Peluang yang disia-siakan: Wolves 0 Liverpool 0
LAST_UPDATED2
Ditulis oleh Ijam
WEDNESDAY, 27 JANUARY 2010 09:06

Awal pagi tadi, seharusnya kita akan menyaksikan Liverpool mampu melonjak sekurang-kurangnya ke tangga kelima dalam BPL (Spurs menang 2-0 menentang Fulham) dengan kelebihan 2 mata di atas Manchester City, sebaliknya meneruskan "tradisi" bagi musim 2009-2010 dengan satu lagi episod kekecewaan. Seri tanpa jaringan di Molineux, sekalipun melonjak kita ke tangga kelima dengan 38 mata, namun Manchester City punya kelebihan 2 permainan yang memungkinkan bila-bila masa untuk memotong kedudukan tersebut. Tambah parah, pasukan tempat ke-7, Aston Villa hanya kurang 2 mata, juga dengan kelebihan 2 permainan begitu juga Birmingham di tempat ke-8 yang cuma kurang 5 mata, dengan kelebihan 2 permainan juga. Sekalipun keputusan awal pagi tadi melebarkan rekod tanpa kalah kepada 5 permainan, namun ia masih belum cukup untuk mengukuhkan kedudukan liga yang kian mengecewakan ini. Keputusan ini juga melebarkan rekod tanpa menang Liverpool di Molineux semenjak jaringan Alan Hansen dalam kemenangan terakhir pada tahun 1979.
Kita hadir dengan barisan yang hampir serupa dalam permainan menentang Spurs, cuma Gerrard dimasukkan bagi menggantikan tempat Aquilani dan La Fiera membuat penampilan 90 minit yang pertamanya menggantikan tempat Degen. Percaturan Rafa Benitez yang sekali lagi meletakkan 2 defensive midfielder (Lucas dan Mascherano) sebenarnya nampak sangat tidak sesuai, kerana kita semua sedia maklum penerapan formasi seperti ini sebenarnya tidak berkesan sepanjang musim 2009-2010 ini. Ternyata Lucas masih belum bersedia untuk menggalas tugas seperti Xabi Alonso seperti musim-musim berikutnya, yang mana kelibatnya pasti dirindui ketika ini. Tidak dapat dipastikan mengapa Rafa tidak menurunkan Aquilani yang terbukti mempamerkan aksi memberangsangkan dalam perlawanan sebelumnya, dan masih lagi menurunkan Lucas. Alangkah baiknya jika dikekalkan Aquilani manakala Gerrard bermain di posisi central midfielder, yang mungkin boleh membantu barisan serangan.
Sekalipun bermula baik dengan beberapa cubaan dari Riera dan Kuyt, namun kita sekali lagi harus akur bahawa kemenangan bukan milik kita. Perlawanan seterusnya di Anfield, menentang Bolton (30 Januari 2010) diharapkan mampu membawa sinar kembali kepada kita.
Barisan pemain (vs Wolves)
Reina, Carragher, Skrtel, Kyrgiakos, Insua, Mascherano, Lucas, Maxi, Riera, Gerrard, Kuyt
YNWA
*berita dari my-reds.blogspot.com