Player pilihan:
Re: 7: Luis SUAREZ
Aktiviti My-LFC:
T-Shirt My-Lfc 2012

Ever Banega: antara Alonso dan Mascherano?

Kini kedengaran desas-desus kencang Liverpool dikaitkan dengan Ever Banega, pemain yang kini bermain untuk Valencia. Muda, baru berusia 21 tahun dan mungkin bakal menjadi prospek yang bagus untuk dibeli oleh Liverpool. Tambahan, dengan harga yang murah €10 juta (seperti harga Alonso semasa kita membelinya dahulu), Ever Banega adalah pelaburan yang dianggap ideal di kala kita masih lagi tertunggu-tunggu dengan berita pemilikan Liverpool. Mengikut sumber goal.com, Banega dikhabarkan sangat berminat untuk menyertai Liverpool sekalipun beliau tahu kita tidak akan beraksi dalam Champion League musim hadapan dan ini merupakan satu berita yang baik, tambahan pula beliau akan menyertai rakan-rakan dari senegaranya seperti Maxi Rodriguez, Javier Mascherano dan Emiliano Insua di Anfield.
Di samping itu, dikhabarkan gaya permainan beliau yang "tidak mengenal erti letih" telah disamakan dengan kehebatan Xabi Alonso dan Javier Mascherano. Mungkin ini yang kita cari selama ini, mungkin. YNWA
 
Biodata Ringkas: 
Nama Penuh: Éver Maximiliano David Banega
Tarikh Lahir: 29 Jun 1988
Umur: 21 Tahun
Posisi: Tengah
Kelab kini: Valencia (33 penampilan, 2 gol)
Antarabangsa: Argentina (2 penampilan)
Comments
Search
ijam   |Publisher |20-05-10 03:17:54
avatar sila tengok petikan video atau type je "ever banega" kat youtube
ultras   |Registered |20-05-10 02:48:34
avatar tak penah nengok la mamat ni main....baguih ke?
Predator  - re:   |Manager |16-05-10 22:27:34
avatar
igorbiscan wrote:
klu dpt bola yang tahu mesti nak passing belakang atau tepi...[/quote]

farizomar wrote:
kalau mamat ni ada Lucas dok bench..tak??


[quote=ajim1619] Kalau setakat rajin macam Mash & Kunyit x jadi jugak
geng..Kreativiti tu xde


beli je..gi mampuh dgn Lucas. pemalas nak bergerak..we need someone who
cam moving a ball.

1 lg, Masch dgn Kut,beza jauh tu..masch tu lg
creative lg kunyit.

kunyit + Lucas + boNgog = Rafa favourite a.k.a
untouncable
heromuda   |Registered |16-05-10 00:58:15
avatar pembelian wajib...
bayangkan ong pass budak ni dari counter attack jatuh depan
torres???
peeerghhh....
igorbiscan   |Registered |15-05-10 23:23:24
avatar aku suka player macam nih, klu dapat bola mesti turn depan utk buat attacking.
Tak macam 'seseorang' yang ada kat kelab kita skang nih...klu dpt bola yang tahu
mesti nak passing belakang atau tepi...huahua

tp mesti ingat gak, youtube can
be deceiving!...

peace!
ijam   |Publisher |15-05-10 23:08:42
avatar aku baru letak video utk korg tengok. well...dia ni nampak bagus tang assist.
remember alonso?
carra23   |Registered |15-05-10 21:55:53
avatar kalo bli bagus gak. at least ade cover. kite kna ada bnyk player. br ade
depth.
mcm spurs tu.
tgk la season yg baru lpas ni. dkat subs kita xde pun
player2 yg
kualiti yg bleh kasi impak.
ijam   |Publisher |15-05-10 19:04:58
avatar ajim, aquilani mmg bagus tp seperti yg kita semua sedia maklum dia ada problem
dgn injury. mungkin season baru nanti dia akan kerap main, but budak Ever Banega
ni muda lagi, 21 tahun...if aquilani OK mungkin aquilani akan jadi first choice
next season....
ajim1619   |Registered |15-05-10 18:09:16
avatar Macam mane dgn Aquaman kalau mamat ni join Kops..?Takkan nak sia-siakan pemain
yang berbakat besar macam Aquaman..Rasanya Liverpool perlukan seramai mungkin
player yang creative untuk menjana serangan. Kalau setakat rajin macam Mash &
Kunyit x jadi jugak geng..Kreativiti tu xde. Sign player yang kreatif la..Baru
ada rasa gerun team lawan nak jumpa kita. YNWA.
carra23  - re:   |Registered |15-05-10 09:09:34
avatar
farizomar wrote:
kalau mamat ni ada Lucas dok bench..tak??


kalo rafa masih manager lg. lucas msti main punya.
alexis   |Registered |15-05-10 04:40:57
avatar harap jgn indah kabar dari rupa je..
mcm mne ngn javi martinez? rafa xjdi sign
ke?
farizomar   |Registered |15-05-10 00:19:14
avatar kalau mamat ni ada Lucas dok bench..tak??
carra23   |Registered |14-05-10 22:45:01
avatar kalo pass mcm alonso.
rajin mcm masherano.
mmg betul2 hoowwliau!
ijam   |Publisher |14-05-10 20:05:18
avatar ohh lupa nak add... 10 juta euro bersamaan 8.5 juta UK pound sterling.... so
rasanya mampu dimiliki... jual je la babel, ngog tu sume...
Mr.Alip   |Administrator |14-05-10 20:03:39
avatar pergh aku setuju tu ijam
memang meletup2 lah
season depan macam tu huhu
ijam   |Publisher |14-05-10 19:51:10
avatar membayangkan dia menyertai liverpool, dia dgn mascherano kat tengah, tambah
gerrard attacking midfielder, winger kanan maxi, kiri arda turan mungkin...
striker torres... perghhh
mejar   |Registered |14-05-10 09:57:11
waa...
bagus2...
berita yg baik nih...
harap2 menjadi kenyataan...
amin...
ijam   |Publisher |14-05-10 08:04:53
avatar dgr valencia setuju nak jual 10 juta euro.... bukan ade tulis ke?
Mr.Alip   |Administrator |14-05-10 07:59:35
avatar berapa anggaran harga mamat nie ?
ijam   |Publisher |14-05-10 07:16:08
avatar tau takper... skrg kencang benda ni dalam goal.com... harap boleh jadi realiti
igorbiscan   |Registered |14-05-10 07:11:13
avatar Aku semakin minat ngan mamat nih...passing dia cun. Boleh jadi prospek yang
hebat di liverpool dan argentina...harap2 masch dapat pancing dia masuk
liverpool!
Only registered users can write comments!

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

0
Geng My-LFC Berdaftar