Gosip perpindahan
Jose "Pepe" Reina : Terbaik Dari Ladang

Maka leburlah cita-cita ketua mafia jambatan runtuh untuk menyamun penjaga gol Liverpool Pepe Reina kerana mereka sendiri semakin tidak yakin dengan penjaga gol mereka sendiri. Desas desus tersebut yang timbul beberapa hari yang lepas nampaknya telah sampai kepada titik noktahnya apabila Pepe Reina telah memberi persetujuan untuk menyambung kontrak dengan Liverpool selama lima tahun lagi. Kontrak baru Reina dilaporkan bernilai 90 ribu pound seminggu dan ini merupakan satu kejayaan lagi buat pengurus Rafa Benitez yang telah berusaha keras untuk memastikan pemain-pemain utama beliau kekal di Anfield bagi tempoh yang lebih panjang. Jika dilihat daripada persembahan beliau di sepanjang kariernya di Anfield, Reina telah banyak menyelamatkan Liverpool dengan persembahan yang menakjubkan di gawang The Reds, terbaru beliau menyelamatkan percubaan pemain BakarHitam, Samba daripada menjaringkan gol penyamaan di Anfield pada hujung minggu lepas.
Torres : Bye-Bye citeh

Penyerang utama Liverpool, Fernando Torres kini semakin pulih daripada kecederaan yang dialami beliau. Torres yang kini hampir tiga minggu diketepikan daripada kesebelasan utama disebabkan kecederaan tersebut kini dikhabarkan telah bersedia untuk diturunkan semasa menentang Blackburn pada hujung minggu ini. Berita ini pasti amat menggembirakan peminat-peminat Liverpool yang mahu melihat aksi Torres kembali di atas padang. Pada perlawanan ketika menentang musuh sekampung Merseyside iaitu Everton sebelum ini, Torres dilaporkan masih mengalami sedikit kesakitan walaupun Rafa dikhabarkan telah bersedia untuk menurunkan beliau. Disebabkan kesakitan tersebut, Rafa mengambil keputusan untuk merehatkan Torres selama seminggu lagi. Sama-sama kita saksikan samada Torres mampu untuk diturunkan pada minggu hadapan.
Perpindahan Januari: bekas sang syaitan
Tanggal 1 disember, 30 hari menjelang pembukaan perpindahan bagi kelab liga perdana. dan pihak media di UK dan eropah tak kering-kering menghidupkan spekulasi siapa yang bakal Liverpool sambar bagi memburu slot pembantu Torres baki separuh musim ini. Musim panas sudah, kita dah pun saksikan lagenda kita sendiri yang sanggu berpaling tadah menyarung jersi merah berbelang hitam sekaligus mengguris hati setiap peminat The Reds seluruh dunia. Apakan tidaknya, Manchester United sudah pun di gelar, musuh nombor satu kita di dalam cabaran liga domestik dan eropah di mana kedua-dua gergasi ini menyamai rekod 18 kejuaraan liga, dan kali ini Liverpool semakin samar merebut kejuaraan ke 19 bersama sama United.
Mata : 10 Fakta Menarik

Klose : Destinasi Anfield?

Tiada Dana tambahan buat Rafa
Setelah kecewa dengan keputusan hari lalu tewas dengan Spurs, satu lagi berita yang amat mengecewakan telah terbaca pagi tadi. Pemilik jahanam Amerika telah begitu perihatin dengan ikhlasnya memberikan Rafa sebanyak 1.5 juta hingga 2 juta pound sahaja untuk dibelanjakan untuk membeli pemain. Adakah mereka (pemilik) tidak menyedari yang semua peminat terasa ditipu setelah mereka yakini yang Rafa bakal mendapatkan dana sehingga 40juta pound yang diumumkan mereka selepas tamat musim lalu. Dengan penjualan dan pembelian pemain lebihan dana dianggarkan berjumlah sekitar 20 juta pound. Jangan lupa bahawa penjualan Keane ke Spurs masih berbaki 15juta tanpa pengganti dan menjualan Crouch ke Pompey masih berbaki 5 juta pound.
Kesimpulanya setiap lebihan dana akan masuk ke poket pemilik untuk disuntik dalam hutang kelab. Dan Rafa pula mungkin terpaksa menjual lagi untuk menguatkan barisan utama. Hanya Voronin dan Dossena yang telah dikaitkan dalam gosip perpindahan. Pemain lain yang sepatutnya saya rasa dijual sementara nilai mereka masih tinggi adalah tidak lain tidak bukan Lucas dan Babel. Kedua-duanya bagi saya tidak mampu memberikan peningkatan kepada pasukan dan terkadang menjadi liabiliti kepada pasukan contoh terbaik adalah perlawanan menentang Spurs baru-baru ini. Penjualan mereka saya rasa tidak akan mengurangkan kekuatan pasukan malah ramai lagi pemain muda uang boleh mengisi posisi mereka.More Articles...
Halaman 2 dari 9



