| Latest game: PL : Liverpool lwn Spurs 7 FEB 2012 |
| Player pilihan: Re: 7: Luis SUAREZ |
| Aktiviti My-LFC: T-Shirt My-Lfc 2012 |
OtaiFM geng baru My-LFC
Written by super_rafa Saturday, 20 December 2008 01:40
Radio Otai.FM ditaja oleh Organisasi Telechat Arena Internet Network (OtaiNET). "Simple Lagi Sempoi!" yang berteraskan profail yang simple namun sempoi, bersetuju menjadi 'radio rasmi' My-LFC berkuatkuasa semalam. Ketua rangkaian eksekutif rangkaian radio itu, bersetuju meletakkan link radionya die Web My-LFC untuk tujuan promosi kedua-dua belah pihak. Katanya lagi, jalinan kerjasama ini bakal menjadi platform baru untuk kedua-dua organisasi meluaskan pengaruhnya dari segi pelawat yang hadir. Ketua produksi My-LFC pula menganggap ia sebagai langkah positif pihak My-LFC bagi merancakkan promosi web ini yang lebih berteraskan forum peminat Liverpool Malaysia.
Sebelum ini, My-LFC sudahpun mendapat persetujuan LSCM (Liverpool supporters club Malaysia) bagi mengiktiraf laman forum ini sebagai lidah rasmi bagi semua fan Liverpool di Malaysia membicarakan sesuatu menerusi rangkaian forumnya. Otai.FM bakal menyediakan ruangan pembacaan berita Liverpool bagi menghebahkan berita-berita terbaru Liverpool yang diambil secara terus dari laman web ini.
Bagi anda yang berminat menjadi krew produksi My-LFC sila hubungi tores89 di private msg..
Anda boleh melayari terus laman otaiFM : di sini
My-LFC.
| Comments |
|
|
||||||
