Jutaan peminat berpecah dua
LAST_UPDATED2
Written by super_rafa
Sunday, 20 December 2009 21:54
Adakah Gerrard dan Torres dikatakan tak sebulu dengan taktikal Rafa?, gambar: Dailymail
Kekalahan demi kekalahan dipalit ke atas nama kelab yang kita sayangi 'LIVERPOOL FC' yang tidak pernah menerima detik suram selama menyokong pasukan ini. Terperosok di tengah liga bukanlah suatu yang menarik untuk kita saksikan di jadual mata EPL. Malah ia suatu yang menyakitkan. Blog, web, akhbar rata-rata mengutuk Rafa. saya perasan, blog yang dulunya mengutuk owner, dan memuji Rafa pun sudah menyalahkan kedua-dua pihak ini. Rafa sememangnya menjadi kesayangan peminat ketika beliau membawa liverpool cemerlang di peringkat eropah. Banner, dan quote 'IN RAFA WE TRUST' di update oleh peminat liverpool di facebook, tweeter dan blog masing-masing.
Apabila tewas perkataan itu yang diungkit oleh peminat yang masih sayang dengan pengurus Sepanyol ini. Namun, tatkala detik sukar liverpool yang baru-baru ini menerima kekalahan, demi kekalahan dan prestasi hambar, sebahagian peminat sudah letih dan bosan menunggu kemaraan pasukan. corak permainan dan taktik benitez sudah bosan dan amat mudah dieksploitasi oleh pihak lawan. kini, siapa-siapa saja boleh tewaskan Liverpool, tak kira pasukan itu dari kedudukan bawah, tengah apa lagi big 4. Mungkin, H&G mahu lihat dulu janji rafa yang liverpool pasti mendapat spot 'big4' untuk musim depan, dan juga europa league. dan apa kesudahannya jika kita gagal ke Champions League dan apa lagi yang nak dikatakan, jika europa league pun kita terkandas?
Namun, segala penat lelah Rafa membentuk pasukan ini harus dikredidkan juga. Namun, bukan semua pengurus bertahan lama. Rafa telah gagal menggunakan wang yang dibekalkan dengan baik. Lucas, Dossena, Babel, Aquilani. adakah mereka berempat ini yang menjadikan Rafa 'bodoh' dalam pembelian pemain? Rafa mungkin lega dengan pembelian paling bernilai didunia iaitu fernando torres. H&G mungkin risau jika rafa dipecat, torres mungkin mencari haluan lain. dan begitu juga pemain-pemain lain. Apa kesudahannya? Kita berada di dalam saat getir, mungkin kita bergaduh di facebook, di forum berkenaan taktikal rafa. Ketepikan semua itu!! kita adalah Reds, kita pasti disamping pemain dan pengurus kita. YNWA!
“When you walk through a storm,
Hold your head up high,
And dont be afraid of the dark,
At the end of the storm, is a golden sky,
And the sweet silver song of the lark.
Walk on through the wind,
Walk on through the rain,
Though your dreams be tossed and blown,
Walk on, Walk on with hope in your heart,
And you’ll never walk alone, You’ll never walk alone!”
p/s: My-lfc menyediakan ruangan mengundi, dimanakah pendirian anda terhadap RAFA!.. sila berbuat demikian di homepage. t.kasih