Player pilihan:
Re: 7: Luis SUAREZ
Aktiviti My-LFC:
T-Shirt My-Lfc 2012

Rafa, dana dan masa depan Anfield



sumber: http://my-reds.blogspot.com 

Sukar sekiranya kita berada di tempat Rafa. Entah apa yang difikirkan oleh GnH ataupun pengerusi baru, Martin Broughton kita sendiri pun tidak dapat memastikan. Kita juga sedia maklum pengerusi baru kita ini adalah peminat setia Chelsea dan baru-baru ini telah mendedahkan bahawa "adakah lebih baik untuk Torres pergi" ke mana? Chelsea? Apa yang sudah berlaku? Konspirasi membalas dendam terhadap peminat Liverpool? Kita juga sudah sedia maklum bahawa GnH memang ingin Juergen Klinsmann menjadi pengurus Liverpool sejak 3 tahun dahulu lagi, namun tentangan peminat The Reds memastikan Rafa masih lagi menjadi pengurus pasukan.

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita bahawa Rafa akan disediakan dana sebanyak £5 juta pound untuk perbelanjaan musim panas nanti, namun disangkal oleh oleh jurucakap Liverpool bahawa Rafa akan mendapat sekurang-kurangnya £15 juta bagi tujuan tersebut. Berita ini pasti meresahkan kita semua ketika pasukan lain seperti Manchester City (dapat dana £100 - £150 juta), Chelsea (dapat dana £50-£100 juta) dan Manchester United (dapat dana£95 juta) mendapat dana yang sangat besar, kita pula masih terkapai-kapai. Jika "sell to buy" terpaksa dilaksanakan, kita mungkin kehilangan Albert Riera, Yossi Benayoun, Ryan Babel dan Philip Degen; juga sudah kehilangan Fabio Aurelio yang enggan membaharui kontraknya baru-baru ini. Persoalannya, adakah Rafa akan mendapat membelanjakan dana tersebut untuk membeli pemain-pemain baru?
Jika inilah yang mungkin bakal berlaku, tidak mustahil kita juga akan kehilangan dua bintang besar yang paling berpengaruh dalam 3 musim kebelakangan ini; Steven Gerrard dan Fernando Torres. Namun saya percaya keduanya mengambil langkah "tunggu dan lihat" kerana di hati mereka masih ingin berada di Liverpool, cuma mahukan kepastian tentang masa depan kelab yang paling berjaya dalam sejarah ini. Kesatuan penyokong Liverpool, SOS (Spirit of Shankly) telah giat aktif menganjurkan beberapa perhimpunan dan mesyuarat mendesak penjualan segera Liverpool oleh dua pemilik berbangsa Amerika tersebut. Legenda-legenda Liverpool seperti John Barnes, Ian Rush, Kenny Dalglish, Alan Hansen serta pemain-pemain sekarang seperti Pepe Reina juga telah menyuarakan pendapat mereka bahawa penjualan segera ini amat penting bagi menentukan masa depan Liverpool yang kini dibebani dengan hutang sehingga mencecah £400 juta.

Marilah sama-sama menyertai kempen menyelamatkan Liverpool di Facebook dengan menyertai kumpulan di bawah:
HELP SAVE LIVERPOOL FC serta mengikuti perkembangan SOS (Spirit of Shankly) dari masa ke semasa. Kita semua sayangkan kelab ini dan masa depan kini tetap menjadi persoalan. YNWA
Comments
Search
Hanielhf   |Registered |03-06-10 19:42:49
avatar Sedih dengan masa depan kelab tercinta aku ni.. Harap semuanya kembali sedia
kala.. Harapkan yang terbaik di masa hadapan.. YNWA..
Mr.Alip   |Administrator |03-06-10 03:50:32
avatar penjualan liverpool harus segera di lakukan
Only registered users can write comments!

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

0
Geng My-LFC Berdaftar