Berakhir Impian Europa: Liverpool 2 Athletico 1



Berakhir sudah impian akhir Europa kita musim ini, mungkin memang 2009/2010 bukan milik kita. Sekalipun kita menang dengan jaringan 2-1, namun satu gol dari Diego Forlan sudah cukup untuk meranapkan harapan sulung kita musim ini dengan peraturan gol di tempat lawan.

Perlawanan awal pagi tadi sememangnya milik kita. Dari awal saat ke-10 lagi kita sudah mula mengasak kubu Athletico, namun rembatan deras Yossi berjaya ditepis oleh penjaga gawang Athletico. Kita sudah mula meraikan jaringan pada minit ke-30 hasil tandukan cantik dari penyerang tinggi lampai, Dane Agger, namun dibatalkan kerana offsaid, yang sebenarnya telah nampak ketara sebelum tendangan percuma dari Steven Gerrard lagi. Namun Aquilani menceriakan Anfield dengan rembatan deret ke gawang sebelah kiri pada minit ke-44, membuktikan kepada RB bahawa pemilihan beliau bukanlah suatu kesilapan. Separuh masa kedua tempo perlawanan lebih mendebarkan, namun tiada perubahan seterusnya memaksa perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan. Yossi menceriakan kita melalui jaringan deras pada minit ke 95, memberi kelebihan namun ia cuma sementara apabila bekas penyerang Manchester United, Diego Forlan sekali lagi menjaringkan gol penting buat Athletico selang 7 minit kemudian, dan memberi mereka kelebihan jaringan di tempat lawan sekalipun mereka tewas 1-2.

Semangat juang yang ditunjukkan para pemain amat mengagumkan dan tewas kita pada pusingan ini bukanlah kekalahan yang memalukan. Namun diharap para pemain akan lebih fokus terutamanya setelah mendahului untuk mengelakkan kesilapan kecil yang boleh meranapkan impian kita semua. Semoga maju jaya di musim 2010/2011. YNWA

Barisan pemain:
Reina, Mascherano (Degen), Carragher, Agger, Johnson, Gerrard, Lucas, Aquilani (El Zhar), Yossi (Pacheco), Babel, Kuyt
Comments
Search
igorbiscan   |Registered |01-05-10 10:23:58
avatar Yeah, next season kita treble...hihi
kurast   |Registered |30-04-10 18:38:16
avatar artikel menarik..seasion depan insyaallah kite punye...YNWA
Mr.Alip   |Administrator |30-04-10 18:24:19
avatar thx bro ijam
walaupon kecewa ko masih sanggup lagi tulis artikel ni
insyaAllah
akan datang rezki liverpool akan bertambah2


salam YNWA~
Only registered users can write comments!

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

0
Geng My-LFC Berdaftar