| Latest game: PL : Liverpool lwn Spurs 7 FEB 2012 |
| Player pilihan: Re: 7: Luis SUAREZ |
| Aktiviti My-LFC: T-Shirt My-Lfc 2012 |
Jose "Pepe" Reina : Terbaik Dari Ladang
LAST_UPDATED2 Written by beemer Friday, 05 March 2010 10:43

Maka leburlah cita-cita ketua mafia jambatan runtuh untuk menyamun penjaga gol Liverpool Pepe Reina kerana mereka sendiri semakin tidak yakin dengan penjaga gol mereka sendiri. Desas desus tersebut yang timbul beberapa hari yang lepas nampaknya telah sampai kepada titik noktahnya apabila Pepe Reina telah memberi persetujuan untuk menyambung kontrak dengan Liverpool selama lima tahun lagi. Kontrak baru Reina dilaporkan bernilai 90 ribu pound seminggu dan ini merupakan satu kejayaan lagi buat pengurus Rafa Benitez yang telah berusaha keras untuk memastikan pemain-pemain utama beliau kekal di Anfield bagi tempoh yang lebih panjang. Jika dilihat daripada persembahan beliau di sepanjang kariernya di Anfield, Reina telah banyak menyelamatkan Liverpool dengan persembahan yang menakjubkan di gawang The Reds, terbaru beliau menyelamatkan percubaan pemain BakarHitam, Samba daripada menjaringkan gol penyamaan di Anfield pada hujung minggu lepas.
Reina kini telah mengikuti langkah rakan-rakan sepasukan beliau seperti Torres, Gerrard, Kuyt, Agger dan juga Benayoun yang kesemuanya telah mengikat kontrak jangka panjang dengan Liverpool. Reina sebelum ini dilaporkan telah memulakan rundingan awal dengan Liverpool yang memakan masa berminggu-minggu dan beliau akan menurunkan tandatangan ke atas kontrak barunya apabila pulang daripada menyertai perlawanan persahabatan antarabangsa dengan Sepanyol. Pengurus Liverpool Rafa Benitez kini boleh menumpukan sepenuhnya usaha beliau untuk meneruskan rundingan dengan kapten yang juga merupakan pemain tengah Argentina Javier Mascherano dan beliau mengharapkan Mascherano bersetuju dengan tawaran kontrak terbaru yang dilaporkan bernilai 100 ribu pound seminggu sehingga 2014.
YNWA
Gambar Dari thesun.co,uk
| Comments |
|
|
||||||
|
||||||

