Perpindahan Januari: bekas sang syaitan
LAST_UPDATED2
Written by anep89
Tuesday, 01 December 2009 00:52
Tanggal 1 disember, 30 hari menjelang pembukaan perpindahan bagi kelab liga perdana. dan pihak media di UK dan eropah tak kering-kering menghidupkan spekulasi siapa yang bakal Liverpool sambar bagi memburu slot pembantu Torres baki separuh musim ini. Musim panas sudah, kita dah pun saksikan lagenda kita sendiri yang sanggu berpaling tadah menyarung jersi merah berbelang hitam sekaligus mengguris hati setiap peminat The Reds seluruh dunia. Apakan tidaknya, Manchester United sudah pun di gelar, musuh nombor satu kita di dalam cabaran liga domestik dan eropah di mana kedua-dua gergasi ini menyamai rekod 18 kejuaraan liga, dan kali ini Liverpool semakin samar merebut kejuaraan ke 19 bersama sama United.
Sepanjang Desember ini, pastinya banyak penyerang profilik yang dikaitkan denan Liverpool. Tapi malangnya bukan itu kemampuan kita untuk mendapatkannya. November sudah, nama-nama yang menjadi bualan; Carlton Cole, Pavlyuchenko, Nistelrooy, dan terbaru Forlan. Ya, 2 bekas pemain United dibariskan oleh media-media ini. Dunia mahu melihat bagaimana sakitnya hati peminat Man Utd pula apabila lagenda mereka yang berpaling tadah kepada musuh ketat. Walaupun pemilik kelab bakal menyumbangkan habuk kepada Rafa, perpindahan secara pinjaman ada logiknya juga. Ruud, 'mesin gol' Man U suatu ketika dahulu, mencari-cari peluang untuk beraksi di Real. Namun, kecergasannya kini bukanlah seperti yang diharapkan untuk bermain di kesebelasan utama pasukan. Berita goal.com sebentar tadi pula mengaitkan Forlan untuk disambar oleh Rafa Januari ini. Ramai juga berpendapat, jika Rafa berjaya mendapatkan Forlan, pastinya Chelsea bakal gagal mendapatkan khidmat Aguero yang dikatakan sudah bersedia berpindah dengan jumlah 40juta. Forlan juga merupakan bekas pemain skuad syaitan, namun dia kurang menyerlah, dan Forlan juga pernah menjaringkan gol menentang kita ketika kesilapan mudah yang dilakukan Jerzy Dudek di Old Trafford.
Carlton Cole, yang baru menerima kecederaan panjang selama 4 bulan pastinya sudah tidak dipandang lagi. West Ham meletakkan tanda harga sehingga 20juta dan pastinya ia tidak berbaloi. Pavlyuchenko pula antara calon terbaik. Redknapp ternyata meminggirkan beliau, walaupun bakatnya dikatakan lebih hebat dari Crouch dan keane. Namun, jika harganya menjangkau 10-20 juta, kita hanya mampu tersenyum melihat beliau kembali ke Rusia.
bagaimana pula dengan Patrick Viera? Tottenham merupakan kelab palin serius untuk mendapatkan khidmatnya. namun, sebagai lagenda ARsenal, dia mahu mengelak dari menyertai musuh ketat Arsenal di London. Media mengalihkan Viera ke Liverpool pula. Bagi saya, ia tidak berbaloi dengan usianya yang sudahpun semakin 'emas' dan posisinya sudahpun dimiliki anak emas Rafa, Lucas dan Aquilani. Malah, pemain muda seperti Plesis dan Spearing turut bersedia mengisi slot tersebut jika terdapat kekosongan. Barisan pertahanan pula, Rafa tidak perlu membuat rombakan, kerana kita sudahpun mempunyai sayap pertahanan kanan dan kiri yang cukup mantap .