Player pilihan:
Re: 7: Luis SUAREZ
Aktiviti My-LFC:
T-Shirt My-Lfc 2012

seri di Eastland: Man City 0 The Reds 0



Satu perlawanan yang sepatutnya menjadi satu pertarungan klasik menjadi satu perlawanan yang membosankan di Eastland malam tadi, di mana kita seri dengan Manchester City dengan keputusan 0-0. Bukanlah kerana tiada jaringan yang dihasilkan, namun keseluruhan permainan seperti tiada arah tuju dan menjadi serba tak kena. Perlawanan malam tadi juga menjatuhkan kita kembali ke tangga keenam, satu mata di belakang Tottenham (yang menang 3-0 ke atas Wigan) dan juga Manchester City (yang berkelebihan satu perlawanan).
Pada permulaan permainan, dijangka hampir semua para penyokong kita bergembira dengan kesebelasan utama yang diturunkan oleh Rafa Benitez; menurunkan semula Babel di kesebelasan utama dan berpasangan dengan Maxi untuk bahagian sayap serta Dirk Kuyt mengemudi di bahagian hadapan. Lebih mengejutkan apabila El Nino dan Benayoun disenaraikan di dalam bangku simpanan, seterusnya memberi amaran kepada City bahawa phoenix merah akan "menerkam" malam tadi.

Formasi (vs Manchester City)
Reina
Carragher-Agger-Skrtel-Insua
Mascherano-Lucas
Maxi-Gerrard-Babel
Kuyt

Perlawanan yang mula dijangka menarik perlahan-lahan menjadi satu perlawanan yang membosankan. Beberapa kesilapan dari bahagian pertahanan kita hampir memberi hasil kepada City, nasib baiklah tiada jaringan yang dihasilkan. Kita juga mengutip 6 kad kuning; Mascherano, Kuyt, Gerrard, Babel, Torres, Benayoun dan juga off shot target yang boleh dikira dengan jari. Tampak Shay Given kurang diuji malam tadi. Kuyt kurang bermaya, Gerrard melakukan banyak kesilapan, Babel dan Maxi yang bermain berlainan posisi, hantaran belakang yang kurang kemas - semuanya hampir memakan diri. Penampilan Torres yang kembali pada minit ke 75 nampaknya tidak dapat memberi banyak sumbangan, mungkin kerana masih belum sepenuhnya cergas. Tapi ini menandakan berita baik buat kita bahawa El Nino sudah bersedia untuk kembali untuk liga yang berbaki 11 perlawanan lagi.
Apa-apapun, keputusan seri adalah lebih baik untuk perlawanan ini kerana 1 mata lebih berharga daripada tewas dan terus tercicir. Untuk saingan BPL, City akan menghadap Chelsea (di Stamford Bridge) untuk perlawanan seterusnya dan kita pula akan menunggu kehadiran Blackburn di Anfield. Mungkin satu peluang yang terbaik untuk memintas mereka, dan untuk itu diharap prestasi terbaik amat ditagih buat The Reds. YNWA

Comments
Search
Badie88   |Registered |22-02-10 22:56:29
avatar cukup mmbosan kn...deff men cm nk bg gol kt citeh ja mlm td...geram aku
tgk...liverpool da xmen cm dulu...suka hold bola lama2...pas2 pasing kt
deff...deff lak cm hampeh...sep bek x gol...adesss....harap2 mng la next game
nati...
Only registered users can write comments!

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

0
Geng My-LFC Berdaftar