King Kenny Kembali?
Written by Ijam
Wednesday, 05 May 2010 22:01

Macam-macam berita kedengaran di Anfield kebelakangan ini, mula-mula cerita pasal RB, then SG8 lepas tu FT9 kali ni dah bertiup kencang plak perkhabaran berita yang "The King" Kenny Dalglish mungkin akan kembali menjadi pengurus Liverpool, sekiranya Rafa Benitez meletakkan jawatan selepas pertemuan dengan Chairman, Martin Broughton nanti. Ini mungkin hanya akan berlaku jika Rafa tidak mendapat jaminan tentang jumlah dana yang bakal dibekalkan kepada beliau untuk perpindahan musim panas nanti. Dengan tawaran lumayan dari Juventus, berkemungkinan besar sekiranya Rafa gagal diberikan kepastian, beliau akan pergi ke sana.
Rata-rata kita semua tahu siapa Kenny Dalglish. Siapa peminat tegar Liverpool FC pasti akan kenal siapa diri beliau. Masakan tidak, di bawah pengurusan beliau kita memenangi 3 kali juara Divisyen 1 (nama lama bagi Premier League masa itu) malah kali terakhir kita menang trofi ialah di bawah kendalian beliau, iaitu 1989-1990. Semenjak itu, pengganti-penggantinya termasuklah Graeme Souness, Roy Evans, Gerrard Houllier dan kini Rafa Benitez gagal membimbing kita ke kejuaraan liga. 5 musim sebagai pengurus (3 juara, 2 naib juara), 9 musim sebagai pemain (6 adalah juara liga) dan juga membimbing Blackburn sebagai juara liga pada musim 1994-1995, naib juara liga perdana bersama Newcastle pada musim 1996-1997 dan yang terakhir naib juara premier liga Scotland untuk Celtic pada musim 1999-2000 ternyata membuktikan Kenny Dalglish memang layak digelar "The King".
Namun demikian, King Kenny hanya menegaskan beliau hanya berminat untuk perlantikan sementara di mana beliau juga bakal melantik seorang lagi legenda Liverpool, Ian Rush sebagai pembantunya. Perkhabaran ini sememangnya amat dinanti-nantikan oleh kesemua peminat The Reds dan mungkin dapat menjadi faktor kepada FT9 dan SG8 untuk berfikir dua kali sebelum melangkah pergi dari Anfield kerana mereka "bakal" mendapat majikan yang sememangnya pencinta Liverpool. YNWA