| Latest game: PL : Liverpool lwn Spurs 7 FEB 2012 |
| Player pilihan: Re: 7: Luis SUAREZ |
| Aktiviti My-LFC: T-Shirt My-Lfc 2012 |
Pandang ke hadapan, europa league pula
Written by anep89 Wednesday, 25 November 2009 06:07
Kepada sekalian peminat The Reds, percayalah disebalik kemurungan kita tidak layak ke peringkat kalah mati liga Juara ini pastinya ada hikmah yang bakal menggembirakan kita semula. Kemenangan 1-0 sebentar tadi merupakan kemenanan pertama sejak kita membenam Sang Syaitan 2-0 di Anfield. Sunguh perit skuad kita menelan kekalahan demi kekalahan, dan seterusnya badi seri kita di liga domestik. Jadi, badi-badi itu pastinya terhenti sebentar tadi, setelah David Ngog memastikan kita kembali ke landasan kemenangan untuk menaikkan moral pasukan menewaskan Everton pula hujung minggu ini.
Bukanlah perkara mudah untuk mengharapkan ihsan Lyon membenam Florentina di Italy, kita pernah melaluinya beberapa siri yang lepas dan ternyata segala badi 'nasib' itu kita perolehi. Tetapi musim ini, nasib yang kita harapkan tidak menjadi. Begitu juga di peringkat liga, pertahanan kita kelihatan longlai diamuk pihak lawan lebih-lebih lagi ketika sepakan percuma. Taktik Rafa untuk merehatkan Skrtel ternyata berhasil. Skrtel dilihat menjadi dalang kepada bolos di setpiece, dan Carragher juga banyak melakukan kesilapan di situ, sehinggakan statistik terburuk kita perolehi dan perlu kita terima iaitu bolos setpiece kita lebih besar dari kelab bawahan seperti Portsmouth. Europa League merupakan satu jalan penyelesaian buat Rafa mengubat kembali kekecewaan peminat Liverpool. Dan lebih sukar lagi, peminat di Malaysia pastinya mengharapkan belas Astro menyiarkan perlawanan itu di siarannya, berbanding siaran ESPN STAR SPORT hanya menyiarkan pusingan kalah mati liga juara-juara.
Januari yang hampir ini, membolehkan Rafa memperkuat jentera serangannya. Ini penting, terutama untuk meneruskan saingan di Europa league dan juga merebut slot 4 pasukan England ke pusingan Liga juara-juara musim hadapan. Sekali lagi, pemilik Amerika menjadi taruhan, dan merekalah yang patut dipersalahkan kerana tidak menyediakan Rafa dana yang secukupnya untuk saingan merebut liga juara-juara dan liga domestik yang sudah pun melepas.
Optimistik, dan yakin. Teruskan sokongan padu kita untuk pasukan The Reds yang kita cintai. Ingat, darah itu merah kerana ada sebabnya. YNWA!
| Comments |
|
