Player pilihan:
Re: 7: Luis SUAREZ
Aktiviti My-LFC:
T-Shirt My-Lfc 2012

Tiada Dana tambahan buat Rafa

Setelah kecewa dengan keputusan hari lalu tewas dengan Spurs, satu lagi berita yang amat mengecewakan telah terbaca pagi tadi. Pemilik jahanam Amerika telah begitu perihatin dengan ikhlasnya memberikan Rafa sebanyak 1.5 juta hingga 2 juta pound sahaja untuk dibelanjakan untuk membeli pemain. Adakah mereka (pemilik) tidak menyedari yang semua peminat terasa ditipu setelah mereka yakini yang Rafa bakal mendapatkan dana sehingga 40juta pound yang diumumkan mereka selepas tamat musim lalu. Dengan penjualan dan pembelian pemain lebihan dana dianggarkan berjumlah sekitar 20 juta pound. Jangan lupa bahawa penjualan Keane ke Spurs masih berbaki 15juta tanpa pengganti dan menjualan Crouch ke Pompey masih berbaki 5 juta pound. 

Kesimpulanya setiap lebihan dana akan masuk ke poket pemilik untuk disuntik dalam hutang kelab. Dan Rafa pula mungkin terpaksa menjual lagi untuk menguatkan barisan utama. Hanya Voronin dan Dossena yang telah dikaitkan dalam gosip perpindahan. Pemain lain yang sepatutnya saya rasa dijual sementara nilai mereka masih tinggi adalah tidak lain tidak bukan Lucas dan Babel. Kedua-duanya bagi saya tidak mampu memberikan peningkatan kepada pasukan dan terkadang menjadi liabiliti kepada pasukan contoh terbaik adalah perlawanan menentang Spurs baru-baru ini. Penjualan mereka saya rasa tidak akan mengurangkan kekuatan pasukan malah ramai lagi pemain muda uang boleh mengisi posisi mereka. 

Berbalik kepada dana yang kurang dari 2 juta tadi. Pemain mana yang Rafa kehendaki bernilai dalam lingkungan itu. Turner, Hangeland & Showcross pun kurang-kurangnya akan bernilai sehingga 8 juta. Apatah lagi sasaran utama iaitu David Silva yang terlalu berharga untuk Valencia lepaskan dengan nilai yang kecil. Cuma apa yang saya dengar pinjaman bersyarat untuk mendapatkan Ezaqeuil Garay akan cuba diusahan oleh Rafa. Pemain Real Madrid itu pasti dipinjam sekali lagi kerana pembelian Arbeloa dan Albiol telah melengkapkan kapasiti pertahanan Real. Dalam situasi sengkek sekarang hanya pinjaman pemain dapat diusahakan untuk posisi yang benar-benar gawat seperti Bek tengah dan penyerang.

Comments
Search
princesshours   |Registered |27-08-09 23:06:38
avatar dr dulu lg aq mmg x berkenan dgn ayam amerika ni..tp tu la...bla pak arab
offer...asik nk dok p-k je...kalu x da jd cm man city...nk brapa?huluq je...
Badie88   |Registered |27-08-09 20:02:29
avatar lucas lu bley angkt kaki sama babel kua dri LFC!!!

n sign in petition utk
halau bedebah yahudi amarika 2 eko tuh....
http:////www.petitiononline.com/ggthout/petitio...

badbenito   |Registered |25-08-09 05:47:59
tulah...sibrensek gillet&hick memang ajibakil betulah...tapi apappun Rafa juga
telah berbebelanja besar untuk mengekalkan bintang liverpool dgn menawarkan
contract baru dgn bayaran berlipat kali ganda..tu yg buat rafa rasa ralat sikit
..cammane nak masukkk check book baru
liva87   |Registered |21-08-09 20:24:26
avatar Pisau cukur Gillete ngan Hicks tuh mang sial..anak haram..kedekut sial...
2m
pound jer bg..wtf..!!!
mr.nemesis   |Registered |20-08-09 06:27:55
avatar mangkuk jamban btol amerika 2 ekoq tu..
jom kita share wit beli kelab nak?
..
aku minat arda turan.. beli la bdk ni wess..
Mr.Alip   |Administrator |19-08-09 00:43:35
avatar aduhai kedekut btul
camna nak mng liga mcm ni
igorbiscan   |Registered |19-08-09 00:37:16
avatar 2 juta pound ajer? Nak beli kuku kaki Ronaldo pun tak dapat!!! Hampeh ko
Yanks!!!
cherrish19  - re:   |Registered |18-08-09 23:18:37
avatar Lucas, Babel dah boleh consider untuk dijual coz tak bagi manfaat kat Liverpool
pun..

Dosenna dgn Riera NOT FOR SALE sampai abis kontrak.

Pemain dgn
prospek bagus utk dibeli adalah Mathieu Valbuena..

Apa pun ketiadaan Alonso
dan Arbeloa amat dirasai..

Napelah dia org rasa nak main utk kelab lain.. Tak
boleh ker setia dgn Liverpool mcm kita suma???
liva87  - re: re:   |Registered |21-08-09 20:28:50
avatar Lucas tuh mang patot jual pon...
jual lucas ,n then beli javi martinez or steven
defour..dorg tuh bagos..hot prospect..ermm babel tuh leh gne lg..wat super
sub..tgk season nie cmner..kalo men cam sampah gak..jual jer..
beemer   |Publisher |18-08-09 21:50:32
avatar kasik lempang sama itu lucas ...
byk ckp lak skrg cam dia tu star ...
hampeh
tul ...
amerika 2 ekor tu mmg penipu besar ...
Only registered users can write comments!

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

0
Geng My-LFC Berdaftar