Analisis @ My-LFC

YNWA: Muchas Gracias Rafael Benitez

LAST_UPDATED2 Ditulis oleh Ijam FRIDAY, 04 JUNE 2010 03:38
Perhatian, buka di tetingkap baru. PDFCetakEmel



Sudah Sah - Rafael Benitez kini meninggalkan Liverpool di atas perjanjian yang dipersetujui bersama dengan pihak lembaga pengarah. Meninggalkan segala memori pahit dan manis sepanjang 6 musim di bawah arus "Rafalution" yang berakhir semalam. Ketika ini diberitakan Pengarah Urusan Christian Purslow dan legenda, Kenny Dalglish ditugaskan untuk mengenalpasti calon - calon yang dirasakan sesuai untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Rafa. Ujar Pengerusi LFC, Martin Broughton, "
Rafa akan sentiasa diingati di atas kejayaannya membawa kemenangan Kejuaraan Eropah dalam perlawanan yang dianggap bersejarah namun kekecewaan sepanjang musim 2009/2010 kita mahukan permulaan yang baru"

Dalam kata-kata terakhir Rafa Benitez:
"Adalah sukar untuk menyatakan bahawa saya kini bukan lagi pengurus Liverpool. Terima kasih kepada semua pekerja dan para pemain di atas segala usaha mereka. Segala kenangan manis akan terus disimpan di hati saya, penyokong yang kental dan setia walaupun di masa yang sukar dan rasa cinta kepada Liverpool. Tiada lagi kata-kata selain ucapan terima kasih untuk tahun-tahun saya di sini dan saya berbangga pernah menjadi pengurus Liverpool FC"

Mengakhiri dengan satu ungkapan yang mungkin akan diingati oleh kita semua, "Thank you so much once more and always remember: You'll Never Walk Alone"

Terima kasih Rafael Benitez untuk Champion League, Euro Super Cup, FA Cup, Fernando Torres, Pepe Reina, Rafalution dan kempen terbaik 2008/2009. Jasamu sentiasa dikenang. YNWA
 

Rafa, dana dan masa depan Anfield

LAST_UPDATED2 Ditulis oleh Ijam TUESDAY, 01 JUNE 2010 23:16
Perhatian, buka di tetingkap baru. PDFCetakEmel


sumber: http://my-reds.blogspot.com 

Sukar sekiranya kita berada di tempat Rafa. Entah apa yang difikirkan oleh GnH ataupun pengerusi baru, Martin Broughton kita sendiri pun tidak dapat memastikan. Kita juga sedia maklum pengerusi baru kita ini adalah peminat setia Chelsea dan baru-baru ini telah mendedahkan bahawa "adakah lebih baik untuk Torres pergi" ke mana? Chelsea? Apa yang sudah berlaku? Konspirasi membalas dendam terhadap peminat Liverpool? Kita juga sudah sedia maklum bahawa GnH memang ingin Juergen Klinsmann menjadi pengurus Liverpool sejak 3 tahun dahulu lagi, namun tentangan peminat The Reds memastikan Rafa masih lagi menjadi pengurus pasukan.

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita bahawa Rafa akan disediakan dana sebanyak £5 juta pound untuk perbelanjaan musim panas nanti, namun disangkal oleh oleh jurucakap Liverpool bahawa Rafa akan mendapat sekurang-kurangnya £15 juta bagi tujuan tersebut. Berita ini pasti meresahkan kita semua ketika pasukan lain seperti Manchester City (dapat dana £100 - £150 juta), Chelsea (dapat dana £50-£100 juta) dan Manchester United (dapat dana£95 juta) mendapat dana yang sangat besar, kita pula masih terkapai-kapai. Jika "sell to buy" terpaksa dilaksanakan, kita mungkin kehilangan Albert Riera, Yossi Benayoun, Ryan Babel dan Philip Degen; juga sudah kehilangan Fabio Aurelio yang enggan membaharui kontraknya baru-baru ini. Persoalannya, adakah Rafa akan mendapat membelanjakan dana tersebut untuk membeli pemain-pemain baru?

Read more

 

29.5.2010: 25 tahun tragedi Heysel

LAST_UPDATED2 Ditulis oleh Ijam SATURDAY, 29 Mei 2010 11:25
Perhatian, buka di tetingkap baru. PDFCetakEmel

25 tahun dahulu pada hari ini (29.5.1985) merupakan satu lagi hari yang pasti tidak akan dapat dilupakan dalam sejarah bolasepak Eropah, terutamanya bagi penyokong kita dan Juventus ekoran tragedi yang meragut 39 nyawa ketika perlawanan akhir Piala Eropah di Stadium Heysel, Belgium (32 daripada keseluruhan kematian merupakan penyokong Juventus). Tragedi ini juga menyebabkan kelab-kelab Inggeris disenaraihitam daripada penyertaan kepada kesemua pertandingan di peringkat Eropah (sebelum ditarik balik semula pada musim 1990-1991).

Pada tahun 2005, Liverpool dan Juventus telah diundi bertemu semula pada peringkat suku akhir Champion League setelah 20 tahun tragedi berikut. Penyokong The Reds yang berada di The Kop mengambil inisiatif positif dengan mengangkat sepanduk "amicizia" [persahabatan di dalam bahasa Itali] yang mendapat respon positif daripada penyokong Juventus yang hadir di Anfield ketika itu.



Sebagai satu lagi usaha diplomatik, sebuah monumen peringatan dibina bagi memperingati tragedi berdarah ini.
In Memoria E Amicizia: Liverpool - Juventus. 29th May 1985. YNWA
 

YNWA: Selamat Tinggal Fábio

LAST_UPDATED2 Ditulis oleh Ijam THURSDAY, 27 Mei 2010 10:02
Perhatian, buka di tetingkap baru. PDFCetakEmel


Fábio Aurélio bakal meninggalkan kita secara sah setelah tidak menandatangani perjanjian lanjutan kontrak "pay as you play" yang ditawarkan kepada beliau untuk musim hadapan. Masalah kecederaan yang berlanjutan sepanjang musim 2009/2010 lebih banyak meminggirkan beliau daripada kesebelasan utama walaupun beliau adalah antara peranan utama sepanjang musim sebelumnya. Membuat 71 penampilan sepanjang karier beliau di Liverpool semenjak menyertai kita dari Valencia pada tahun 2006, Fábio Aurélio juga adalah salah seorang pemain yang berkebolehan membuat tendangan sudut dan percuma dengan baik. Satu kehilangan yang besar sebenarnya buat skuad kita.

Tendangan percuma beliau ketika menentang Chelsea (Champion League) dan Manchester United (ketika menang 4-1 di Old Trafford) pasti akan terus diingati oleh kita semua. Terima kasih Fábio, kami pasti akan merindui anda.
YNWA
 

76% memilih kit SC Torres dan Gerrard

LAST_UPDATED2 Ditulis oleh Ijam MONDAY, 24 Mei 2010 13:07
Perhatian, buka di tetingkap baru. PDFCetakEmel


Bagaimanakah nasib 76% pemilik jersi kit Standard Chartered baru 2010/2012 kita sekiranya FT9 atau SG8 meninggalkan kita pada musim hadapan? Adakah mereka akan membuangnya? Membakarnya atau dijual di Ebay? Kedua-dua bintang kita masih lagi belum mahu memberikan kata putus tentang komitmen masa depan mereka di Anfield sehingga hari ini dan harapnya mereka tidak akan mengecewakan 76% pemilik kit baru ini. Bayangkan jika daripada 1,000,000 pembeli kit baru, maknanya 760,000 orang sudah memiliki kit nama FT9 dan SG8. Mungkin kerana ini untuk buat masa sekarang kita mungkin dapat mengandaikan kedua-duanya mungkin akan masih berada di Liverpool.
Artikel ini juga mungkin akan menceritakan kenapa kita tidak akan menjual Fernando Torres; dan petikan kata Rafa sendiri "Wanita di Asia memang menggilai beliau. Terima kasih kepada beliau kerana menjadikan Liverpool semakin besar di Asia."

Top 10 tempahan nama untuk kit SC melalui liverpoolfc.tv
Torres - 42%
Gerrard - 34%
Carragher - 4.2%
Mascherano - 3.5%
Agger - 2.6%
Aquilani - 2.4%
Johnson - 2.3%
Reina - 2.2%
Kuyt - 1.9%
Maxi - 1.7%
 

Liverpool Hall of Fame 2000-2010

LAST_UPDATED2 Ditulis oleh Ijam WEDNESDAY, 19 Mei 2010 19:38
Perhatian, buka di tetingkap baru. PDFCetakEmel

 

 

Sedekad telah berlalu apabila John Barnes dan Ian Rush dipilih dalam pemilihan "Hall of Fame" untuk dekad 1990an. Pemilihan dibuat oleh panel yang dipilih, berdasarkan pencapaian, kualiti dan perwatakan mereka yang menjadikan mereka antara yang terhebat di dalam sejarah Liverpool FC.

Tahun ini, 2010 telah genap 10 tahun bagi dekad pertama tahun 2000-2010 dan bermakna sudah tiba masa bagi kita mengiktiraf 2 pemain yang layak sebaris dengan legenda-legenda terdahulu, berdasarkan kriteria yang disebut di atas. Nama-nama ini pasti akan diingati dalam sejarah Liverpool bukan sahaja untuk generasi hari ini, tetapi untuk generasi akan datang. 

Berikut adalah senarai penerima "Hall of Fame" semenjak 1892 sehingga 1990an:
1890s: Harry Bradshaw and Matt McQueen
1900s: Alex Raisbeck and Jack Cox
1910s: Arthur Goddard and Ephraim Longworth
1920s: Elisha Scott and Don MacKinlay
1930s: Gordon Hodgson and Jimmy McDougall
1940s: Albert Stubbins and Jack Balmer
1950s: Billy Liddell and Alan A'Court
1960s: Roger Hunt and Ron Yeats
1970s: Ray Clemence and Ian Callaghan
1980s: Alan Hansen and Kenny Dalglish
1990s: John Barnes and Ian Rush

Siapa agaknya yang akan menerima untuk dekad 2000-2010?

 

2009/2010: Bukan Musim Kita

LAST_UPDATED2 Ditulis oleh Ijam MONDAY, 10 Mei 2010 13:45
Perhatian, buka di tetingkap baru. PDFCetakEmel
 
Perlawanan terakhir malam tadi menentang Hull melengkapkan musim penuh kekecewaan buat kita, kita terpaksa menelan hakikat bahawa kita cuma boleh bertarung ke Liga Europa musim hadapan. Kedudukan tempat ke-7 merupakan kedudukan paling rendah yang pernah kita duduki semenjak tahun 1999. Ini belum lagi termasuk dengan tersingkir di peringkat kumpulan di dalam Champion League, tewas di pusingan ketiga FA Cup dan pusingan keempat Carling Cup dan bagi menambah keperitan apabila tewas di peringkat separuh akhir Liga Europa atas peraturan gol di tempat lawan. Apakah sebenarnya yang terjadi pada musim ini setelah melalui musim yang begitu "hampir" sempurna pada 2008/2009? Walaupun umumnya kita semua tahu 80% daripada kesebelasan utama adalah datang dari barisan yang sama?

Pilihan Penulis untuk musim 2009/2010
Pemain terbaik: Pepe Reina
Pemain paling mengecewakan: Lucas Leiva
Pembelian terbaik: Maxi Rodriguez (percuma)
Pembelian paling mengecewakan: Alberto Aquilani (20 juta)
Penjaring terbanyak: Fernando Torres (22 gol, 18 untuk BPL)
Pencapaian terbaik: separuh akhir Liga Europa
 
baca selanjutnya My-Reds: klik di sini

LFC : DIC Kembali

LAST_UPDATED2 Ditulis oleh beemer WEDNESDAY, 05 Mei 2010 11:55
Perhatian, buka di tetingkap baru. PDFCetakEmel

 

Selain daripada khabar angin yang menyatakan seorang jutawan China, Kenneth Huang mahu mengambilalih Liverpool, berita terbaru yang diterima turut melaporkan Dubai International Capital atau DIC kini telah kembali bersaing untuk mendapatkan penguasaan ke atas Liverpool FC. DIC kini dilaporkan telah mula berbincang secara serius dengan Liverpool mengenai tawaran pengambilalihan kelab berjumlah 500 juta pound. DIC adalah syarikat pelaburan yang dimiliki sepenuhnya oleh keluarga DiRaja Dubai yang diketuai oleh Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum. DIC kini disebut-sebut sebagai calon pilihan utama untuk mengambilalih Liverpool di dalam masa terdekat ini. Mereka juga dikatakan sedang mengadakan perbincangan serius dengan pemilik-pemilik Liverpool. DIC sebenarnya telah lama cuba membeli Liverpool dengan tawaran mereka pada tahun 2007 namun pemilik ketika itu David Moores memilih untuk menjual kepada pemilik Amerika di atas cadangan daripada bekas CEO Liverpool Rick Parry. 

Read more

Nando nak lawan orang kampung

LAST_UPDATED2 Ditulis oleh anep89 THURSDAY, 15 APRIL 2010 12:44
Perhatian, buka di tetingkap baru. PDFCetakEmel
 

El nino amat berharap dapat segera sembuh dr kecederaan dan dapat turun menentang kelab asal beliau~ Athletico Madrid dlm saingan semi-final Piala Eropah. specialist dr Spain(Ramon Cugat)memberitahu bhw Nando perlu berehat selama 5 hari dan beliau akan kembali pd minggu depan.

Nando yg menjalani operation pd Januari lalu dan terpaksa berehat selama sebulan tlah ke Barcelona pd hari isnin baru-baru ini bagi memastikan kecederaan yg beliau alami tidak teruk. Beliau berkata bhw amat berharap dpt bermain menentang bekas pasukannya dan fokus pada saingan Piala Dunia nnt.
REDS yg bimbang selepas Nando tidak dapat turun menentang Fulham baru-baru ini tlah diberitahu oleh Cugat bhw kecederaan Nando tidak serius namun Nando prlukan rehat bg mengelakkan risiko krn kecederaan ini adalah pd bhagian lutut yg di operated pd Januari lalu.dan Nando bley kembali pd minggu depan.Bergantung pd keadaan beliau dan seterusnya terpulang kpd REDS' medical stuff dan Rafa. Nando sendiri berkata beliau berharap dpt kembali berlatih pada secepat mungkin dan turun menentang Hammers bg membuktikan beliau bersedia menentang Athletico Madrid. "this is a special match and I desperate to play.."
*Spanish Football Federation tlah bersemuka dgn REDS, Cugat dan nando sendiri di mana mereka ternyata risau dgn fitness Fernando Torres menuju saingan Piala Dunia.
Kredid: LiverpoolKita

Halaman 1 dari 12

0
Fans Liverpool Berdaftar