Player pilihan:
Re: 7: Luis SUAREZ
Aktiviti My-LFC:
T-Shirt My-Lfc 2012

Selamat Kembali Gandingan Sensasi: The Reds 2 Rovers 1

Sumber: http://my-reds.blogspot.com

2 kemenangan berturut-turut, yang lebih manis lagi apabila kita mengalahkan pasukan Rovers dengan jaringan 2-1, terima kasih kepada Kapten Fantastic dan El Nino yang menjaringkan satu gol setiap seorang, mengukuhkan kedudukan kita di tangga keenam dengan 48 mata, hanya satu mata di belakang Spurs dan Man City yang juga menang dalam perlawanan mereka masing-masing. Kemenangan ini sudah pasti akan menaikkan moral kita, lebih-lebih lagi akan bertemu Wigan dalam perlawanan yang akan datang, peminat pasti mahu The Reds menang lagi.

Rata-rata menyatakan perlawanan malam tadi agak menarik, tidak seperti perlawanan menentang City tempoh hari. Kita kembali bermain menyerang, walaupun Rovers terlebih dahulu mengasak. Rafa menggunakan formasi 4-4-2; dengan Mascherano bermain di bek kanan dan Carragher kembali ke posisi kegemarannya, bek tengah, akibat kehilangan Skrtel yang dijangka terpaksa berehat sehingga akhir musim. Maxi dan Benayoun digabung di bahagian sayap, kanan dan kiri serta Kapten Fantastic dan Lucas di bahagian tengah; manakala Kuyt dan El Nino dipasang di bahagian hadapan. Satu formasi yang sebenarnya agak rasional, lebih-lebih lagi El Nino pasti masih belum mampu beraksi jika Rafa tetap menggunakan formasi 4-5-1. Syabas buat kita dan harapnya prestasi cemerlang ini akan diteruskan lagi.

MOTM Pilihan: Malam tadi juga menyaksikan kecemerlangan Pepe Reina yang banyak menghalang asakan Rovers, sehingga apabila bahunya tercedera pun beliau masih mampu menghalang asakan mereka. Tahniah buat Reina, dan seterusnya dipilih MOTM pilihan malam tadi.

Barisan pemain (vs Rovers)
Reina (MOTM pilihan penulis)
Mascherano-Carra-Agger-Aurelio (Insua 38)
Maxi - Lucas - Gerrard - Benayoun (Babel 81)
El Nino (Ngog 89) - Kuyt

Penjaring: Gerrard 20, El Nino 44

Comments
Search
igorbiscan   |Registered |05-03-10 04:07:31
avatar Hanya Gerard sajer yang boleh buat camtuh...terbang sambil kangkang kaki...
Only registered users can write comments!

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

0
Geng My-LFC Berdaftar