Player pilihan:
Re: 7: Luis SUAREZ
Aktiviti My-LFC:
T-Shirt My-Lfc 2012

Arby dalam kenangan

Arbeloa

 

Pemergian Arbeloa ke Real Madrid memang telah dirancang sejak dari seawal musim lalu. Ramai yang tidak mengetahuinya kerana perkara ini tidak dihebahkan oleh pihak terbabit (Rafa, Arbeloa dan ejen).  Beliau menolak kontrak baru kerana tidak dapat memenuhi apa yang dinginkannya iaitu gaji dan kesebelasan utama. Pembelian Glen Johson telah memberikan bayangan jelas yang musim lepas adalah musim terakhir beliau di Anfield. 

Sememangnya dengan reputasi beliau sebagai pemain antarabangsa Sepanyol, ego untuk bermain sebagai pemain utama tidak boleh dipertikaikan. Rafa tidak berupaya memberikan Arbeloa komitmen itu kerana beliau yakin Arbeloa bukannya mampu ketahap yang lebih tinggi. Bukannya memperkecilkan kebolehan beliau, tetapi Glen Johson lebih memenuhi tuntutan dalam reformasi beliau. Arbeloa adalah pertahanan konsisten tetapi kurang deria serangan berbanding Johnson. 

Mari kita imbas kembali kedatangan Arbeloa ke Anfield. Kedatangn beliau dari Deportivo tidak sedikit pun diberikan reputasi tinggi malah ada juga yang menganggap Rafa telah membawa Josemi ke-2 dalam pasukan. Tetapi setelah perlawanan ketika menentang Barcelona pada musim pertama beliau disini barulah kita dapat melihat siapa Arbeloa sebenarnya. Bekas pemain remaja Real ini bagaikan permata didalam lumpur yang berjaya digilap Rafa dalam sekelip mata. Malah pemain versetail ini cukup konsisten untuk kedua-dua posisi fullbek. 

Pemergian beliau akan dingati walaupun ramai yang inginkan beliau kekal. Faktor percaturan undang-undang terbaru UEFA juga menjadi implikasi dalam pemergian beliau. Tak ada terkilan dengan pemergian beliau kerana masih banyak rebung baru yang boleh dilentur.  Darby dan Kelly dan mungkin Spearing boleh menjadi timbalan kepada Johnson. Namun apakah ini menjadi tanda yang Rafa bakal mengurangkan kontinjen luar untuk digantikan dengan anak tempatan.

 

 
Comments
Search
farizomar   |Registered |06-08-09 01:43:50
avatar goodluck arba..jasa mu dikenang,,rafa dah develope player ni.peluang utk darby
main first team
kurt_din   |Administrator |04-08-09 22:12:21
avatar ala,die ni pn dpt prhatian rafa dlu pn time cL v barca.. die mark ronaldinho
kaw2 smpai ronaldinho xbleh men n xbleh nk wat pape da..
lps 2 je die kerap
dturunkn..
kononny handal la.. huh!!
lg bgus finnan..
anep   |SAdministrator |04-08-09 20:51:38
avatar aku rasa die ada krisis laa dalam pool... gadoh ngan carra x sudah2 kot
Salehin_201   |Registered |03-08-09 20:18:40
avatar hancur lah kerier dia kt RM.. bnyk dah contoh pemain liverpool g sana hancur...
banyak dok bangku simpanan... steve mc manaman dan owen dah ader contoh...
hazwanted   |Registered |03-08-09 03:33:11
pindah real cm hancurkan karier die je..
hmm...
emkay   |Registered |01-08-09 16:35:52
avatar lepasni diablh gaduh dgn ramos pulak
Predator   |Manager |01-08-09 00:25:02
avatar btul2 tu, kompom kt Real die lepak kt bench je. xkn la si mamat tu nk lwn Ramos,
Ramos far better than Arbeloa..

Setakat ddk bawah je, si Steve Darby pon
bleh.

pas ni kompom die x main Spain..alah, ko kalo x main Lvp, xdpt nyer nk
main. tu pon bkn 1st team..ni dh blah, kompom peram telor kt banch..


tergugat dgn kehadiran Glen la tu..
royaljelly   |Registered |31-07-09 23:38:37
avatar good luck la arbeloa, jgn kt real main simpanan sudah,hahahaha...
kakarot   |Registered |31-07-09 20:33:43
avatar betui..darby boleh ganti dia..no regret...
xali_alonso   |Administrator |31-07-09 18:07:21
avatar hmmm.... sejak beli johnson, aku dh agak, yg die akan blah. hhuhu... die ni ok,
but, cara main x sesuai utk BPL yg laju n robust. terbukti mase draw 4-4 dgn
ars. kuyt bnyk cover die.
dgrnye, kt madrid die akan main as LB. sbb, kt RB,
ramos lg mantap dr die. huhuhu....
anyway, arbeloa, jasamu ttp dikenang....
tampoi   |Registered |31-07-09 17:31:33
avatar ni cara la punya angkara.marah cara dia main.cara...cara...
RizzMann   |Registered |31-07-09 08:27:23
kehilangan arbeloa tidak akan dirasa sgt oleh Liverpool. dia hanya pemain biasa2
saja...di madrid pun aku rasa dia akan lebih bnyk panaskn bangku simpanan.
sekurg2nya dudek dpt kwn baru utk bersembg!
waklu   |Registered |31-07-09 06:01:37
ape2 pun good luck la
Only registered users can write comments!

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

0
Geng My-LFC Berdaftar