanya 1 mata daripada Spurs dan Manchester City, masing-masing berada di tempat ke-4 dan 5. Kemenangan ini pasti berjaya menaikkan moral penyokong The Reds yang kian kecewa setelah mengharungi 3 perlawanan yang kurang bermaya sebelum ini.

Rafa menurunkan barisan yang hampir serupa dengan perlawanan menentang Stoke tempoh hari, cuma beberapa pertukaran minima di mana Alberto Aquilani diletakkan di bahagian attacking midfielder untuk membantu Kuyt di hadapan, dan meletakkan Ngog di bangku simpanan. Kyrgiakos yang beraksi cemerlang ketika perlawanan Stoke tempoh hari sekali lagi menampilkan aksi yang "luar biasa", di mana banyak menghalang cubaan tandukan oleh bekas pemain Liverpool, Peter Crouch dan juga menidakkan beberapa serangan oleh Defoe. Insua, di sebelah pertahanan kiri nampaknya lebih serasi berganding dengan Riera, yang baru kembali dari kecederaan. Percaturan Aquilani di attacking midfielder nampaknya banyak membuahkan hasil, terutama bila beliau membantu Kuyt dalam jaringan gol pertama, seharusnya perlu terus dikekalkan di kesebelasan utama. Maxi hanya diturunkan ketika perlawanan berbaki 9 minit, dan diberi tepukan sangat gemuruh oleh Kopites di Anfield (tak terkecuali kita di sini di Malaysia), walaupun tidak memberi sumbangan yang sangat besar, namun kelibatnya pasti ditagih lagi dalam perlawanan yang akan datang.

Kita mengharapkan agar kemenangan seperti ini berterusan, bagi memastikan harapan untuk mendapat tempat di Kejuaraan Eropah di musim 2010/2011 akan tercapai. Masih ada 16 perlawanan liga yang bakal ditempuh dan sudah pastinya perjuangan kita masih belum berakhir lagi. Kita juga sudah buktikan walaupun tanpa 3 bintang utama, kita masih mampu menang.

We'll be bounce back! YNWA

Formasi lengkap (vs Spurs)

Reina
Carragher-Skrtel-Kyrgiakos-Insua
Lucas-Mascherano
Degen-Aquilani-Riera
Kuyt


Penjaring:

Kuyt (6, 90++)

Perlawanan Seterusnya:
26/1 vs Wolves (tempat lawan)
30/1 vs Bolton (Anfield)

 

Kebangkitan amat diperlukan: Liverpool VS Tottenham

LAST_UPDATED2 Ditulis oleh Ijam TUESDAY, 19 JANUARY 2010 10:22
Perhatian, buka di tetingkap baru. PDFCetakEmel


Dengan keputusan yang kurang memberangsangkan dalam 3 perlawanan terakhir pada awal tahun 2010, kem Rafa Benitez harus mencongak strategi yang berkesan bagi mengembalikan kepercayaan seluruh penyokong The Reds, bermula dengan perlawanan menentang Tottenham awal pagi Khamis nanti. Rata-rata penyokong sudah tidak mahu kecewa lagi, dan keupayaan kita mengalahkan Aston Villa di Villa Park seharusnya menjadi inspirasi kepada The Reds untuk mengharungi perlawanan yang boleh dianggap getir ini. Perlawanan ini juga sekiranya berpihak kepada kita, akan menggerakkan Liverpool ke tangga ke-6 dan dipisahkan 1 mata di belakang Spurs dan Man City (walaupun berkelebihan 1 permainan). Sekalipun Spurs diikat dengan keputusan 0-0 di gelanggang sendiri dalam perlawanan terakhir, harus diingat bahawa mereka telah menang 3 daripada 5 perlawanan terakhir (termasuk mengalahkan Manchester City 3-0), lebih-lebih lagi barisan serangan mereka yang dikepalai oleh Jermaine Defoe yang telah meledak 19 gol setakat ini pasti akan mendatangkan bahaya di kubu The Reds. Diharapkan apa jua keputusan dalam perlawanan ini, akan memberi impak yang positif bukan sahaja di kem Rafa Benitez, malah seluruh penyokong The Reds.

Bagaimana kita boleh menang dalam perlawanan ini?
Dengan kehilangan 4 tonggak utama, Rafa harus cuba memaksimakan penggunaan beberapa pemain yang selama ini dipendam di bahagian simpanan, dan berkemungkinan menyerapkan pemain muda, Dani Pachecho dalam kesebelasan utama. Maxi Rodriguez dan Alberto Aquilani juga harus diberi peluang beraksi di kesebelasan utama, di mana Maxi bermain di sayap kanan dan Aquilani mungkin boleh beraksi di bahagian midfielder (atau attacking midfielder). Aurelio boleh meneruskan tempat di bahagian tengah kiri. Mascherano pula dikekalkan beraksi di bahagian defensive midfield, dan untuk perlawanan ini diharapkan agar Lucas Leiva direhatkan di bangku simpanan. Di bahagian pertahanan, Carragher di bahagian kanan, tengah diterajui oleh Agger dan Skrtel manakala di kiri pula Insua. Di bahagian serangan, mungkin kita boleh meletakkan Kuyt dan juga penyerang muda, Pacheco di hadapan. Ketumpulan Ngog harus diberi perhatian sekalipun berkemungkinan besar Rafa akan menurunkannya juga, seperti juga Lucas. Kuyt mungkin kurang menyengat musim ini tetapi beliau tetap mampu memberi sumbangan di bahagian hadapan. Formasi 4-1-3-2 mungkin boleh mendatangkan hasil, dan mengurangkan keterlibatan pemain pertahanan yang terlalu ramai di kesebelasan utama.
Di bangku simpanan: Cavalieri, Kyrgiakos, Lucas, Ngog, Degen, Riera, Darby
*Riera masih diletak di bangku simpanan kerana dipercayai masih belum cukup cergas, dan mungkin boleh masuk pada separuh masa kedua

Barisan mengikut analisa di atas: 
                  Reina
Carragher-Skrtel-Agger-Insua 
             Mascherano 
      Maxi - Aquilani - Aurelio 
           Kuyt - Pacheco

Kita mengharapkan kejayaan kali ini dan seterusnya mengembalikan semula keyakinan yang kian pudar. Penyokong sudah pastinya tidak mahu kecewa lagi.

Biarlah revolusi bermula di perlawanan ini. YNWA
 

Sekali lagi di saat akhir: Stoke City 1 Liverpool 1

LAST_UPDATED2 Ditulis oleh Ijam MONDAY, 18 JANUARY 2010 10:49
Perhatian, buka di tetingkap baru. PDFCetakEmel

Mengecewakan! dan permulaan tahun baru 2010 terus menerus mengecewakan Kopites sekalian. Seri di Reading dan tewas di Anfield (dengan Reading) seterusnya tersingkir dari kejohanan domestik FA Cup, kunjungan ke Stadium Britannia pada Sabtu lepas menambah derita kita dan terus memberi tekanan kepada Rafa Benitez sehingga kedengaran suara-suara yang berterusan mendesak beliau untuk meletak jawatan. Ditambah dengan khabar yang mengatakan Guus Hiddink yang melobi diri untuk menggantikan Rafa, serta kemungkinan King Kenny yang dilaporkan bakal mengisi kekosongan untuk tempoh 4 bulan ini sekiranya Rafa meletak jawatan.

Kita hadir di Stadium Britannia dengan kehilangan 3 tonggak utama, El Nino, Gerrard dan Benayoun (di samping Glen Johnson yang mungkin hanya akan kembali di bulan Mac nanti) menyebabkan RB terpaksa membuat rombakan yang amat besar dalam pasukan, kesukaran yang sebenarnya dihadapi oleh RB pada musim ini. Dengan dana yang amat terhad, sebenarnya tugas Rafa sangat sukar.

Seperti perlawanan sebelum-sebelumnya, sekali lagi gol minit terakhir mengecewakan kita. Ketika Kyrgiakos menjaringkan gol hasil rebound sepakan percuma oleh Aurelio, kita sudah menjangkakan 3 mata penuh bakal dirai, namun pada minit ke 89, Robert Huth menjaringkan gol penyamaan hasil tendangan sudut. Sekalipun kita masih mencuba hasil tandukan masa kecederaan oleh Kuyt, kita terpaksa pulang dengan 1 mata, dan terus menambah derita musim 2009-2010 ini.

Barisan pemain (vs Stoke)
Reina, Carragher, Skrtel, Kyrgiakos, Insua, Degen, Mascha, Lucas, Aurelio, Kuyt, Ngog
(on bench: Cavalieri, Aquilani, Riera, Rodriguez, Spearing, Darby, Pacheco)


Sangat sukar difahami formasi Rafa kali ini, di mana beliau meletakkan pemain pertahanan di bahagian sayap, menjadikan sebenarnya 6 pemain pertahanan di tengah padang! Jika dilihat barisan pemain yang disenaraikan di atas, bukankah Maxi Rodriguez adalah pemain sayap? Mungkin lebih bijak jika Rafa meletakkan beliau di sayap kanan @ attacking midfielder berbanding meletak Degen. Bagaimana pula Aquilani? bintang bernilai 20 juta ini? Adakah berterusan menjadi pemain simpanan dan hanya akan dimasukkan saat-saat akhir? Kita semua akan berterusan bertanyakan soalan ini sebenarnya.

Mungkin hanya Rafa yang tahu apa yang direncanakannya, harapnya kunjungan Spurs di Anfield nanti bakal memberi sinar kembali. Bangkitlah Liverpool! Kami tetap bersamamu....

 

Selamat Tinggal Wembley... Liverpool 1 Reading 2

LAST_UPDATED2 Ditulis oleh Ijam THURSDAY, 14 JANUARY 2010 11:08
Perhatian, buka di tetingkap baru. PDFCetakEmel

Harapan menjulang sekurang-kurangnya satu kejuaraan domestik pada musim 2009-2010 ini musnah dengan kekalahan 1-2 di Anfield oleh kelab Liga Championship, Reading pada perlawanan ulangan pusingan ketiga FA Cup semalam. Dengan kekalahan ini meninggalkan kita untuk bersaing di Europa League dan juga memperbaiki kedudukan di dalam BPL. Sekali lagi, kealpaan minit-minit akhir menjadi pemusnah kepada kita apabila Reading menyamakan kedudukan pada masa kecederaan separuh masa kedua sebelum menjaring gol kemenangan pada separuh masa pertama masa tambahan

Kita mendahului hasil tendangan Steven Gerrard yang terkena pertahanan Reading pada separuh masa pertama dan ketika kita nampak bakal turun menentang Burnley pada pusingan keempat, Gylfi Sigurdsson menjaringkan gol melalui penalti. Pemain gantian, Shane Long mengesahkan kemenangan Reading dan menambah duka The Reds untuk musim ini.

Skuad LFC:
Cavalieri,Degen, Carragher, Agger, Insua, Kuyt, Lucas, Aquilani, Benayoun, Gerrard, El Nino

Selamat Datang No.17 kita: La Fiera!

LAST_UPDATED2 Ditulis oleh Ijam THURSDAY, 14 JANUARY 2010 10:39
Perhatian, buka di tetingkap baru. PDFCetakEmel

Sah sudah Maxi Rodriguez (atau dikenali sebagai La Fiera: atau maksudnya Beast dalam English) menjadi milik kita, pemain sayap berbakat dari Athletico Madrid yang berasal dari Argentina ini. Beliau juga mempunyai keupayaan bermain di posisi Attacking Midfielder, sekaligus dapat memberi sokongan kepada jentera serangan The Reds yang dikepalai oleh El Nino. Dari My-LFC, kami mengucapkan SELAMAT DATANG KEPADA LA FIERA!

Biodata awal beliau pernah diisi di dalam berita sebelum ini, sekarang disertakan beberapa fakta menarik yang dapat dikongsi bersama dalam mengenal siapa La Fiera ini.
(a) merupakan penjaring terbanyak Kejohanan Piala Dunia Remaja bawah 20 pada tahun 2001 dengan menjaringkan 4 gol (daripada 7 penampilan), beraksi bersama Mascha dalam kejohanan ini
(b) Lahir 2 Januari 1981 dan berkongsi tarikh lahir yang sama dengan Cuba Gooding Jr, Lucy Davis (The Office) dan Jonathan Greening (Fulham)
(c) menjadi kapten Athletico Madrid apabila Fernando Torres menyertai Liverpool, juga rakan sepasukan El Nino untuk beberapa tahun sebelum itu.
(d) menjaring gol kemenangan bagi permainan pertama di bawah kendalian Diego Maradona dalam perlawanan persahabatan menentang Scotland pada November 2008. Argentina menang 1-0.
(e) gol jaringan beliau pada Piala Dunia 2006 pada perlawanan menentang Mexico telah diundi sebagai gol terbaik kejohanan

SELAMAT DATANG, LA FIERA!

Rafa Benitez Dan Hala Tuju Liverpool

LAST_UPDATED2 Ditulis oleh Che THURSDAY, 31 DECEMBER 2009 08:04
Perhatian, buka di tetingkap baru. PDFCetakEmel

 Rafa Benitez

               Pembangunan sukan bola sepak memerlukan satu tempoh yang panjang untuk mencapai tahap yang boleh diagung-agungkan. Dalam tempoh 5 tahun sebelum ini, pencapaian Rafael Benitez dilihat memuncak hanya pada awal kerjayanya di Liverpool dengan menggapai 2 piala dalam masa 2 tahun pertama. Bagi tahun-tahun seterusnya, Liverpool dilihat berada dalam keadaan turun naik dan kini ia berada dalam tahap paling rendah di sepanjang kerjaya Benitez di Merseyside.

                Oleh itu, pemerhati sukan sudah meramalkan kerjaya Benitez di Merseyside akan berakhir dalam masa terdekat, tapi kebanyakan penyokong setia Liverpool masih berpegang utuh kepada janji Benitez yang kelab ini masih berada dalam rentak yang betul. Beliau masih optimis mengatakan kelab ini berada dalam proses pembangunan jangka panjang(beliau berkata,“We’re still progressing”). Persoalannya, selama mana lagikah penyokong Liverpool dapat bersabar dan terus percaya akan kata-kata pengurus berbangsa Sepanyol ini terhadap hala tuju kelab kesayangan mereka ini?

Read more

Wisel Penamat: Torres Super 50

LAST_UPDATED2 Ditulis oleh ms.hafiz WEDNESDAY, 30 DECEMBER 2009 12:10
Perhatian, buka di tetingkap baru. PDFCetakEmel

 

 'The Reds Machine Goal' Fernando Jose Sanz Torres menghadiahkan gol minit terakhir untuk kemenangan ke atas Aston Villa, sekaligus menjadi pemain Liverpool yang terpantas menjaringkan 50 gol dibawah 100 penampilan untuk The Reds.

Torres berjaya memperdayakan bekas penjaga gol The Reds, Brad Friedel pada minit ke-93 selepas kesilapan yang dilakukan juga oleh bekas pertahanan The Reds, Stephen Warnock.

Rafa Benitez menurunkan kesebelasan yang hampir serupa ketika menentang Wolves, tetapi kembali meletakkan Dirk Kuyt ke posisi kanan dan Yossi Benayoun kembali ke sayap kiri.

Read more

Halaman 4 dari 14

0
Fans Liverpool Berdaftar