THURSDAY MARCH_SHORT 11

Merseyside Derby - Liverpool vs Everton

Perhatian, buka di tetingkap baru. PDFCetakEmel

Berita dari: http://my-reds.blogspot.com


6 Februari 2010. Saksikan di Astro Cenel 812, pukul 845 malam

Malam esok kita akan menerima kunjungan Everton di Anfield untuk perlawanan rival antara 2 jiran yang paling klasik dalam sejarah bolasepak Inggeris, yang lebih dikenali dengan "Merseyside Derby". Satu perlawanan yang sebenarnya dinanti-nantikan oleh kesemua peminat bagi kedua-dua pasukan. Tidak kiralah di mana posisi mereka ketika ini, sememangnya kita dan Everton punya sejarah yang tersendiri yang menyebabkan perlawanan ini sangat istimewa. Dalam perlawanan di Goodison Park tanggal 29 November lepas, kita telah menang dengan keputusan 2-0 hasil jaringan sendiri Joseph Yobo dan jaringan dari Dirk Kuyt. Dengan keputusan dan permainan yang memberangsangkan dalam kemenangan menentang Bolton tempoh hari (keputusan 2-0), diharapkan moral pemain semakin meningkat dan melebarkan rekod tanpa kalah kepada 7 permainan. Namun begitu, dikhuatiri prestasi turun naik The Reds dalam musim ini (termasuk di Anfield) dapat menjejaskan apa jua keputusan dalam perlawanan ini.

Untuk perlawanan kali ini, sekali lagi diharapkan Rafa Benitez akan menurunkan barisan terbaiknya, dibayangkan barisan kesebelasan dalam pertemuan menentang Bolton mungkin sekali lagi akan diturunkan kali ini. Kita telah menyaksikan sendiri betapa kemasnya permainan kita sehingga membawa kepada kemenangan 2-0. Mungkin sedikit pertukaran di mana Ngog harus diletakkan dalam barisan simpanan dan memasukkan Maxi ke kesebelasan utama untuk bermain di bahagian kanan, dan Kuyt mengemudi di barisan hadapan. Walaupun kita akan berkunjung ke Emirates pada 10 Februari nanti dalam satu lagi perlawanan yang sukar menentang Arsenal, namun diharap Rafa tidak akan teragak-agak untuk menurunkan barisan terkuat kali ini, kerana setiap 3 mata adalah sangat berharga.

Kesebelasan pertama bayangan penulis:
Reina, Carra, Skrtel, Kyrgiakos, Insua, Mascherano, Aquilani, Maxi, Riera, Gerrard, Kuyt

Rekod "Merseyside Derby" sebenarnya lebih memihak kepada kita, di mana dari 212 pertemuan, kita telah menang 83 perlawanan, 64 seri dan 65 dimenangi oleh Everton; dan untuk rekod dalam pertemuan terakhir dari musim 2004-2005 sehingga kini (di bawah kendalian Rafa Benitez), daripada 13 pertemuan, kita telah menang 7, tewas 3 kali dan seri 3 kali. Mungkin dengan statistik ini dapat memberi motivasi kepada para pemain untuk meneruskan tradisi kemenangan kita dalam Merseyside Derby untuk kali ini.

Semoga berjaya The Reds, YNWA!

Komen
Carian
hanya ahli berdaftar boleh mennghantar komen!!

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

Facebook FanBox

My-LFC di Facebook