Sekilas Pandang: 5 permata muda yang bakal menyinar

Perhatian, buka di tetingkap baru. PDFCetakEmel

Berbanding dengan skuad senior kita yang sedang bertungkus lumus dalam mengejar 4 tangga ke atas BPL, skuad simpanan kita sebaliknya menunjukkan prestasi yang sangat membanggakan. Rekod 7 kemenangan daripada 8 perlawanan liga simpanan menjadikan skuad simpanan LFC sebagai pendahulu liga - mungkin akan menjadi pelapis skuad utama dalam masa beberapa tahun lagi, dan meneruskan perjuangan LFC.
Berikut adalah disenaraikan 5 pemain muda yang harus diberi perhatian dan mungkin akan menjadi bintang baru kita bagi menggantikan generasi Gerrard, Carragher, Torres dan lain-lain lagi.


Dani Pacheco (Penyerang)
Penyerang utama skuad simpanan yang berusia 18 tahun ini, menjaringkan gol pertama beliau menentang Bolton dan membantu kejuaraan liga simpanan bagi musim 2007-2008. Dibeli dari akademi Barcelona pada seawal usia 16 tahun, kini telah membuat 1 penampilan di skuad utama di BPL dan juga Champion League sebagai pemain gantian. Mewakili skuad bawah 17 tahun Sepanyol yang mana pernah mencatat jaringan hatrik pada perlawanan menentang San Marino dalam Oktober 2007.
Berkemungkinan boleh menjadi penyerang sensasi terbaru sedikit masa lagi.



Stephen Darby (Pertahanan)
Kita mungkin tidak akan lupa persembahan kesebelasan utama beliau ketika menentang Reading dalam perlawanan Piala FA baru-baru ini, yang diberi kredit oleh Rafa dan terutamanya Kapten Fantastic kita. Pertahanan sebelah kanan ini berkemungkinan mempunyai peluang untuk mengisi kekosongan Glen Johnson yang cedera buat masa sekarang. Memainkan peranan penting ketika memenangi Piala FA Remaja pada tahun 2006 dan 2007, merupakan kapten skuad pada ketika itu. Debut bersama skuad senior pada perlawanan Piala Liga (sebagai gantian) menentang Tottenham pada 12 November 2008.



Nathan Eccleston (penyerang)
Beliau juga adalah penyerang skuad remaja England yang menyertai skuad simpanan utama pada musim 2009-2010, setelah kecemerlangan beliau dalam aksi final Lancashire FA Cup menentang Manchester United serta beberapa perlawanan yang membanggakan bagi penyerang yang dikatakan "lipas kudung" ini.
Debut untuk skuad utama The Reds sebagai gantian ketika menentang Arsenal dalam saingan Piala Liga pada 28 Oktober 2009 dan penampilan BPL juga sebagai gantian ketika perlawanan menentang Fulham di Craven Cottage beberapa hari kemudiannya. Mungkin bakal menyinar sebagaimana aksinya dalam skuad simpanan.



Daniel Sanchez Ayala (Pertahanan)
Seorang lagi anak jati kelahiran negara seasal Rafa Benitez menyertai skuad simpanan pada musim 2007-2008 sebelum diangkat dalam skuad utama pada musim ini. Berasal dari Seville, telah membuat 3 penampilan di musim ini termasuk 1 sebagai kesebelasan utama dalam perlawanan menentang Stoke yang berkesudahan menang 4-0. Bakal mencecah usia 20 tahun dalam tahun ini, pemain pertahanan tengah berbakat besar ini juga pernah menyarung skuad bawah 17 tahun Sepanyol, dan dikatakan mempunyai masa depan cerah di dalam Liverpool.



Jay Spearing (Tengah)
Bekas ketua pasukan skuad bawah 18 tahun Liverpool ini dikatakan mampu menjadi sehebat Kapten Fantastic dalam beberapa tahun lagi, membantu kejuaraan FA Cup Youth pada tahun 2007. Pernah dilabel sebagai pemain terbaik kejohanan untuk skuad bawah 20 tahun Liverpool dalam pertandingan pada bulan Mei 2007 yang juga melibatkan pasukan seperti AC Milan dan Parma. Muncul untuk penampilan pertama skuad senior pada Kejuaraan Eropah sebagai pemain gantian dalam perlawanan menentang PSV pada Disember 2008 dan penampilan yang membanggakan ketika membelasah Real Madrid pada Mac 2009. Telah membuat 3 penampilan liga dalam tahun ini (1 utama, 2 simpanan)

Komen
Carian
tompok     |Registered |03-02-10 02:26:27
setuju dengan green... martin kelly mna???
green_goblin   |Registered |02-02-10 23:53:31
avatar salam..
sorg pemain yg muda paling menyinar nampaknya xde dlm senarai...
Martin
Kelly..

YNWA
hanya ahli berdaftar boleh mennghantar komen!!

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

0
Fans Liverpool Berdaftar