Berita Liga juara-juara

Berakhir Impian Europa: Liverpool 2 Athletico 1

LAST_UPDATED2 Ditulis oleh Ijam FRIDAY, 30 APRIL 2010 09:30
Perhatian, buka di tetingkap baru. PDFCetakEmel


Berakhir sudah impian akhir Europa kita musim ini, mungkin memang 2009/2010 bukan milik kita. Sekalipun kita menang dengan jaringan 2-1, namun satu gol dari Diego Forlan sudah cukup untuk meranapkan harapan sulung kita musim ini dengan peraturan gol di tempat lawan.

Perlawanan awal pagi tadi sememangnya milik kita. Dari awal saat ke-10 lagi kita sudah mula mengasak kubu Athletico, namun rembatan deras Yossi berjaya ditepis oleh penjaga gawang Athletico. Kita sudah mula meraikan jaringan pada minit ke-30 hasil tandukan cantik dari penyerang tinggi lampai, Dane Agger, namun dibatalkan kerana offsaid, yang sebenarnya telah nampak ketara sebelum tendangan percuma dari Steven Gerrard lagi. Namun Aquilani menceriakan Anfield dengan rembatan deret ke gawang sebelah kiri pada minit ke-44, membuktikan kepada RB bahawa pemilihan beliau bukanlah suatu kesilapan. Separuh masa kedua tempo perlawanan lebih mendebarkan, namun tiada perubahan seterusnya memaksa perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan. Yossi menceriakan kita melalui jaringan deras pada minit ke 95, memberi kelebihan namun ia cuma sementara apabila bekas penyerang Manchester United, Diego Forlan sekali lagi menjaringkan gol penting buat Athletico selang 7 minit kemudian, dan memberi mereka kelebihan jaringan di tempat lawan sekalipun mereka tewas 1-2.

Semangat juang yang ditunjukkan para pemain amat mengagumkan dan tewas kita pada pusingan ini bukanlah kekalahan yang memalukan. Namun diharap para pemain akan lebih fokus terutamanya setelah mendahului untuk mengelakkan kesilapan kecil yang boleh meranapkan impian kita semua. Semoga maju jaya di musim 2010/2011. YNWA

Barisan pemain:
Reina, Mascherano (Degen), Carragher, Agger, Johnson, Gerrard, Lucas, Aquilani (El Zhar), Yossi (Pacheco), Babel, Kuyt
 

SF2 Europa Preview: Liverpool V Athletico Madrid

LAST_UPDATED2 Ditulis oleh Ijam THURSDAY, 29 APRIL 2010 11:16
Perhatian, buka di tetingkap baru. PDFCetakEmel



Info siaran: 3 pagi, 30 April 2010, Astro 811
LSCM live gathering: Cobra Club (29 April 2010, 11 malam ke atas)
Info: http://my-reds.blogspot.com 

Kita akan menanti kehadiran Athletico Madrid di Anfield awal pagi Jumaat nanti dalam misi "hidup dan mati" bagi merangkul satu-satunya kejuaraan yang mungkin bakal dicapai pada musim ini - Liga Europa. Sekalipun kita akan beraksi di gelanggang keramat "Anfield", namun tekanan sebenarnya lebih berat kepada kita berbanding Athletico, lebih-lebih lagi kerana mereka punya kelebihan kemenangan 1-0 yang diperoleh minggu lepas. Kita perlu menang sekurang-kurangnya dengan kelebihan dua jaringan bagi memastikan tarikh 12 Mei 2010 di Hamburg akan diisi oleh kita. Tambahan pula, penyerang sensasi mereka, Sergio Aguero, akan kembali di Anfield setelah tidak beraksi di Madrid minggu lepas akibat digantung satu perlawanan.

Berita kecederaan dua penyerang alternatif buat El Nino - iaitu Dirk Kuyt dan David Ngog sudah pasti meresahkan RB dalam proses mencari peledak hadapan bagi memikul tanggungjawab tersebut. Buat masa kini, mungkin Ryan Babel adalah pilihan yang sedia ada. Alberto Aquilani yang menunjukkan aksi membanggakan ketika membenam Burnley Ahad lepas mungkin sekali lagi akan diberi tugas "free role" di bahagian attacking midfielder - oleh itu gandingan Gerrard dan Mascherano sekali lagi akan bersatu di bahagian central midfield. Cuma kini yang menjadi persoalan, siapakah yang akan bermain di bahagian sayap? Kini cuma hanya Yossi yang mungkin pasti akan bermain di sebelah kiri. Tapi siapa pula di sebelah kanan? Adakah RB akan meletakkan Johnson di sayap kanan (kerana aksi dominannya yang lebih ke arah menyerang) dan menurunkan Degen? Atau Carra akan bermain di sebelah kanan dan RB akan meletakkan gandingan Kyrgiakos dan Skrtel (yang dikhabarkan sudah pulih) atau Daniel Ayala di pertahanan tengah? Atau mungkin juga Gerrard akan bermain di posisi asalnya, bermain di bahagian kanan manakala Lucas dan Mascherano di tengah? semuanya akan terjawab nanti.

Kita mengharapkan kemenangan, pastikan defisit 1-0 dapat ditebus dan seterusnya mara ke akhir Liga Europa. Kita sudah melangkah jauh dan tidak seharusnya tersungkur di tengah jalan ketika destinasi hampir sampai. "Some people think football is a matter of life and death. I assure you, it's much more serious than that" Bill Shankly. Liverpool - we're never gonna stop
 

Post Review SF Europa: Athletico Madrid 1 Liverpool 0

LAST_UPDATED2 Ditulis oleh Ijam FRIDAY, 23 APRIL 2010 11:24
Perhatian, buka di tetingkap baru. PDFCetakEmel

Perjalanan "epic" sejauh 2000km dari England ke Madrid berakhir dengan kekecewaan 0-1 hasil jaringan pemain yang "dikaitkan" dengan perpindahan ke Anfield pada perpindahan musim panas nanti merangkap ketua pasukan Athletico Madrid, Diego Forlan pada minit ke-9 yang memberi kelebihan kepada Athletico untuk menghadapi kita di pusingan kedua di Anfield minggu hadapan.

Rafa membuat hanya satu pertukaran pemain dari kesebelasan menentang West Ham pagi Selasa lepas dengan menurunkan kembali Javier Mascherano, dan kembali kepada formasi 4-4-1-1 dengan meletakkan Kuyt di sebelah kanan serta Yossi bermain di sebelah kiri. Agak malang buat kita apabila gol penyamaan dari Yossi pada minit ke-18 hasil hantaran cantik Kuyt tidak dikira kerana offsaid, kerana mungkin ia akan mengubah senario keseluruhan perlawanan kerana selepas itu, yang boleh dikatakan hampir keseluruhan perlawanan dikuasai oleh Athletico.
Namun begitu, kekalahan ini bukanlah pengakhiran terus buat kita kerana ini masih lagi pusingan pertama dan diharapkan raungan Anfield akan dapat memberi semangat semula kepada barisan The Reds untuk memberi kemenangan dan seterusnya layak ke akhir Liga Europa untuk musim ini. Jangan lupa kita pernah melakukannya ketika menentang Lille tempoh hari, memetik kata-kata penjaga gol kita, Pepe Reina "if anyone can, Liverpool can". YNWA

Skuad pemain: Pepe Reina, Johnson, Carragher, Dane Agger, Mascherano, Lucas, Kuyt, Yossi (El Zhar), Gerrard, Ngog (Babel)
Info: http://my-reds.blogspot.com
 

Preview Europa: Athletico Madrid V Liverpool

LAST_UPDATED2 Ditulis oleh Ijam WEDNESDAY, 21 APRIL 2010 17:57
Perhatian, buka di tetingkap baru. PDFCetakEmel
 
Info Siaran: 3 pagi 23 April 2010 (Jumaat), Astro Siaran 811
LSCM Gathering: Cobra Club
Sumber: http://my-reds.blogspot.com

Kita akan bertandang ke Vicente Alderon, Madrid bagi pertemuan pusingan pertama Separuh Akhir Liga Europa pada awal pagi Jumaat nanti bagi merebut satu-satunya kejuaraan tunggal kita bagi musim ini. Biarpun berhadapan dengan beberapa cabaran dalam pra-perlawanan ini termasuklah risiko pemain "mungkin" keletihan kerana terpaksa melalui perjalanan ke Madrid melalui jalan darat, namun diharap para pemain akan dapat memberikan tentangan dan sekurang-kurangnya mendapat kelebihan jaringan di tempat lawan untuk memudahkan aksi kedua di Anfield minggu hadapan.

Read more

 

Post Review: Liverpool 4 Benfica 1 (Europa)

LAST_UPDATED2 Ditulis oleh Ijam FRIDAY, 09 APRIL 2010 07:22
Perhatian, buka di tetingkap baru. PDFCetakEmel


Infohttp://my-reds.blogspot.com 

Pagi ini penyokong The Reds pasti tersenyum lagi, terima kasih kepada 2 jaringan daripada Torres, dan satu masing-masing daripada Lucas dan Kuyt; memberikan kita keputusan 4-1 di Anfield. Ternyata atmosfera di Anfield sangat luar biasa, dan memberi inspirasi kepada anak-anak buah Rafa Benitez dalam melakarkan kemenangan seterusnya mara ke pusingan separuh akhir Liga Europa, dan lawan kita adalah kelab di mana El Nino membesar, iaitu Athletico Madrid (yang seri 0-0 dengan Valencia, mara atas tiket jaringan tempat lawan).

Bermula dengan tandukan Kuyt yang menerjah jaring pada minit ke-27, walaupun pada mulanya hampir dibatalkan apabila penjaga garisan mengangkat bendera, namun advantage diberikan oleh pengadil utama dan memberi kita penyamaan agregat 2-2. Namun, saat yang pasti tidak dilupakan apabila Lucas Leiva menjaringkan satu gol yang menarik dan amat penting awal pagi tadi, Menerima hantaran tepat dari Gerrard dan menewaskan penjaga gol Benfica melalui satu gerakan yang cantik serta mudah, dan menjadikan keputusan 2-0 (atau agregat 3-2). Pada babak kedua, Torres menjadikan kedudukan 3-0 hasil gerakan counter attack yang sangat "smooth", berpunca dari tendangan percuma oleh pemain Benfica yang rebounce dan gerakan pantas dari Mascherano ke Yossi terus ke Kuyt sebelum membuat lorongan cantik untuk disudahi oleh El Nino. Cardozo memberikan Benfica sedikit harapan melalui tendangan leret percuma dari luar petak penalti menjadikan kedudukan 3-1 pada minit ke-70 namun El Nino telah megesahkan kita tempat ke separuh akhir dengan jaringan mudah minit ke-82. Keputusan akhir 4-1 (Agregat 5-3)

Pusingan pertama peringkat separuh akhir akan berlangsung 22 April nanti manakala 29 April untuk pusingan kedua. Harapnya sejarah 2001 akan berulang seterusnya memberi satu-satunya kejuaraan piala buat kita pada musim ini. YNWA

Barisan pemain: Pepe Reina, Johnson, Kyrgiakos, Carragher, Agger, Mascherano, Lucas, Kuyt, Yossi (El Zhar), Gerrard (Aquilani), Torres (ngog)

 

Preview: Liverpool V Benfica (Europa)

LAST_UPDATED2 Ditulis oleh Ijam THURSDAY, 08 APRIL 2010 17:36
Perhatian, buka di tetingkap baru. PDFCetakEmel

Info Siaran: Astro Channel 811, 3 pagi, 9 April 2010
Info: http://my-reds.blogspot.com

Setelah melalui 2 keputusan yang mengecewakan iaitu kekalahan di Lisbon 1-2 dan seri di St Andrews Ahad lepas, mungkin ramai yang berharapkan kejayaan skuad The Reds untuk mara ke pusingan Separuh Akhir Liga Europa, sekurang-kurangnya sagu hati untuk musim yang mengecewakan ini. Sungguhpun begitu, semangat Anfield pasti akan mengiringi kita pada awal pagi nanti untuk menanti kehadiran Benfica dan seterusnya melakar kemenangan yang diharapkan.

Ketiadaan Ryan Babel pasti akan diisi oleh Yossi Benayoun, manakala El Nino juga disahkan cergas untuk perlawanan ini. Belum dapat dipastikan apakah formasi yang bakal digunapakai oleh Rafa Benitez, yang pastinya masalah mencari pengganti bek kiri harus diselesaikan segera. Mungkinkah Rafa akan meletakkan formasi 3-5-2? atau 4 pertahanan tengah di mana Kyrgiakos, Carra dan Agger bergilir untuk bermain sebelah kiri? Di sinilah sekali lagi akan memberi cabaran buat Rafa Benitez dalam menjana formasi kesebelasan yang akan diturunkan, kerana pada masa ini sebarang kesilapan pasti akan menambah kekecewaan para penyokong setia.

Kita cuma perlu menang 1-0 untuk mara ke Separuh Akhir Liga Europa, harapan kami semua ia akan tercapai. YNWA


Barisan kemungkinan: Reina, Johnson, Kyrgiakos, Carragher, Agger, Mascherano, Lucas, Gerrard, Benayoun, Kuyt, Torres

Post Review: Benfica 2 Liverpool 1 (Europa)

LAST_UPDATED2 Ditulis oleh Ijam FRIDAY, 02 APRIL 2010 14:22
Perhatian, buka di tetingkap baru. PDFCetakEmel


Sumber: http://my-reds.blogspot.com

Kunjungan kita ke Estadio da Luz awal pagi tadi berakhir dengan tewas 1-2, namun masih ada lagi pusingan kedua peringkat suku akhir yang akan berlangsung di Anfield minggu hadapan, di mana dengan jaringan 1-0 akan melayakkan kita ke pusingan separuh akhir. Namun, hakikat itu pasti sedikit sukar kerana di Anfield nanti kita akan berhadapan kehilangan 2 pemain utama, iaitu Ryan Babel (yang mengutip kad merah malam tadi) dan Emiliano Insua yang mengutip kad kuning kedua, seterusnya tidak dapat beraksi di suku akhir kedua nanti. Ini pasti memberi tekanan kepada kem The Reds untuk mencari pengganti yang sesuai, tambahan pula Fabio Aurelio (pemain bek kiri) masih lagi dibelenggu kecederaan.

Seperti 3 perlawanan terakhir, kita sekali lagi membuka jaringan pada masa kurang dari 10 minit, dan berterima kasih kepada hantaran bijak Gerrard yang leret hasil sepakan percuma, terus dikuis Daniel Agger yang menerjah gawang Benfica pada minit ke-8. Kelebihan 1-0 tambahan pula dengan kepantasan permainan pihak lawan memberi tekanan kepada bahagian pertahanan kita, nyaris-nyaris Cardozo menjaringkan penyamaan 3 minit selepas jaringan Agger. Namun, apabila Babel dikenakan kad merah pada minit ke-30 kerana mengangkat tangan ke muka pemain pertahanan Benfica di hadapan pengadil, segalanya tampak sukar, kerana harus beraksi 10 orang untuk tempoh 60 minit terakhir. Kita hampir bergembira pada minit ke-37 apabila El Nino meledakkan jaringan kedua, namun dibatalkan oleh penjaga garisan yang terlebih dahulu mengangkat bendera. Ketika separuh masa kedua, Benfica menggandakan asakan, hasilnya mereka berjaya memperoleh 2 jaringan - keduanya melalui sepakan penalti; pada minit ke 60 dan 79, sekaligus menjadikan keputusan akhir 2-1. 

Keseluruhannya, satu permainan yang baik ditunjukkan oleh The Reds namun nasib tidak menyebelahi kita, lebih-lebih lagi harus bermain dengan 10 orang untuk 70% baki perlawanan. Harapannya di Anfield kita akan mampu bangkit (namun seperti yang dikatakan awal tadi, agak sukar kerana kehilangan 2 pemain utama) dan sekurang-kurangnya menang dengan jaringan 1-0 untuk ke separuh akhir. Kita sudah jauh melangkah ke suku akhir dan tiada siapa mahu perjuangan berakhir di sini. Buat masa ini pasti ramai yang sudah mula akan terfikir siapa yang bakal diturunkan di Anfield nanti. YNWA

Barisan pemain: Pepe Reina, Johnson, Carra, Agger, Insua, Mascherano, Lucas, Kuyt, Babel, Gerrard (Benayoun), Torres (Ngog)

Preview: Benfica v Liverpool (Liga Europa)

LAST_UPDATED2 Ditulis oleh Ijam THURSDAY, 01 APRIL 2010 02:43
Perhatian, buka di tetingkap baru. PDFCetakEmel



Info Siaran:
 3 pagi, Astro Channel 811, 2 April 2010
Sumber: http://my-reds.blogspot.com 

Kita akn berkunjung ke Estadio da Luz, Lisbon awal pagi esok bagi pertemuan pusingan pertama peringkat Suku Akhir Liga Europa menentang Benfica. Kali terakhir kita bertemu Benfica ialah semasa Kejuaraan Eropah pada musim 2005/2006, yang menyaksikan kita (yang ketika itu juara bertahan musim sebelumnya) tersungkur dengan kekalahan 0-1 di Portugal dan 0-2 di Anfield, memberi amaran pertama bahawa lawan kita pada kali ini memang bukan calang-calang pasukan. Apatah lagi Benfica merupakan pendahulu Liga Portugal buat masa sekarang dengan hanya 1 kekalahan daripada 24 perlawanan liga, juga memberi gambaran tentang prestasi semasa mereka.

Hadir tanpa 2 tonggak utama, Maxi (yang tidak boleh beraksi untuk Liga Europa) dan Aquilani (kecederaan lutut) mungkin akan memaksa Rafa Benitez untuk menggunakan formasi 4-5-1 sekali lagi; maka ini bermakna kita akan menyaksikan kehadiran semula Lucas Leiva di kesebelasan utama manakala Kuyt akan bermain di sayap kanan. Melainkan jika Rafa dapat mengekalkan formasi 4-4-2, di mana Yossi Benayoun (yang tidak dapat dipastikan lagi adakah beliau sudah cukup cergas untuk turun ke kesebelasan utama) diturunkan ke sayap kanan dan Kuyt membantu Torres di bahagian serangan, manakala pasangan tengah sekali lagi disandarkan kepada Gerrard dan Mascherano.

Perlawanan ini dijangka sengit, dan keputusan mungkin berakhir sama ada seri atau kemenangan yang tipis. Mungkin hanya jika El Nino dapat mengekalkan prestasi cemerlang beliau akan memberi kelebihan buat kita. Tapi kita jangan lupa bahawa Benfica juga punya bintang yang merbahaya seperti Javier Saviola, Angel Di Maria, Nuno Gomez serta penjaring terbanyak Liga Portugal buat masa ini iaitu Oscar Cardozo yang telah meledak 19 gol daripada 23 penampilan musim ini. Harapannya, skuad The Reds akan mampu beraksi sebaik mungkin dan memberi kemenangan buat bekalan di Anfield nanti. YNWA

Skuad kemungkinan: Pepe Reina, Johnson, Carragher, Agger, Insua, Mascherano, Gerrard, Yossi, Babel, Kuyt, Torres (4-4-2) atau Reina, Johnson, Carragher, Agger, Insua, Mascherano, Lucas, Kuyt, Babel, Gerrard, Torres (4-5-1)

Inspirasi El Nino: Liverpool 3 Lille 0 (Liga Europa)

LAST_UPDATED2 Ditulis oleh Ijam FRIDAY, 19 MARCH 2010 10:31
Perhatian, buka di tetingkap baru. PDFCetakEmel


Kita berjaya melangkah ke suku akhir Liga Europa hasil kemenangan bergaya 3-0 ke atas pasukan yang menduduki tempat keempat dalam Liga 1 Perancis, LOSC Lille dengan agregat akhir 3-1. Kemenangan ini bukan sahaja menggembirakan seluruh penyokong The Reds, malah ia seakan memberi amaran kepada Manchester United bahawa kita berada di tahap yang terbaik untuk berkunjung ke sana Ahad ini. Lebih menggembirakan apabila penyerang sensasi kita, Fernando Torres menjaringkan 2 gol dalam pertemuan ini, menjadikan daripada jumlah 7 gol yang dijaringkan dalam minggu ini, El Nino menyumbangkan 4 daripadanya. Ini juga memberi suatu petanda bahawa El Nino telah kembali menemui sentuhan emasnya setelah melalui beberapa episod perlawanan yang mengecewakan; dan juga menambahkan jumlah jaringan peribadinya kepada 17 gol untuk musim ini.

Rata-rata setiap pemain bermain dengan penuh semangat pada awal pagi tadi, bermula dengan sepakan deras jarak jauh oleh Ryan Babel seawal minit ketiga. Namun, pada minit ke 9 kita berjaya mendapat sepakan penalti apabila Lucas diterjah di dalam petak penalti, yang terhasil daripada gerakan Babel dan Insua. Kapten Fantastic tidak menghadapi masalah mengambil sepakan tersebut dan menjadikan agregat 1-1. Beberapa gerakan berjaya dicipta sepanjang separuh masa pertama, yang boleh dikatakan banyak terhasil daripada Torres; di samping beberapa percubaan dari Gerrard, Babel, Kuyt dan Lucas. Separuh masa kedua, kita menggandakan asakan dan hasilnya El Nino menjaringkan gol "signature" beliau pada minit ke 49 dan menjadikan agregat 2-1. Selepas jaringan itu, kelihatan Lille melipat gandakan asakan ke kubu kita, kerana jika mereka berjaya menjaringkan 1 gol, mereka akan mara ke suku akhir. Namun, segalanya berakhir buat Lille apabila El Nino menjaringkan gol ketiga pada minit ke-89 hasil gerakan daripada Gerrard; dan menjadikan agregat akhir 3-1.

 

Awal pagi tadi (waktu Malaysia); kita dapat mendengar kembali nyanyian keramat "YNWA" dari Anfield penuh dengan semangat dan riak wajah penyokong yang kegembiraan. Kini kita berharap aksi kemenangan seperti ini dapat diteruskan sehingga akhir musim ini. YNWA 

Barisan Pemain (v Lille): Pepe Reina, Glen Johnson, Jamie Carragher, Daniel Agger (Soto Kyrgiakos), Emiliano Insua, Javier Mascherano, Lucas Leiva, Dirk Kuyt, Ryan Babel (Yossi Benayoun), Steven Gerrard, Fernando Torres (David Ngog)

 

Halaman 1 dari 5

0
Fans Liverpool Berdaftar