Berapa modal yang kita ada ?
Written by Amberan
Wednesday, 08 July 2009 21:36
Dok baca berita tabloid dalam serata dunia maya mengenai pemain yang Liverpool akan beli telah membuatkan saya sendiri tertanya-tanya. Berapakah dana yang diberikan oleh pemilik Liverpool kepada Rafa Benitez. Tak diketahui jumlah sebenar. £ 25 juta mungkin paling minimum pernah saya dengar. Tetapi setelah ditolak bayaran untuk Glen Johnson, £10.5 juta (£7 ditolak hutang lapuk Peter Crouch), kira-kiranya masih berbaki £14.5 juta. Dengan baki itu saya rasa Rafa akan menjual pemain terlebih dahulu sebelum membuat pembelian terbaru.
Paling menjadi sasaran utama adalah Aonso dan Mascherano yang merupakan lubuk modal bagi Rafa. Tetapi jika Rafa masih berupaya mengekalkan Alonso dan Mascherano maka penjualan pemain seperti Arbeloa, Voronin, Leto, Dossena dan juga Babel akan memberikan sedikit modal. Dengan itu jelas bahawa hanya seorang pemain berwibawa dan mempunyai kriteria bertaraf bintang akan menjadi pemain kedua selepas Johnson.
David Silva merupakan pemain yang Rafa tergila-gila untuk dibawa ke Anfield. Setiap kali berita perpindahan yang berkaitan Silva, pasti nama Liverpool tidak akan tersisih. Tetapi berapa nilai sebenar beliau. Valencia yang tengah rabak poket pastinya mahukan jumlah perpindahan yang tinggi untuk pemain antarabangsa Sepanyol ini. Paling kurangpun disekitar £20 juta. Namun harga itu pastinya akan naik mencanak jika pasukan elit lain seperti Real Madrid dan Manchester United masuk jarum.
Jadi persoalan tentang jumlah dana untuk Rafa pasti akan terjawap setelah pemain kedua dibawa masuk ke Anfield. Tak kiralah siapa yang akan dibawa masuk oleh Rafa. Setelah itu barulah kita boleh menilai samada kita boleh bersaing dengan kelab lain untuk kejuaraan Liga Perdana atau hanya untuk slot Liga Juara-Juara Eropah dengan skuad sedia ada.