Berita Liga perdana
Pengumuman Jadual Perlawanan 2010/2011

Jadual musim 2010/2011 telahpun diumumkan sebentar tadi dan diumumkan secara rasmi melalui site rasmi kita. Nampaknya perlawanan pertama kita akan dimulakan dengan pertemuan dengan sebuah pasukan yang kuat, Arsenal dan sudah tentulah ini menentukan perjalanan musim liga buat Liverpool untuk 2010/2011. Bukan itu sahaja, kita juga akan bertemu pasukan "alaf baru", Manchester City pada perlawanan kedua dan di bulan September berkunjung di Old Trafford untuk bertemu Manchester United
Semoga maju jaya untuk skuad Liverpool 2010/2011. YNWA
Ogos
14 - Arsenal (h)
21 - Manchester City (a)
28 - West Bromwich Albion (h)
September
11 - Birmingham City (a)
18 - Manchester United (a)
22 - Carling Cup 3
25 - Sunderland (h)
Oktober
2 - Blackpool (h)
16 - Everton (a)
23 - Blackburn Rovers (h)
27 - Carling Cup 4
30 - Bolton Wanderers (a)
November
6 - Chelsea (h)
9 - Wigan Athletic (a)
13 - Stoke City (a)
20 - West Ham United (h)
27 - Tottenham Hotspur (a)
Disember
1 - Carling Cup 5
4 - Aston Villa (h)
11 - Newcastle United (a)
18 - Fulham (h)
26 - Blackpool (a)
28 - Wolverhampton Wanderers (h)
Januari
1 - Bolton Wanderers (h)
5 - Blackburn Rovers (a)
8 - FA Cup 3
12 - Carling Cup SF1
15 - Everton (h)
22 - Wolverhampton Wanderers (a)
26 - Carling Cup SF2
29 - FA Cup 4
Februari
2 - Stoke City (h)
5 - Chelsea (a)
12 - Wigan Athletic (h)
19 - FA Cup 5
26 - West Ham United (a)
27 - Carling Cup final
Mac
5 - Manchester United (h)
12 - FA Cup 6
19 - Sunderland (a)
April
2 - West Bromwich Albion (a)
9 - Manchester City (h)
16 - Arsenal (a)
(FA Cup SF weekend)
23 - Birmingham City (h)
30 - Newcastle United (h)
Mei
7 - Fulham (a)
14 - Tottenham Hotspur (h)
(FA Cup final weekend - dates and kick-off subject to change)
22 - Aston Villa (a)
Preview BPL: Hull City V Liverpool

Info siaran: TIADA SIARAN LANGSUNG DI ASTRO (11 malam, 9 Mei 2010)
Internet stream link: www.lfcglobe.com
Malam ini kita akan bertandang ke KC Stadium untuk perlawanan terakhir BPL bagi musim 2009/2010 menentang Hull CIty. Ketika perhatian liga tidak lagi memihak kepada kita, namun diharapkan di perlawanan terakhir ini akan diakhiri dengan keputusan yang baik - sekurang-kurangnya dapat menutup musim kita dengan sedikit senyuman.
Maxi Rodriguez disahkan bakal tidak beraksi dalam perlawanan ini akibat kecederaan yang dihadapi ketika aksi menentang Chelsea tempoh hari, namun, pemain yang mungkin dipanggil semula beraksi buat skuad kebangsaan England, Jamie Carragher mungkin dapat diturunkan malam ini. Martin Skrtel juga dikhabarkan sudah mula menjalani latihan di Melwood tetapi belum pasti liga sekiranya beliau bakal diturunkan atau tidak. Ketiadaan maxi mungkin sedikit menjejaskan kemantapan skuad utama, dijangka barisan yang diturunkan seperti perlawanan menentang Athletico Madrid tempoh hari. Belum ada lagi perkhabaran berkenaan Glen Johnson, tetapi saya menjangkakan beliau mungkin tidak beraksi. Semoga berjaya kepada skuad kita. Semoga mendapat keputusan yang baik di akhir musim. YNWA
Skuad kemungkinan: Pepe Reina, Jamie Carragher, Soto Kyrgiakos, Daniel Ayala, Dane Agger, Javier Mascherano, Lucas Leiva, Yossi Benayoun, Ryan Babel, Steven Gerrard, Dirk Kuyt
Kekalahan yang tidak ditangisi: Liverpool 0 Chelsea 2

Perlawanan terakhir di Anfield berakhir dengan keputusan 0-2, melengkapkan minggu yang penuh episod suka duka. Awal pagi Jumaat kita terkeluar dari saingan Europa dan malam ini pula harapan tempat keempat secara rasminya telah berakhir. Dua jaringan, pertama hasil kesilapan skipper Steven Gerrard yang membuat backpass dirampas oleh Didier Drogba yang terus menghukum Pepe Reina memberi kelebihan 1-0 pada minit ke-32 dan Frank Lampard menjaringkan gol kedua harus hantaran Anelka pada minit ke-54; mengakhirkan keputusan 2-0 dan kini terus memberi kelebihan buat Chelsea ke atas Manchester United.
Barisan Pemain: Pepe Reina, Javier Mascherano, Jamie Carragher (Daniel Ayala), Soto Kyrgiakos, Dane Agger, Steven Gerrard, Lucas Leiva, Maxi Rodriguez (Ryan Babel), Yossi Benayoun, Alberto Aquilani (David Ngog), Dirk Kuyt
Preview: Liverpool V Chelsea (BPL)

Info Siaran: 830 malam, 2 Mei 2010, Astro Channel 812
Sumber: http://my-reds.blogspot.com
Sekalipun kita semua tahu Chelsea kini benar-benar di dalam prestasi yang terbaik mereka (termasuk perlawanan terakhir membenam Stoke 7-0), tapi harus diingat perlawanan ini dilangsungkan di Anfield, dan ini juga adalah aksi terakhir kita di Anfield untuk musim 2009/2010 ini. Kita sudah melalui satu musim yang sukar dan mengecewakan, dan sudah tentulah kita mahu aksi terakhir ini berakhir dengan keputusan yang positif dan memberi kenangan kepada semua penyokong The Reds seluruh dunia. Kita masih percaya dan akan tetap bersama. YNWA
Post review: Burnley 0 Liverpool 4 (BPL)

"Steve Gerrard, Gerrard, He'll pass the ball 40 yards, He's big and he's f**king hard, Steve Gerrard Gerrard"
RB melakukan beberapa rombakan dalam barisan kesebelasan, dengan memasukkan pemain pertahanan muda, Daniel Ayala dan Alberto Aquilani di kesebelasan utama dan ternyata ia berhasil. Aquilani seawal minit ketiga membuat hantaran cantik kepada Ryan Babel namun disia-siakan begitu sahaja. Beberapa gerakan di separuh masa pertama gagal mengubah keputusan di kedua-dua pasukan dan kekal 0-0. Gol pertama hanya menyusul pada minit ke-52 apabila tendangan dari luar petak penalti oleh Gerrard terkena badan pemain Burnley dan terus menerjah gawang. 7 minit kemudian, Gerrard memberikan tendangan "berkelas dunia" dari luar petak penalti yang cantik menewaskan penjaga gawang Burnley untuk kedudukan 2-0. Minit ke-74, Maxi Rodriguez menjaringkan gol pertama beliau buat The Reds, hasil hantaran "through ball" dari Aquilani yang terus dirembat oleh Maxi ke gawang sebelah kanan dan menambah sengsara Burnley, Ryan Babel melengkapkan keputusan akhir kepada 4-0, apabila beliau terlepas dari perangkap offsaid hasil hantaran Lucas pada masa kecederaan, mengingatnya kembali kepada jaringan keempat El Nino semasa menentang Benfica tempoh hari.
Kini hanya tinggal 2 perlawanan buat kita (Chelsea dan Hull City) dan harapan keduanya juga memberikan kita mata penuh 6 mata untuk mencapai impian ke Champion League. "Impossible is still possible for us". YNWA
Skuad pemain: Pepe Reina, Johnson, Carragher, Ayala, Agger (Lucas), Mascherano, Gerrard (Pacheco), Maxi, Babel, Aquilani, Kuyt (Benayoun)
Preview: Burnley v Liverpool (BPL)
sumber: http://my-reds.blogspot.com
Berita di kem Melwood memberi khabaran bahawa penyerang muda David Ngog sedang menghadapi masalah kecergasan dan ini bermakna berkemungkinan besar Rafa akan meletakkan harapan tunggal kepada penyerang Belanda, Dirk Kuyt keseorangan di bahagian hadapan. Tidak dapat dipastikan sama ada Gerrard atau Aquilani akan dijadikan pilihan untuk menjadi attacking midfielder, semuanya bergantung kepada rancangan taktikal RB. Kembalinya Maxi Rodriguez pasti memberi sedikit kelegaan kerana kita semua tahu dia kini menjadi salah seorang "key" player dalam kesebelasan kita. Berikut adalah skuad pilihan saya:
Post Review: Liverpool 3 West Ham 0 (BPL)

Preview: Liverpool V West Ham (BPL)

Info Siaran: 20 April 2010 (Selasa), 3 pagi, Astro siaran 812
Sumber: http://my-reds.blogspot.com
Ketika kita mendapat berita baik apabila pemain pertahanan kental, Martin Skrtel sudah kembali cergas, kita masih lagi menanti berita tentang keadaan penyerang utama, Fernando Torres yang belum 100% dapat dipastikan keadaan kecederaan lututnya. Ini mungkin akan memberi tekanan kepada Rafa Benitez untuk memilih siapakah yang akan menggalas tugas selaku penyerang utama. Fabio Aurelio dan Insua juga dikhabarkan masih belum cergas, bermakna Agger sekali lagi akan bermain di sebelah bek kiri. Harapnya walau siapapun yang diturunkan dapat memberi aksi yang sebaiknya. Kita juga tidak harus memandang rendah The Hammers kerana kita semua tahu mereka sedang berjuang untuk mengelakkan daripada turun ke Liga Kejuaraan musim hadapan. Semoga berjaya, Liverpool - kami tetap akan sentiasa bersama kalian. YNWA
Barisan kemungkinan: Pepe Reina, Johnson, Carragher, Kyrgiakos, Agger, Mascherano, Aquilani, Maxi, Babel, Gerrard, Kuyt
Preview: Liverpool V Fulham (BPL)

Info Siaran: 11 April 2010 - Tiada siaran langsung, ulangan Channel 812 Astro: 12 April (9 pagi, 230 petang) & 14 April (730 petang)
Sumber: http://my-reds.blogspot.com
Perlawanan ini juga dianggap pra-perlawanan akhir Liga Europa sekiranya kedua-dua; kita dan Fulham berjaya mengalahkan lawan masing-masing di peringkat separuh akhir nanti. Seperti yang diwar-warkan di atas, tiada siaran langsung untuk perlawanan ini, namun para penyokong bolehlah mengikuti aksi melalui "game highlight" di liverpoolfc.tv dan siaran ulangan adalah seperti info di atas. Kemenangan mungkin jadi milik kita malam ini. YNWA
Barisan kemungkinan (4-4-2): Pepe Reina, Johnson, Carra, Agger, Insua, Mascherano, Gerrard, Maxi, Yossi, Kuyt, Torres ATAU (4-2-3-1): Pepe Reina, Johnson, Carra, Agger, Insua, Mascherano, Lucas, Maxi, Gerrard, Yossi, Torres
More Articles...
Halaman 1 dari 14



