Kembalikan Semangat kita: Lille v Liverpool (Liga Europa)
LAST_UPDATED2 Ditulis oleh Ijam THURSDAY, 11 MARCH 2010 13:06
The Reds bersedia untuk menggempur Lille!Sumber: http://my-reds.blogspot.com
Info Siaran: Astro Channel 811, 2 pagi, 12 Mac 2010
Kita akan berkunjung ke Stade Lille-Metropole untuk pusingan pertama 16 pasukan Liga Europa yang merupakan harapan kejuaraan piala yang terakhir pada musim ini. Pertemuan ini juga merupakan pertemuan pertama bagi kedua-dua pasukan dalam sejarah, sudah pastilah ini akan menjadi satu perlawanan yang sangat penting bagi kedua-dua pasukan. Rafa telah menyifatkan perlawanan ini sebagai "perlawanan piala paling penting musim ini". Kenapa? Kerana sebarang keputusan akan memberi impak kepada semangat kita dalam mengharungi baki 9 perlawanan liga musim ini.
Berita kurang baik di kem The Reds apabila kita mungkin tidak akan dapat menyenaraikan Yossi dalam kesebelasan kali ini kerana kecederaan ketika perlawanan tempoh hari di Wigan, di samping Maxi juga yang tidak dapat disenaraikan untuk Liga Europa, namun perkhabaran gembira apabila pemain pertahanan tinggi lampai, Daniel Agger sudahpun kembali pulih dari kecederaan lutut dan Glen Johnson juga mungkin akan kembali disenaraikan di kesebelasan utama. Mungkin sekali lagi formasi 4-4-2 akan diguna pakai oleh Rafa kali ini. Soalan yang mungkin selalu akan ditanya, adakah Aquilani akan bermain di kesebelasan utama? Mungkin dengan ketiadaan Yossi dan Maxi, Rafa akan meletakkan Kuyt di bahagian kanan manakala Babel di sebelah kiri (Riera masih belum pulih), dan rasanya jika Aquilani diturunkan sebagai attacking midfielder mungkin tampak berkesan untuk membantu Torres (walaupun rasanya Lucas tetap menjadi pilihan utama Rafa) manakala Gerrard dipasangkan dengan Mascherano di bahagian tengah.
Formasi Pilihan (4-4-1-1)
Pepe Reina (GK)
Glen Johnson (RB) - Carragher (CB) - Agger (CB) - Insua (LB)
Kuyt (RM) - Mascherano (CMF) - Gerrard (CMF) - Babel (LM)
Aquilani (AMF/SS)
Torres (FWD)
Nota penulis:
Kita semua masih kecewa dengan kekalahan di Wigan awal pagi Selasa lepas. Suatu keputusan yang tidak terjangka oleh fikiran yang waras sebenarnya, namun kita semua masih percaya dengan terkaman Phoenix Merah. Biarpun betapa badai yang melanda, diharap anak-anak buah Rafa Benitez masih mampu mengembalikan semula semangat para Kopites yang kian merundum dan di dalam moral yang sangat rendah kali ini. YNWA!
| Komen |
|
|
|||||
hanya ahli berdaftar boleh mennghantar komen!!
Powered by !JoomlaComment 3.26




