Berita Liga perdana

Pengumuman Jadual Perlawanan 2010/2011

LAST_UPDATED2 Ditulis oleh Ijam THURSDAY, 17 JUNE 2010 17:05
Perhatian, buka di tetingkap baru. PDFCetakEmel


Jadual musim 2010/2011 telahpun diumumkan sebentar tadi dan diumumkan secara rasmi melalui site rasmi kita. Nampaknya perlawanan pertama kita akan dimulakan dengan pertemuan dengan sebuah pasukan yang kuat, Arsenal dan sudah tentulah ini menentukan perjalanan musim liga buat Liverpool untuk 2010/2011. Bukan itu sahaja, kita juga akan bertemu pasukan "alaf baru", Manchester City pada perlawanan kedua dan di bulan September berkunjung di Old Trafford untuk bertemu Manchester United

Semoga maju jaya untuk skuad Liverpool 2010/2011. YNWA

Ogos
14 - Arsenal (h)
21 - Manchester City (a)
28 - West Bromwich Albion (h)

September
11 - Birmingham City (a)
18 - Manchester United (a)
22 - Carling Cup 3
25 - Sunderland (h)

Oktober
2 - Blackpool (h)
16 - Everton (a)
23 - Blackburn Rovers (h)
27 - Carling Cup 4
30 - Bolton Wanderers (a)

November
6 - Chelsea (h)
9 - Wigan Athletic (a)
13 - Stoke City (a)
20 - West Ham United (h)
27 - Tottenham Hotspur (a)

Disember
1 - Carling Cup 5
4 - Aston Villa (h)
11 - Newcastle United (a)
18 - Fulham (h)
26 - Blackpool (a)
28 - Wolverhampton Wanderers (h)

Januari
1 - Bolton Wanderers (h)
5 - Blackburn Rovers (a)
8 - FA Cup 3
12 - Carling Cup SF1
15 - Everton (h)
22 - Wolverhampton Wanderers (a)
26 - Carling Cup SF2
29 - FA Cup 4

Februari
2 - Stoke City (h)
5 - Chelsea (a)
12 - Wigan Athletic (h)
19 - FA Cup 5
26 - West Ham United (a)
27 - Carling Cup final

Mac
5 - Manchester United (h)
12 - FA Cup 6
19 - Sunderland (a)

April
2 - West Bromwich Albion (a)
9 - Manchester City (h)
16 - Arsenal (a)
(FA Cup SF weekend)
23 - Birmingham City (h)
30 - Newcastle United (h)

Mei
7 - Fulham (a)
14 - Tottenham Hotspur (h)
(FA Cup final weekend - dates and kick-off subject to change)
22 - Aston Villa (a)
 

Preview BPL: Hull City V Liverpool

LAST_UPDATED2 Ditulis oleh Ijam SUNDAY, 09 Mei 2010 13:26
Perhatian, buka di tetingkap baru. PDFCetakEmel



Info siaran: TIADA SIARAN LANGSUNG DI ASTRO (11 malam, 9 Mei 2010)
Internet stream link: www.lfcglobe.com 

Malam ini kita akan bertandang ke KC Stadium untuk perlawanan terakhir BPL bagi musim 2009/2010 menentang Hull CIty. Ketika perhatian liga tidak lagi memihak kepada kita, namun diharapkan di perlawanan terakhir ini akan diakhiri dengan keputusan yang baik - sekurang-kurangnya dapat menutup musim kita dengan sedikit senyuman.

Maxi Rodriguez disahkan bakal tidak beraksi dalam perlawanan ini akibat kecederaan yang dihadapi ketika aksi menentang Chelsea tempoh hari, namun, pemain yang mungkin dipanggil semula beraksi buat skuad kebangsaan England, Jamie Carragher mungkin dapat diturunkan malam ini. Martin Skrtel juga dikhabarkan sudah mula menjalani latihan di Melwood tetapi belum pasti liga sekiranya beliau bakal diturunkan atau tidak. Ketiadaan maxi mungkin sedikit menjejaskan kemantapan skuad utama, dijangka barisan yang diturunkan seperti perlawanan menentang Athletico Madrid tempoh hari. Belum ada lagi perkhabaran berkenaan Glen Johnson, tetapi saya menjangkakan beliau mungkin tidak beraksi.
Semoga berjaya kepada skuad kita. Semoga mendapat keputusan yang baik di akhir musim. YNWA

Skuad kemungkinan: Pepe Reina, Jamie Carragher, Soto Kyrgiakos, Daniel Ayala, Dane Agger, Javier Mascherano, Lucas Leiva, Yossi Benayoun, Ryan Babel, Steven Gerrard, Dirk Kuyt

 

Kekalahan yang tidak ditangisi: Liverpool 0 Chelsea 2

LAST_UPDATED2 Ditulis oleh Ijam SUNDAY, 02 Mei 2010 23:26
Perhatian, buka di tetingkap baru. PDFCetakEmel



Perlawanan terakhir di Anfield berakhir dengan keputusan 0-2, melengkapkan minggu yang penuh episod suka duka. Awal pagi Jumaat kita terkeluar dari saingan Europa dan malam ini pula harapan tempat keempat secara rasminya telah berakhir. Dua jaringan, pertama hasil kesilapan skipper Steven Gerrard yang membuat backpass dirampas oleh Didier Drogba yang terus menghukum Pepe Reina memberi kelebihan 1-0 pada minit ke-32 dan Frank Lampard menjaringkan gol kedua harus hantaran Anelka pada minit ke-54; mengakhirkan keputusan 2-0 dan kini terus memberi kelebihan buat Chelsea ke atas Manchester United.

Kita semua kecewa, dan apa yang diharapkan ialah kebangkitan semula phoenix merah untuk musim 2010/2011. Tidak kira siapakah yang akan masuk atau keluar pada penghujung musim ini, kerana yang kita tahu kita pasti akan kembali bangkit. Malam ini terbukti menunjukkan kita masih sayangkan Liverpool - walau apa jua berlaku. Walk on through the wind, walk on through the rain, tho's your dreams be tossed and blown - You'll Never Walk Alone

Barisan Pemain: 
Pepe Reina, Javier Mascherano, Jamie Carragher (Daniel Ayala), Soto Kyrgiakos, Dane Agger, Steven Gerrard, Lucas Leiva, Maxi Rodriguez (Ryan Babel), Yossi Benayoun, Alberto Aquilani (David Ngog), Dirk Kuyt
 

Preview: Liverpool V Chelsea (BPL)

LAST_UPDATED2 Ditulis oleh Ijam SATURDAY, 01 Mei 2010 15:01
Perhatian, buka di tetingkap baru. PDFCetakEmel



Info Siaran:
 830 malam, 2 Mei 2010, Astro Channel 812
Sumber: http://my-reds.blogspot.com

Perlawanan terakhir kita di Anfield musim ini, yang juga penentu kepada perebutan juara liga dan peluang perebutan ke Champion League. Lupakan kekecewaan kita di Europa kerana perlawanan ini sebenarnya menjadi segala penentu. Jika kita tewas, Chelsea akan muncul juara dan jika kita menang, Manchester United mungkin berpeluang memintas jumlah kemenangan liga kepada 19 kali dan kita juga mungkin berpeluang untuk meletakkan harapan platform ke Champion League. Untuk ini, saya ingin memetik kata-kata kapten fantastic kita, SG8 "tiada simpati buat Chelsea, sekalipun kemenangan kita bakal memberi kelebihan kepada musuh ketat kita, Manchester United". Jika itu kata sang kapten, bermakna kita harus tahu bahawa kesebelasan kita tidak akan memberikan sebarang peluang kepada Chelsea. Dan kita juga tahu bahawa perlawanan ini juga medan pertarungan taktikal antara Carlo Ancelotti dan Rafa Benitez yang bukanlah asing di antara satu sama lain (Ancelotti adalah pengurus AC Milan ketika final Champion League di Istanbul 2005 & Athen 2007) bezanya kali ini Ancelotti bersama Chelsea.

Sekalipun kita semua tahu Chelsea kini benar-benar di dalam prestasi yang terbaik mereka (termasuk perlawanan terakhir membenam Stoke 7-0), tapi harus diingat perlawanan ini dilangsungkan di Anfield, dan ini juga adalah aksi terakhir kita di Anfield untuk musim 2009/2010 ini. Kita sudah melalui satu musim yang sukar dan mengecewakan, dan sudah tentulah kita mahu aksi terakhir ini berakhir dengan keputusan yang positif dan memberi kenangan kepada semua penyokong The Reds seluruh dunia. Kita masih percaya dan akan tetap bersama. 
YNWA

Barisan kemungkinan: Pepe Reina, Glen Johnson, Jamie Carragher, Soto Kyrgiakos, Dane Agger, Javier Mascherano, Alberto Aquilani, Maxi Rodriguez, Yossi Benayoun, Steven Gerrard, Dirk Kuyt
 

Post review: Burnley 0 Liverpool 4 (BPL)

LAST_UPDATED2 Ditulis oleh Ijam MONDAY, 26 APRIL 2010 03:57
Perhatian, buka di tetingkap baru. PDFCetakEmel


"Steve Gerrard, Gerrard, He'll pass the ball 40 yards, He's big and he's f**king hard, Steve Gerrard Gerrard"
Inspirasi dari Kapten Fantastic sekali lagi memberikan kita satu kemenangan berharga dan bergaya ke atas pasukan yang bergelut ke rancah penyingkiran, Burnley dalam aksi BPL berkesudahan dengan keputusan 0-4 di Turf Moor malam tadi, sekaligus menamatkan badi tanpa menang di tempat awal semenjak Januari dahulu dan yang terutamanya "sumpahan" 40 tahun di Turf Moor. Sekalipun tiada perubahan kedudukan di dalam kedudukan liga, kemenangan ini memberikan kita 62 mata, 2 mata di belakang Aston Villa dan Spurs, serta cuma 1 mata di belakang Manchester City. 

RB melakukan beberapa rombakan dalam barisan kesebelasan, dengan memasukkan pemain pertahanan muda, Daniel Ayala dan Alberto Aquilani di kesebelasan utama dan ternyata ia berhasil. Aquilani seawal minit ketiga membuat hantaran cantik kepada Ryan Babel namun disia-siakan begitu sahaja. Beberapa gerakan di separuh masa pertama gagal mengubah keputusan di kedua-dua pasukan dan kekal 0-0. Gol pertama hanya menyusul pada minit ke-52 apabila tendangan dari luar petak penalti oleh Gerrard terkena badan pemain Burnley dan terus menerjah gawang. 7 minit kemudian, Gerrard memberikan tendangan "berkelas dunia" dari luar petak penalti yang cantik menewaskan penjaga gawang Burnley untuk kedudukan 2-0. Minit ke-74, Maxi Rodriguez menjaringkan gol pertama beliau buat The Reds, hasil hantaran "through ball" dari Aquilani yang terus dirembat oleh Maxi ke gawang sebelah kanan dan menambah sengsara Burnley, Ryan Babel melengkapkan keputusan akhir kepada 4-0, apabila beliau terlepas dari perangkap offsaid hasil hantaran Lucas pada masa kecederaan, mengingatnya kembali kepada jaringan keempat El Nino semasa menentang Benfica tempoh hari. 

Kini hanya tinggal 2 perlawanan buat kita (Chelsea dan Hull City) dan harapan keduanya juga memberikan kita mata penuh 6 mata untuk mencapai impian ke Champion League. "Impossible is still possible for us". YNWA

Skuad pemain: Pepe Reina, Johnson, Carragher, Ayala, Agger (Lucas), Mascherano, Gerrard (Pacheco), Maxi, Babel, Aquilani, Kuyt (Benayoun)
 

Preview: Burnley v Liverpool (BPL)

LAST_UPDATED2 Ditulis oleh Ijam SUNDAY, 25 APRIL 2010 11:43
Perhatian, buka di tetingkap baru. PDFCetakEmel
info siaran: Astro 812, 10 malam, 25 April 2010
sumber: http://my-reds.blogspot.com 

Malam ini kita akan bertandang ke Turf Moor untuk perlawanan ketiga terakhir BPL menentang Burnley pada musim ini dalam pemburuan 3 misi utama; harapan merebut tempat keempat (yang terbuka kembali setelah Spurs tewas dan City seri malam tadi), memusnahkan badi kemenangan 40 tahun di Turf Moor dan menghapuskan badi kekalahan di tempat lawan. Sekalipun Burnley dijangka bukan lawan yang sukar ditewaskan (tambahan kita membelasah mereka 4-0 dalam perlawanan terdahulu di Anfield), prestasi kita di tempat lawan untuk tahun 2010 ini sangat dikhuatiri - harus diingat, kita belum pernah menang di tempat lawan (untuk BPL) semenjak 1 Januari 2010.

Berita di kem Melwood memberi khabaran bahawa penyerang muda David Ngog sedang menghadapi masalah kecergasan dan ini bermakna berkemungkinan besar Rafa akan meletakkan harapan tunggal kepada penyerang Belanda, Dirk Kuyt keseorangan di bahagian hadapan. Tidak dapat dipastikan sama ada Gerrard atau Aquilani akan dijadikan pilihan untuk menjadi attacking midfielder, semuanya bergantung kepada rancangan taktikal RB. Kembalinya Maxi Rodriguez pasti memberi sedikit kelegaan kerana kita semua tahu dia kini menjadi salah seorang "key" player dalam kesebelasan kita. Berikut adalah skuad pilihan saya:

Read more

Post Review: Liverpool 3 West Ham 0 (BPL)

LAST_UPDATED2 Ditulis oleh Ijam TUESDAY, 20 APRIL 2010 09:57
Perhatian, buka di tetingkap baru. PDFCetakEmel

Info: http://my-reds.blogspot.com

Kita memperolehi apa yang dipanggil kemenangan moral yang bermakna awal pagi tadi di Anfield apabila membenam The Hammers dengan keputusan 3-0. 2 Jaringan di separuh masa pertama oleh Yossi Benayoun dan David Ngog dilengkapkan oleh gol sendiri Robert Green hasil tendangan percuma Steven Gerrard pada separuh masa kedua memberikan kita 3 mata yang pasti menyuntik semangat para pemain dalam mengharungi pusingan separuh akhir Liga Europa awal pagi Jumaat nanti. Di kedudukan liga ketika ini, kita telah merampas kembali kedudukan tempat keenam ke atas Aston Villa (namun mereka punya kelebihan satu perlawanan) dan mengurangkan jurang mata dengan Manchester City kepada 3 mata dan 5 mata di belakang Tottenham Hotspurs (masing-masing juga mempunyai kelebihan satu perlawanan berbanding kita).

Read more

Preview: Liverpool V West Ham (BPL)

LAST_UPDATED2 Ditulis oleh Ijam MONDAY, 19 APRIL 2010 00:53
Perhatian, buka di tetingkap baru. PDFCetakEmel


Info Siaran: 20 April 2010 (Selasa), 3 pagi, Astro siaran 812
Sumberhttp://my-reds.blogspot.com

Kita akan menanti kehadiran "The Hammers" di Anfield dalam perlawanan kedua terakhir di Anfield untuk Liga Perdana Barclay's musim ini sebelum menanti Chelsea pada 2 Mei nanti. Ketika perebutan tempat keempat tampak mungkin "hampir berakhir", diharap apa jua keputusan dalam perlawanan ini dapat memberi inspirasi kepada kita untuk saingan separuh akhir Liga Europa (menentang Athletico Madrid) di Madrid awal pagi Jumaat nanti. Untuk catatan rekod, kita belum pernah tewas dalam 37 perlawanan liga di Anfield menentang West Ham dan diharap ini akan berterusan. Keputusan seri dalam 2 perlawanan terakhir diharap dapat ditebus dengan kemenangan dalam perlawanan ini. 

Ketika kita mendapat berita baik apabila pemain pertahanan kental, Martin Skrtel sudah kembali cergas, kita masih lagi menanti berita tentang keadaan penyerang utama, Fernando Torres yang belum 100% dapat dipastikan keadaan kecederaan lututnya. Ini mungkin akan memberi tekanan kepada Rafa Benitez untuk memilih siapakah yang akan menggalas tugas selaku penyerang utama. Fabio Aurelio dan Insua juga dikhabarkan masih belum cergas, bermakna Agger sekali lagi akan bermain di sebelah bek kiri. Harapnya walau siapapun yang diturunkan dapat memberi aksi yang sebaiknya. Kita juga tidak harus memandang rendah The Hammers kerana kita semua tahu mereka sedang berjuang untuk mengelakkan daripada turun ke Liga Kejuaraan musim hadapan. Semoga berjaya, Liverpool - kami tetap akan sentiasa bersama kalian. YNWA

Barisan kemungkinan: Pepe Reina, Johnson, Carragher, Kyrgiakos, Agger, Mascherano, Aquilani, Maxi, Babel, Gerrard, Kuyt

Preview: Liverpool V Fulham (BPL)

LAST_UPDATED2 Ditulis oleh Ijam SUNDAY, 11 APRIL 2010 10:02
Perhatian, buka di tetingkap baru. PDFCetakEmel


Info Siaran:
 11 April 2010 - Tiada siaran langsung, ulangan Channel 812 Astro: 12 April (9 pagi, 230 petang) & 14 April (730 petang)
Sumberhttp://my-reds.blogspot.com 

Malam ini, The Reds akan menanti kehadiran The Cottagers dalam usaha kita memburu perebutan tempat keempat di Anfield. Dengan baki 5 perlawanan lagi adalah penting bagi setiap keputusan berakhir dengan kemenangan kerana sekiranya seri, akan menambah beban dan mengurangkan peluang kita untuk mencapai matlamat "misi mustahil" ini. Namun, harus diingat, Fulham bukanlah calang-calang pasukan kerana mereka baru sahaja pulang dari kejayaan mengalahkan Vfl Wolfsburg (di tempat lawan) dalam saingan suku akhir Liga Europa awal lagi Jumaat yang lepas; tambahan pula pernah membenam salah sebuah kelab gergasi di Eropah, Juventus 4-1 dalam pusingan sebelumnya. Untuk rekod, dalam pertemuan pertama di Craven Cottage yang lepas, kita telah tewas 1-3.

Berita baik untuk kem The Reds kerana El Nino disahkan bebas dari seberang kecederaan dan dijangka akan diturunkan dalam perlawanan ini manakala Fulham akan beraksi tanpa penyerang berbahaya mereka, Bobby Zamora yang mengalami kecederaan Archilles. Maxi, Insua dan Babel juga akan kembali beraksi setelah terlepas aksi perlawanan menentang Benfica tempoh hari dan ini memberikan pilihan yang lebih kepada Rafa Benitez dalam pemilihan skuad utamanya. Rou Hodgson (pengurus Fulham) diberitakan juga akan merehatkan beberapa pemain utama lain dalam perlawanan ini namun tidak juga harus dijadikan alasan kepada kita untuk bermain sambil lewa. Harus sekali lagi diingat bahawa kemenangan sangat penting dalam saki-baki perlawanan liga kali ini.

Perlawanan ini juga dianggap pra-perlawanan akhir Liga Europa sekiranya kedua-dua; kita dan Fulham berjaya mengalahkan lawan masing-masing di peringkat separuh akhir nanti. Seperti yang diwar-warkan di atas, tiada siaran langsung untuk perlawanan ini, namun para penyokong bolehlah mengikuti aksi melalui "game highlight" di 
liverpoolfc.tv dan siaran ulangan adalah seperti info di atas. Kemenangan mungkin jadi milik kita malam ini. YNWA

Barisan kemungkinan (4-4-2): Pepe Reina, Johnson, Carra, Agger, Insua, Mascherano, Gerrard, Maxi, Yossi, Kuyt, Torres ATAU (4-2-3-1): Pepe Reina, Johnson, Carra, Agger, Insua, Mascherano, Lucas, Maxi, Gerrard, Yossi, Torres

Halaman 1 dari 14

0
Fans Liverpool Berdaftar