| Latest game: PL : Liverpool lwn Spurs 7 FEB 2012 |
| Player pilihan: Re: 7: Luis SUAREZ |
| Aktiviti My-LFC: T-Shirt My-Lfc 2012 |
Spekulasi: Maxi Rodríguez hampir pasti ke Anfield
LAST_UPDATED2 Written by Ijam Tuesday, 05 January 2010 16:24

Mengikut sumber2 yang dipercayai, Maxi Rodríguez makin hampir pasti akan menyarung jersi The Reds dalam beberapa hari lagi, secara pinjaman daripada Athletico Madrid. Bekas rakan sepasukan El Nino dan juga dikatakan rakan baik Javier Mascherano ini sememangnya amat berminat untuk menyertai The Reds, sehingga sanggup untuk menerima jumlah gaji yang lebih kurang daripada jumlah yang dimiliki beliau buat masa sekarang di Athletico Madrid ini.
Bermain di posisi sayap kanan, La Fiera (nama gelaran beliau) seringkali juga bermain di posisi attacking midfielder, dan ini boleh menjadi satu penyelesaian dan memudahkan tugasan El Nino di samping dapat memberi fokus kepada Steven Gerrard untuk bermain di posisi tengah. Dalam 121 penampilan beliau bersama Athletico Madrid, beliau telah menjaringkan 32 gol dan juga menyumbat 10 gol buat pasukan kebangsaan Argentina di dalam 35 penampilan.
Walaupun belum lagi sah menyertai The Reds, kita ingin mengalu-alukan kehadiran La Fiera ke skuad kita. YNWA!
Bio ringkas (penuh akan dibuat lepas confirm join)
Nama Penuh: Maximiliano Rubén Rodríguez
Nickname: La Fiera
Tarikh Lahir: 2 Januari 1981
Tempat Lahir: Rosario, Argentina
Tinggi: 1.80 m
Posisi: Sayap/Attacking Midfielder
diambil dari: http://my-reds.blogspot.com
| Comments |
|

