THURSDAY MARCH_SHORT 11

Kebangkitan amat diperlukan: Liverpool VS Tottenham

Perhatian, buka di tetingkap baru. PDFCetakEmel


Dengan keputusan yang kurang memberangsangkan dalam 3 perlawanan terakhir pada awal tahun 2010, kem Rafa Benitez harus mencongak strategi yang berkesan bagi mengembalikan kepercayaan seluruh penyokong The Reds, bermula dengan perlawanan menentang Tottenham awal pagi Khamis nanti. Rata-rata penyokong sudah tidak mahu kecewa lagi, dan keupayaan kita mengalahkan Aston Villa di Villa Park seharusnya menjadi inspirasi kepada The Reds untuk mengharungi perlawanan yang boleh dianggap getir ini. Perlawanan ini juga sekiranya berpihak kepada kita, akan menggerakkan Liverpool ke tangga ke-6 dan dipisahkan 1 mata di belakang Spurs dan Man City (walaupun berkelebihan 1 permainan). Sekalipun Spurs diikat dengan keputusan 0-0 di gelanggang sendiri dalam perlawanan terakhir, harus diingat bahawa mereka telah menang 3 daripada 5 perlawanan terakhir (termasuk mengalahkan Manchester City 3-0), lebih-lebih lagi barisan serangan mereka yang dikepalai oleh Jermaine Defoe yang telah meledak 19 gol setakat ini pasti akan mendatangkan bahaya di kubu The Reds. Diharapkan apa jua keputusan dalam perlawanan ini, akan memberi impak yang positif bukan sahaja di kem Rafa Benitez, malah seluruh penyokong The Reds.

Bagaimana kita boleh menang dalam perlawanan ini?
Dengan kehilangan 4 tonggak utama, Rafa harus cuba memaksimakan penggunaan beberapa pemain yang selama ini dipendam di bahagian simpanan, dan berkemungkinan menyerapkan pemain muda, Dani Pachecho dalam kesebelasan utama. Maxi Rodriguez dan Alberto Aquilani juga harus diberi peluang beraksi di kesebelasan utama, di mana Maxi bermain di sayap kanan dan Aquilani mungkin boleh beraksi di bahagian midfielder (atau attacking midfielder). Aurelio boleh meneruskan tempat di bahagian tengah kiri. Mascherano pula dikekalkan beraksi di bahagian defensive midfield, dan untuk perlawanan ini diharapkan agar Lucas Leiva direhatkan di bangku simpanan. Di bahagian pertahanan, Carragher di bahagian kanan, tengah diterajui oleh Agger dan Skrtel manakala di kiri pula Insua. Di bahagian serangan, mungkin kita boleh meletakkan Kuyt dan juga penyerang muda, Pacheco di hadapan. Ketumpulan Ngog harus diberi perhatian sekalipun berkemungkinan besar Rafa akan menurunkannya juga, seperti juga Lucas. Kuyt mungkin kurang menyengat musim ini tetapi beliau tetap mampu memberi sumbangan di bahagian hadapan. Formasi 4-1-3-2 mungkin boleh mendatangkan hasil, dan mengurangkan keterlibatan pemain pertahanan yang terlalu ramai di kesebelasan utama.
Di bangku simpanan: Cavalieri, Kyrgiakos, Lucas, Ngog, Degen, Riera, Darby
*Riera masih diletak di bangku simpanan kerana dipercayai masih belum cukup cergas, dan mungkin boleh masuk pada separuh masa kedua

Barisan mengikut analisa di atas: 
                  Reina
Carragher-Skrtel-Agger-Insua 
             Mascherano 
      Maxi - Aquilani - Aurelio 
           Kuyt - Pacheco

Kita mengharapkan kejayaan kali ini dan seterusnya mengembalikan semula keyakinan yang kian pudar. Penyokong sudah pastinya tidak mahu kecewa lagi.

Biarlah revolusi bermula di perlawanan ini. YNWA
Komen
Carian
royaljelly   |Registered |20-01-10 04:48:43
avatar lineup aku rase x banyak ubah sgt mcm game stoke lpas, cuma aku harap right
midfield tu bg la maxi main, degen tu xbole main la hampeh gile..

lucas ttap
akn jadi pilihan rafa punye
afiq_trulyREDZ   |Registered |20-01-10 00:26:47
avatar ak rase rafa xkn tukar lineup die cm lwn stoke ari 2...
klau die tukar pn utk
game spurs ni je...
pas 2 si botak 2 wt giler balik dgn lineup y bukan2
die...
come on botakkkkk..open ur eyes!!!!!!
farizomar   |Registered |19-01-10 19:10:11
avatar aku setuju ngan lineup..tu..tlg lah Rafa,jgn bagi Lucas main 1st eleven
kakarot   |Registered |19-01-10 18:28:48
avatar rafa walaupon team kita hampas skang...tpi aku still sayang dgn ko...tpi tlg la
jgn guna lucas lagi....jual je dia tu...player lain ah bagus dah...please
rafa...season lps kita dpt second sbb lucas tu duk bench dgn sub je...sedar la
rafa lucas tu sub standard je...=)
hanya ahli berdaftar boleh mennghantar komen!!

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

Facebook FanBox

My-LFC di Facebook