Hapuskan badi Molineux: Wolves VS Liverpool
LAST_UPDATED2
Ditulis oleh Ijam
TUESDAY, 26 JANUARY 2010 12:10

Siaran langsung di Supersport, channel 812 - 340 pagi
Kita akan berkunjung ke Molineux awal pagi esok (waktu Malaysia) untuk mengharungi perlawanan ke-23 dalam Barclay's Premier League bagi musim 2009/2010 ini, berbekalkan kemenangan moral ke atas Spurs minggu lepas. Ditambah dengan fakta kita telah mengalahkan Wolves di Anfield pada 26 Disember 2009 lepas dengan jaringan 2-0 juga (hasil jaringan Steven Gerrard and Benayoun) mungkin dapat menjadi bekalan semangat anak-anak buah Rafa Benitez dalam mengukuhkan tempat dan mengejar posisi keempat dalam liga. Jamie Carragher juga yang bakal menyambut hari ulang tahunnya yang ke 32 pada Khamis nanti juga pasti mahu kemenangan dirai bagi memastikan hari ulangtahunnya kali ini lebih berharga. Kita yang belum pernah menang dalam 5 pertemuan terakhir di Molineux harus mengambil peluang kali ini untuk menghapuskan badi tersebut, dan meneruskan aksi tanpa tewas untuk 5 perlawanan dalam BPL.
Berita baik buat kem Rafa Benitez apabila Kapten Fantastic, Steven Gerrard telahpun kembali menjalani latihan bersama-sama rakan lain setelah mengalami kecederaan hamstring. Walaupun tidak dapat dipastikan adakah beliau akan menyertai kesebelasan utama, namun kehadiran beliau pasti akan menaikkan moral pemain lain. Sekiranya beraksi, diharapkan agar RB meletakkan beliau di posisi tengah, manakala Aquilani sekali lagi patut mengisi bahagian attacking midfielder sebagaimana perlawanan menentang Spurs tempoh hari, dan seharusnya kali ini La Fiera (Maxi) akan diberi kepercayaan untuk mengisi kesebelasan utama.
Berikut adalah pilihan penulis untuk perlawanan nanti:
Reina
Carragher - Skrtel - Kyrgiakos - Insua
Maxi - Mascherano - Gerrard - Riera
Aquilani
Kuyt
Kemenangan kali ini memungkinkan kita untuk memotong Spurs sekiranya mereka tewas atau seri di tangan Fulham, pasukan yang menghuni tangga ke 9 dalam liga. Ini ditambah dengan ketiadaan Manchester City yang akan mengharungi separuh akhir Piala Liga hari Rabu nanti. Sama-samalah kita menonton perlawanan ini dan mengharapkan sekali lagi sentuhan ajaib barisan The Reds dalam mencapai matlamat tempat keempat dalam BPL untuk musim ini.
YNWA