WEDNESDAY MARCH_SHORT 10

Dua ledakan Kuyt pastikan kemenangan bermakna! LFC 2 Spurs 0

Perhatian, buka di tetingkap baru. PDFCetakEmel

 

Awal pagi tadi, rata-rata semua Kopites pasti akan tersenyum setelah menonton (ataupun mengetahui) kemenangan kita tiba jua akhirnya, biarpun kita menunggu untuk 20 hari (selepas tahun baru) untuk meraikannya. Dua ledakan Kuyt di awal permainan dan lewat permainan telah memastikan 3 mata berharga buat kita, meletakkan kita di tangga ke-6, dan dipisahkan hanya 1 mata daripada Spurs dan Manchester City, masing-masing berada di tempat ke-4 dan 5. Kemenangan ini pasti berjaya menaikkan moral penyokong The Reds yang kian kecewa setelah mengharungi 3 perlawanan yang kurang bermaya sebelum ini.

Rafa menurunkan barisan yang hampir serupa dengan perlawanan menentang Stoke tempoh hari, cuma beberapa pertukaran minima di mana Alberto Aquilani diletakkan di bahagian attacking midfielder untuk membantu Kuyt di hadapan, dan meletakkan Ngog di bangku simpanan. Kyrgiakos yang beraksi cemerlang ketika perlawanan Stoke tempoh hari sekali lagi menampilkan aksi yang "luar biasa", di mana banyak menghalang cubaan tandukan oleh bekas pemain Liverpool, Peter Crouch dan juga menidakkan beberapa serangan oleh Defoe. Insua, di sebelah pertahanan kiri nampaknya lebih serasi berganding dengan Riera, yang baru kembali dari kecederaan. Percaturan Aquilani di attacking midfielder nampaknya banyak membuahkan hasil, terutama bila beliau membantu Kuyt dalam jaringan gol pertama, seharusnya perlu terus dikekalkan di kesebelasan utama. Maxi hanya diturunkan ketika perlawanan berbaki 9 minit, dan diberi tepukan sangat gemuruh oleh Kopites di Anfield (tak terkecuali kita di sini di Malaysia), walaupun tidak memberi sumbangan yang sangat besar, namun kelibatnya pasti ditagih lagi dalam perlawanan yang akan datang.

Kita mengharapkan agar kemenangan seperti ini berterusan, bagi memastikan harapan untuk mendapat tempat di Kejuaraan Eropah di musim 2010/2011 akan tercapai. Masih ada 16 perlawanan liga yang bakal ditempuh dan sudah pastinya perjuangan kita masih belum berakhir lagi. Kita juga sudah buktikan walaupun tanpa 3 bintang utama, kita masih mampu menang.

We'll be bounce back! YNWA

Formasi lengkap (vs Spurs)

Reina
Carragher-Skrtel-Kyrgiakos-Insua
Lucas-Mascherano
Degen-Aquilani-Riera
Kuyt


Penjaring:

Kuyt (6, 90++)

Perlawanan Seterusnya:
26/1 vs Wolves (tempat lawan)
30/1 vs Bolton (Anfield)

Komen
Carian
hanya ahli berdaftar boleh mennghantar komen!!

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

Facebook FanBox

My-LFC di Facebook