| Latest game: PL : Liverpool lwn Spurs 7 FEB 2012 |
| Player pilihan: Re: 7: Luis SUAREZ |
| Aktiviti My-LFC: T-Shirt My-Lfc 2012 |
Debut Aquaman menentang Fiorentina
LAST_UPDATED2 Written by super_rafa Tuesday, 08 December 2009 09:30

Aquaman: To The Kops... here I am for you!
Akhirnya... dari sumber Liverpoolfc.tv; Rafa akhirnya akan menurunkan Alberto Aquilani (Aka Aquaman) dalam perlawanan di Anfield rabu ini menentang Fiorentina, untuk perlawanan terakhir dalam kumpulan E, UCL. Walaupun kemenangan tidak akan mengubah nasib Liverpool dalam UCL (welcome to Europa League!), tapi keterujaan nak lihat bekas bintang Roma ni tak akan disia-siakan.
Sedikit cerita pasal Aquaman untuk tatapan anda semua:-
sumber: ijam - http://ijamhc.blogspot.com/
Nama: Alberto Aquilani
No Jersi: 4
Tarikh Lahir: 7 Julai 1984
Tempat Lahir: Rome, Italy
Posisi: Tengah
Status: bertunang (aktres: Michela Quattrociocchi)
Kelab: 2002-2009 Roma, 2009-sekarang Liverpool
Negara: Italy U21 2004-2007 (19 penampilan, 5 gol), Italy (senior) 2006-sekarang (11 penampilan, 2 gol)
Fakta-fakta menarik:
- pada tahun 2001, ketika berusia 16 tahun, beliau pernah cuba dipancing oleh Arsenal dan Chelsea tapi ditolak oleh Aquaman
- first eleven debut untuk Roma pada usia 18 tahun (10 Mei 2003) menentang Torino (ketika itu Roma di bawah kendalian Fabio Capello)
- dipinjam ke Triestina pada musim 2003-2004, untuk regular start dan pengalaman
- kembali ke Roma pada musim 2004-2005, dan bermula sebagai regular first line up buat Roma
- pada season 2005-2006, menjaringkan gol penting buat Roma dalam "Derby Della Capitale" pada 26 Februari 2006, memecahkan rekod jumlah kemenangan berturut-turut bagi sebuah pasukan dalam Serie A.
- pada season 2006-2007, kerana kecemerlangan season sebelumnya, beliau telah diberi jersi no.8 (yang sebelum ini dipakai oleh Matteo Ferrari)
- Jersi no 4 yang dipakainya sekarang pernah dipakai oleh Sami Hyppia
SO, GOOD LUCK AQUAMAN!
saksikan satu babak aksi beliau!
| Comments |
|
|
||||||
|
||||||
|
||||||
|
||||||
Only registered users can write comments!
Powered by !JoomlaComment 3.26



