wajib menang: wigan vs liverpool
Written by Ijam
Monday, 08 March 2010 11:27

Sumber: http://my-reds.blogspot.com
Info Siaran: Astro siaran 812, 9 Mac 355 pagi
The Reds akan berkunjung ke Stadium DW awal pagi esok (waktu Malaysia) bagi perlawanan menentang Wigan Athletic, pasukan yang kita tewaskan pada 26 Disember lepas, terima kasih kepada jaringan Fernando Torres dan David Ngog ketika itu. Ini merupakan perlawanan ke 29 bagi kempen BPL kita pada musim ini dan sudah tentulah setiap 3 mata terlalu berharga untuk dilepaskan. Kemenangan pada awal pagi nanti akan melonjakkan kita ke tangga keempat (dengan kelebihan 2 mata ke atas Spurs dan City, yang kedua-dua punya kelebihan 1 dan 2 permainan berbanding kita). Kekalahan atau seri hanya akan menyebabkan kita ketinggalan lebih jauh, lebih-lebih lagi Aston Villa (yang berada di tangga ke-7) hanya kekurangan 3 mata tapi punya kelebihan 2 permainan berbanding kita. Dalam erti kata lain, perlawanan ini wajib menang!
Walaupun kita mendapat khabar gembira sekembalinya El Nino dan Benayoun serta Maxi dan Gerrard yang kian mendapat rentak dalam kesebelasan utama, namun kali ini kita berhadapan dengan masalah kecederaan di bahagian pertahanan pula. Skrtel dan Aurelio sudah pasti tidak dapat diturunkan, Agger yang masih belum diketahui tahap kecederaan lututnya manakala Glen Johnson pula masih belum cergas sepenuhnya untuk beraksi semula. Berkemungkinan besar Rafa akan menurunkan barisan yang hampir ketika menentang Blackburn minggu lepas di mana Mascherano akan menggalas tugas di pertahanan kanan. Juga belum pasti adakah Kyrgiakos sudah boleh diturunkan kerana penggantungan, dan jika tidak, Rafa pasti mengharapkan gandingan Carra dan Agger di pertahanan tengah untuk mengekang serangan dari Wigan Athletic yang diketuai oleh Rodallega dan Moreno.
Kita semua pasti mengharapkan kejayaan bagi skuad The Reds kali ini, kerana setiap 3 amat berharga dan kita pasti tidak mahu tercicir lebih jauh daripada perebutan ke Kejuaraan Eropah musim hadapan.
Barisan kemungkinan: Pepe Reina, Mascherano, Carragher, Agger, Insua, Maxi, Gerrard, Lucas, Benayoun, Kuyt, Torres