Klose : Destinasi Anfield?
LAST_UPDATED2
Written by beemer
Wednesday, 14 October 2009 17:15

Penyerang Bayern Munich dan juga skuad antarabangsa Jerman, Miroslav Klose menyatakan beliau hanya berminat dengan dua pasukan luar daripada Jerman jika beliau membuat keputusan untuk berpindah daripada gergasi Bundesliga tersebut. Pasukan yang beliau maksudkan ialah pasukan Serie A Inter Milan dan juga kelab gergasi Liga Perdana Inggeris iaitu Liverpool. Menurut penyerang berusia 31 tahun ini, jika beliau menyertai Inter, beliau berpeluang untuk menyertai bekas rakan sepasukan beliau di sana iaitu Lucio. Namun menurut Klose, beliau kini gembira di Bayern dan masih mahu berbakti kepada gergasi Bundesliga itu. Tambah Klose adalah perkara normal di peringkat Eropah terdapat banyak kelab yang bermain di peringkat tertinggi dan menjadi minat beliau utnuk mengikuti perkembangan kelab-kelab seperti Inter Milan dan juga Liverpool. Klose berminat dengan Inter kerana mahu bermain di bawah jurulatih seperti Jose Mourinho dan Liverpool pula disebabkan pasukan itu sentiasa bersaing dengan di kelompok pasukan terbaik di peringkat domestik dan juga Eropah.
Kita amat berbesar hati apabila membaca kenyataan dari penyerang antarabangsa Jerman ini. Beliau merupakan antara penyerang terbaik di Eropah dan pendapat beliau telah membuktikan bahawa Liverpool bukanlah pasukan kerdil di peringkat Eropah. Dengan tradisi serta kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh Liverpool maka tidak menghairankan pasukan kita ini mampu menarik perhatian pemain-pemain terbaik dunia. Ditambah lagi dengan kumpulan peminat yang cukup setia serta sentiasa bersama-sama pasukan tidak kira menang atau kalah, faktor ini pasti akan memberikan kelebihan untuk Liverpool mendapatkan pemain-pemain seperti Klose. Bagi saya, jika beliau benar-benar berminat dan boleh diperolehi dengan harga yang munasabah dengan usianya, tidak salah untuk kita mendapatkan pemain antarabangsa Jerman ini. Mungkin beliau agak berusia, tetapi kita harus ingat walaupun berusia, Klose kaya dengan pengalaman bermain bolasepak di peringkat domestik, Eropah dan juga dunia.
YNWA
Gambar Dari soccernet-assets.espn.go.com