| Latest game: PL : Liverpool lwn Spurs 7 FEB 2012 |
| Player pilihan: Re: 7: Luis SUAREZ |
| Aktiviti My-LFC: T-Shirt My-Lfc 2012 |
"Bermain di Liverpool adalah impian saya" Arda Turan
Written by Ijam Friday, 05 March 2010 12:47

Arda Turan, pemain tengah antarabangsa Turki telah mendedahkan minat beliau untuk menyertai Liverpool bagi musim hadapan ketika musim perpindahan musim panas dibuka nanti. Dia yang telahpun beberapa kali dikaitkan dengan khabar perpindahan ini, telah mengakui amat berminat untuk bermain dalam skuad bimbingan Rafa Benitez.
Turan, yang kini adalah ketua pasukan Galatasaray, akan menerima apa jua keputusan sekiranya dibenarkan untuk meninggalkan kelab Istanbul ini, tetapi mengesahkan minat terhadap The Reds yang tidak berbelah bagi. Adalah menjadi suatu kelebihan di bahagian tengah sekiranya Turan menyertai kita, kerana selain dari posisi tengah, beliau juga mampu bermain di posisi sayap, yang merupakan salah satu masalah utama di skuad kita. Lebih-lebih lagi dengan usia masih muda (23 tahun), beliau mungkin dapat membina kareer yang sangat cemerlang di Anfield bersama Liverpool.
Dari sumber eufa.com, ujar pemain tengah berusia 23 tahun ini "Sudah tentu saya nak bermain di luar tetapi itu adalah keputusan pihak pengurusan; dan sudah tentulah Liverpool menjadi tarikan saya kerana tradisi mereka. Di Eropah, saya adalah penyokong Liverpool dan sekiranya saya bermain di Eropah, saya ingin bermain untuk mereka. Ini adalah impian saya..."
Siapa Arda Turan ini?
Nama Penuh: Arda Turan
Tarikh Lahir: 30 Januari 1987
Tempat Lahir: Istanbul, Turki
Posisi: Tengah - Sayap
Kareer Bolasepak (Kelab)
Remaja Galatasaray: 1999 - 2004
Senior Galatasaray: 2004 - kini (110 penampilan, 30 gol)
(Kejayaan: Super Cup Turki 2008, Juara Liga Super Turki 2006 dan 2008)
Manisaspor (Pinjaman): 2005-2006 (15 penampilan, 2 gol)
Kareer Bolasepak (Kebangsaan - Turki)
2004 - 2006: Bawah 19 (18 penampilan, 8 gol)
2005 - 2006: Bawah 21 (3 penampilan, 1 gol)
2006 - kini: senior (21 penampilan, 3 gol)
(Kejayaan: Separuh Akhir Euro 2008)
Pencapaian Individu:
2008: Pemain terbaik tahunan Liga Turki
2009: Pemain terbaik tahunan Liga Turki
July 2008: Tempat ke-8 daripada 100 pemain muda terbaik dunia
Januari 2010: Pemain Eropah paling popular pada tahun 2009, dan pemain kedua paling popular di dunia (sumber: IFFHS)
Saya dari My-Reds amat mengalukan kedatangan Arda Turan sekiranya khabar ini benar-benar berlaku. Tahun 2010/2011 sudah pasti akan menjadi tahun kebangkitan Phoenix Merah. YNWA
| Comments |
|
|
||||||
