Player pilihan:
Re: 7: Luis SUAREZ
Aktiviti My-LFC:
T-Shirt My-Lfc 2012

Man City VS Liverpool: Pertarungan untuk tempat keempat!

sumber: http://my-reds.blogspot.com

Mungkin masih terlalu awal untuk statement di atas, tetapi itu mungkin menjadi kenyataannya; kerana selepas ini Manchester City akan mengharungi beberapa perlawanan sukar di tempat lawan, termasuklah menentang Arsenal, Chelsea dan Manchester United. Misi perlawanan kali ini lebih kepada merebut tempat keempat dan juga memecah rekod tanpa kalah Manchester City di Eastland bagi musim 2009/2010 ini. Sesuatu yang mungkin tampak sukar tetapi ini adalah bolasepak, segalanya adalah mungkin.

Ditambah dengan prestasi Kapten Fantastic dan Mascherano yang di dalam prestasi sebenar, Maxi yang kian serasi dengan kesebelasan utama, serta peningkatan prestasi pemain supersub, Ryan Babel, kita berkemungkinan dapat mengutip sekurang-kurangnya satu mata di dalam perlawanan ini. Ditambah dengan ketiadaan Carlos Tevez serta Patrick Viera (dan mungkin juga tanpa bekas penyerang Liverpool, Craig Bellamy) di dalam kesebelasan utama City malam esok diharapkan dapat memberi sedikit kelebihan kepada kita. Harus diingat semasa perlawanan di Anfield (yang seri 2-2), Tevez adalah sebab peningkatan bahagian serangan City ketika kita mungkin mampu memperoleh mata penuh dalam perlawanan itu.

Barisan kemungkinan (4-2-3-1)
Reina
Carragher - Skrtel - Kyrgiakos - Insua @ Aurelio
Mascherano - Aquilani
Maxi - Gerrard - Riera @ Babel
Kuyt

Pertarungan ini mungkin dianggap klasik tempat keempat Liga Barclay's musim ini, mempertandingkan satu pasukan berselera besar serta punya wang berjuta melawan sebuah legenda yang punya sejarah yang terkenal merata dunia. Adakah semangat sejarah kita akan dapat mendiamkan pasukan billionaire bimbingan Roberto Mancini ini nanti? Sama-samalah kita menonton di Saluran 812 malam esok (21 Februari 2010), 1055 malam. YNWA
Comments
Search
Kazishiki   |Registered |22-02-10 07:59:52
avatar Sedih tgk line up malam ini...Benitez masih lagi memberi harapan palsu kepada
peminat REDS dimana Lucas sememangnya belum layak untuk berada di dalm skuad
utama Liverpool..dia tidak mempunyai idea yg bernas..hanya angan2 menjadi star
dlm the REDS dgn sentiasa bermain selamat..agar tidak injured..aku kecewa..ini
mungkin kali terakhir aku masuk dlm sesawang ini..sekiranya masih
bernyawa..jumpa lagi season 2011/2012..itupun sekiranya bhgian tgh liverpool
telah dibuat perubahan...
paaiit   |Registered |22-02-10 04:31:08
avatar kyrgiakos kna kad merah kan vs everton??
dac643   |Registered |21-02-10 23:47:25
avatar Dani Pacheco?
Only registered users can write comments!

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

0
Geng My-LFC Berdaftar