Analisis&Komen
Analisis: prestasi semasa
Kebolehan Rafa menggunakan kombinasi pemain adalah kunci kepada persembahan mantap pemain beberapa minggu kebelakangan ini. Paling menonjol ialah Kuyt. Walaupun dengan ketiadaan Johnson, namun beliau tetap unggul sebagai pemain sayap dengan dibantu oleh Carra dan Macher dalam perlawanan sebelum ini. Nampak beliau lebih yakin untuk menyerang tanpa was-was tidak seperti berganding dengan Johnson. Ini sebab beliau seakan berebut hendak meneyrang dan dalam masa yang sama terpaksa meluru ke bawah jika Johnson terkantoi diatas. Saya bukan berharap supaya Carra atau Mascher menggantikan Johson tetapi Kuyt lebih efektif jika pemain dibawah lebih disiplin.
Begitu jua dengan Insua. Dengan Agger di sebelah dan Riera diatas, menjadikan beliau agak selesa samada untuk menyerang atau ketika bertahan. Tapi semasa Benayoun atau Babel, terkangkang beliau sorang-sorang untuk menghambat jika kena serang balas. Benny Ok lagi, kalau Babel main kiri tengok Insua macam nak semput kena hamput. Lucas pula memerlukan seseorang seperti Maxi atau Aquilani, main ringkas antara satu sama lain dan membuka permainan tanpa perlu memegang bola terlalu lama. Jika sengaja melengahkan permainan tanpa bersebab, maka ruang untuk menerobos kubu lawan akan tertutup dan peluang untuk buat gol adalah sukar. Kargiakos pula memang melegakan pasangan bek samada Carra, Skrtel atau Agger kerana bola pertama sampai dari hantaran tinggi akan kantau oleh Kargiakos. Boleh dikatakan klon Hyypia seakan sudah dijumpai.
Mungkin ramai yang mula mempersoalkan apakah bentuk reformasi atau rombakan untuk musim depan. Tetapi apa kan jadi hingga akhir musim belum boleh diramal, buat masa ini tranformasi untuk menjadi pasukan mantap dan berpasukan adalah makin menampakkan petanda positif. Bagi saya pemain yang agak mengecewakan adalah Skrtel, Benayoun, Babel serta mungkin juga Aurelio yang kerap M.C. Mereka boleh pergi dan pengganti mereka mudah dicari. Cuma pastikan hanya sesuai dengan formasi dan taktik menyerang yang mejadi silibus baru Professor Rafa.
Aquilani : Bangkitnya Seorang Jeneral

Gaya dan corak persembahan beliau di atas padang persis seorang jeneral yang baru kembali ke medan peperangan setelah sembuh daripada kecederaan. Ramai yang terpukau melihat corak persembahan beliau ketika menentang skuad spurr di Anfield pada awal pagi Khamis yang lalu. Babak-babak yang memperlihatkan bakat beliau di atas padang turut kelihatan dan diperkatakan oleh para peminat Liverpool pada perlawanan sebelum ini. Namun perlawanan menentang spurr inilah yang jelas menunjukkan kenapa pengurus Liverpool Rafa Benitez sanggup mengeluarkan 20 juta pound untuk mendapatkan khidmat beliau daripada kelab Serie A, AS Roma. Sebelum ini akibat kritikan demi kritikan yang diterima beliau, muncul desas-desus yang menyatakan beliau akan kembali ke Serie A bersama-sama Juventus. Namun ianya pantas dinafikan agen beliau yang menegaskan beliau kini gembira di Anfield dan tetap komited untuk bersama-sama Liverpool. Beliau yang saya maksudkan di sini ialah perancang tengah a.k.a jeneral padang terbaru Liverpool yang juga pemain antarabangsa Itali, Alberto “Aquaman” Aquilani. Walaupun dikritik oleh pelbagai pihak kerana persembahan yang dikatakan tidak setara dengan nilai 20 juta pound yang dikeluarkan oleh Liverpool untuk khidmatnya, itu tidak langsung menghalang Aquilani untuk terus membuktikan beliau mempunyai kemahiran serta bakat untuk mengambilalih tempat Alonso. Bermain dengan begitu baik sebagai pengganti kepada kapitan Gerrard yang mengalami kecederaan, umpanan demi umpanan yang dilakukan beliau kepada barisan depan Liverpool (terutamanya Kuyt) membuktikan beliau mempunyai sentuhan untuk menggerakan serangan Liverpool. Gandingan antara Aquilani dengan Kuyt kelihatan lebih mantap untuk menerajui barisan serangan Liverpool. Malah beliau hampir-hampir mengalami kecederaan semasa membuat umpanan kepada Kuyt untuk gol pertama Liverpool. Lega rasanya apabila beliau masih mampu bermain selepas dipancung oleh pertahanan spurr iaitu Dawson. Mungkin selepas ini kita bakal melihat pemain pertahanan pasukan lawan akan cuba memagari Aquilani daripada membuat umpanan kepada barisan depan Liverpool. Dan situasi ini perlu dihadapi oleh Aquilani dengan menggunakan kebijaksanaan beliau. Walaupun bertubuh kecil namun itu bukanlah penghalang untuk beliau muncul sebagai salah seorang pemain tengah yang berkaliber di liga perdana inggeris.
Carragher : Torres Berbaloi-Baloi

Gol ke 50 di dalam liga perdana oleh penyerang utama Liverpool Fernando Torres ketika Liverpool menewaskan antara pencabar Liverpool pada musim ini iaitu Aston Villa telah menarik perhatian ramai pihak. Ini termasuklah rakan sepasukan beliau dan juga pemain pertahanan tengah Liverpool, Jamie Carragher. Carra memuji pencapaian penyerang Sepanyol tersebut dan beliau percaya Torres telah membayar harga perpindahan yang dikeluarkan oleh Liverpool kepada Atletico Madrid semasa mendapatkan khidmat El Nino tiga musim yang lalu. Menurut Carra, ianya satu jumlah (kira-kira 25 juta pound) yang perbelanjaan yang cukup bijak oleh Rafa Benitez dan juga Liverpool. Di dalam erti kata yang lain setiap sen yang dibelanjakan untuk mendapatkan Torres adalah cukup berbaloi. Tambah Carra, Torres adalah seorang penyerang yang cukup hebat, bertaraf dunia dan untuk menewaskan pemain-pemain seperti Ian Rush, Micheal Owen, Robbie Fowler serta Roger Hunt untuk mendapatkan jaringan ke 50 terpantas adalah cukup untuk menceritakan segala-galanya tentang beliau. Berada di kedudukan teratas senarai tersebut telah menunjukkan Torres adalah pemain yang hebat dan disebabkan itulah Liverpool tanpa ragu-ragu membayar harga yang tinggi untuk beliau, ujar Carra lagi.
Tahniah! Steven Gerrard & Fernando Torres dalam World XI

Tahniah buat kapten fantastic kita, Steven Gerrard dan juga the magical El Nino aka Fernando Torres yang telah terpilih sebagai antara 11 barisan terbaik dunia semasa Fifa Gala yang berlangsung di Zurich, Switzerland pada tanggal 21 Disember lepas. Ini adalah kali ketiga berturut-turut buat Steven Gerrard manakala kali kedua buat El Nino dalam World XI. Pemilihan World XI berdasarkan undian lebih 50,000 pemain bolasepak profesional seluruh dunia dalam memilih 11 pemain terbaik dunia di dalam satu skuad. Kejayaan ini membuktikan bahawa dunia memang mengiktiraf kehebatan dua bintang The Reds ini.
Berikut adalah barisan FIFA/FIFPro World XI 2008/2009 berdasarkan undian:
Iker Casillas (Real Madrid); Dani Alves (Barcelona), John Terry (Chelsea), Nemanja Vidic (Manchester United), Patrice Evra (Manchester United); Xavi (Barcelona), Andres Iniesta (Barcelona), Steven Gerrard (Liverpool), Lionel Messi (Barcelona), Cristiano Ronaldo (Real Madrid), Fernando Torres (Liverpool)
Majlis yang sama turut menganugerahkan Anugerah Pemain Bolasepak Terbaik Dunia 2008-2009 kepada Lionel Messi.

YNWA: Rehatkan Rafa

Jutaan peminat berpecah dua
Adakah Gerrard dan Torres dikatakan tak sebulu dengan taktikal Rafa?, gambar: Dailymail
Kekalahan demi kekalahan dipalit ke atas nama kelab yang kita sayangi 'LIVERPOOL FC' yang tidak pernah menerima detik suram selama menyokong pasukan ini. Terperosok di tengah liga bukanlah suatu yang menarik untuk kita saksikan di jadual mata EPL. Malah ia suatu yang menyakitkan. Blog, web, akhbar rata-rata mengutuk Rafa. saya perasan, blog yang dulunya mengutuk owner, dan memuji Rafa pun sudah menyalahkan kedua-dua pihak ini. Rafa sememangnya menjadi kesayangan peminat ketika beliau membawa liverpool cemerlang di peringkat eropah. Banner, dan quote 'IN RAFA WE TRUST' di update oleh peminat liverpool di facebook, tweeter dan blog masing-masing.
Debut Aquaman menentang Fiorentina

LFC.tv turut bertukar kulit

Awal pagi lagi apabila teragak mahu melihat berita terbaru LFC di laman rasmi,liverpoolfc.tv, terkejut beruk melihat paparan baru lfc.tv yang tampak ceria dengan warna yang lebih terang dan sistem berita yang lebih menarik perhatian pelawat. Lebih menarik dengan header web tersebut tertera 18 kejuaraan liga dan 5 juara eropah yang dicemburui oleh kelab-kelab besar epl lain. Baru-baru ni juga, My-LFC pun turut bertukar kulit, ia boleh dikatakan lfc.tv pun turut mengikut jejak langkah web kita yang kerdil ini.
ynwa!!, sebelum itu, interface baru ini web yang paling cun utk web2 big 4 lain. cuba bandingkan
Chelsea, Arsenal, ManScum Utd --- bandingkan dgn LFC.TV
Kisah LFC di hari raya
Liverpool, liverpool jugak, tak dilupakan salam eid adha kepada warga muslim penyokong Liverpool terutamanya pengunjung setia My-LFC. Sibuk-sibuk kita menyembelih qurban lembu, kambing dan sebagainya cerita2 Liverpool mana boleh tinggal. Ya, menjelang perlawanan derby marseyside Ahad ini. Siapakah barisan 11 utama Rafa. Bersediakah sang botak menurunkan Aquilani yang dah berbulan-bulan kita tagih penampilan sulungnya sebarisan dengan kapten, Gerrard dan rakan-rakan.? Berita kecederaan macam mana pula.?
Pastinya, ada akhbar tempatan kita 'bakal' menyiarkan ejekan veteran tua, si scum Gary Neville yang meletakkan Liverpool memang layak tersingkir dari 16 pasukan terbaik eropah. Si busuk, kotor, scum ini dengan bongkaknya menyindir pengurusan Rafa yang ternyata 'tak kemana' di dalam saingan liga juara-juara beberapa musim lepas, juga di peringkat domestik. Klik Gary Neville taunts Liverpool as Manchester United veteran blasts: You deserved to be booted out of the Champions League
More Articles...
Halaman 1 dari 10



