Analisis&Komen

YNWA: Muchas Gracias Rafael Benitez

LAST_UPDATED2 Written by Ijam Friday, 04 June 2010 03:38



Sudah Sah - Rafael Benitez kini meninggalkan Liverpool di atas perjanjian yang dipersetujui bersama dengan pihak lembaga pengarah. Meninggalkan segala memori pahit dan manis sepanjang 6 musim di bawah arus "Rafalution" yang berakhir semalam. Ketika ini diberitakan Pengarah Urusan Christian Purslow dan legenda, Kenny Dalglish ditugaskan untuk mengenalpasti calon - calon yang dirasakan sesuai untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Rafa. Ujar Pengerusi LFC, Martin Broughton, "
Rafa akan sentiasa diingati di atas kejayaannya membawa kemenangan Kejuaraan Eropah dalam perlawanan yang dianggap bersejarah namun kekecewaan sepanjang musim 2009/2010 kita mahukan permulaan yang baru"

Dalam kata-kata terakhir Rafa Benitez:
"Adalah sukar untuk menyatakan bahawa saya kini bukan lagi pengurus Liverpool. Terima kasih kepada semua pekerja dan para pemain di atas segala usaha mereka. Segala kenangan manis akan terus disimpan di hati saya, penyokong yang kental dan setia walaupun di masa yang sukar dan rasa cinta kepada Liverpool. Tiada lagi kata-kata selain ucapan terima kasih untuk tahun-tahun saya di sini dan saya berbangga pernah menjadi pengurus Liverpool FC"

Mengakhiri dengan satu ungkapan yang mungkin akan diingati oleh kita semua, "Thank you so much once more and always remember: You'll Never Walk Alone"

Terima kasih Rafael Benitez untuk Champion League, Euro Super Cup, FA Cup, Fernando Torres, Pepe Reina, Rafalution dan kempen terbaik 2008/2009. Jasamu sentiasa dikenang. YNWA
 

Rafa, dana dan masa depan Anfield

Written by Ijam Tuesday, 01 June 2010 23:16



sumber: http://my-reds.blogspot.com 

Sukar sekiranya kita berada di tempat Rafa. Entah apa yang difikirkan oleh GnH ataupun pengerusi baru, Martin Broughton kita sendiri pun tidak dapat memastikan. Kita juga sedia maklum pengerusi baru kita ini adalah peminat setia Chelsea dan baru-baru ini telah mendedahkan bahawa "adakah lebih baik untuk Torres pergi" ke mana? Chelsea? Apa yang sudah berlaku? Konspirasi membalas dendam terhadap peminat Liverpool? Kita juga sudah sedia maklum bahawa GnH memang ingin Juergen Klinsmann menjadi pengurus Liverpool sejak 3 tahun dahulu lagi, namun tentangan peminat The Reds memastikan Rafa masih lagi menjadi pengurus pasukan.

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita bahawa Rafa akan disediakan dana sebanyak £5 juta pound untuk perbelanjaan musim panas nanti, namun disangkal oleh oleh jurucakap Liverpool bahawa Rafa akan mendapat sekurang-kurangnya £15 juta bagi tujuan tersebut. Berita ini pasti meresahkan kita semua ketika pasukan lain seperti Manchester City (dapat dana £100 - £150 juta), Chelsea (dapat dana £50-£100 juta) dan Manchester United (dapat dana£95 juta) mendapat dana yang sangat besar, kita pula masih terkapai-kapai. Jika "sell to buy" terpaksa dilaksanakan, kita mungkin kehilangan Albert Riera, Yossi Benayoun, Ryan Babel dan Philip Degen; juga sudah kehilangan Fabio Aurelio yang enggan membaharui kontraknya baru-baru ini. Persoalannya, adakah Rafa akan mendapat membelanjakan dana tersebut untuk membeli pemain-pemain baru?

Read more: Rafa, dana dan masa depan Anfield

 

29.5.2010: 25 tahun tragedi Heysel

Written by Ijam Saturday, 29 May 2010 11:25

25 tahun dahulu pada hari ini (29.5.1985) merupakan satu lagi hari yang pasti tidak akan dapat dilupakan dalam sejarah bolasepak Eropah, terutamanya bagi penyokong kita dan Juventus ekoran tragedi yang meragut 39 nyawa ketika perlawanan akhir Piala Eropah di Stadium Heysel, Belgium (32 daripada keseluruhan kematian merupakan penyokong Juventus). Tragedi ini juga menyebabkan kelab-kelab Inggeris disenaraihitam daripada penyertaan kepada kesemua pertandingan di peringkat Eropah (sebelum ditarik balik semula pada musim 1990-1991).

Pada tahun 2005, Liverpool dan Juventus telah diundi bertemu semula pada peringkat suku akhir Champion League setelah 20 tahun tragedi berikut. Penyokong The Reds yang berada di The Kop mengambil inisiatif positif dengan mengangkat sepanduk "amicizia" [persahabatan di dalam bahasa Itali] yang mendapat respon positif daripada penyokong Juventus yang hadir di Anfield ketika itu.



Sebagai satu lagi usaha diplomatik, sebuah monumen peringatan dibina bagi memperingati tragedi berdarah ini.
In Memoria E Amicizia: Liverpool - Juventus. 29th May 1985. YNWA
 

YNWA: Selamat Tinggal Fábio

Written by Ijam Thursday, 27 May 2010 10:02


Fábio Aurélio bakal meninggalkan kita secara sah setelah tidak menandatangani perjanjian lanjutan kontrak "pay as you play" yang ditawarkan kepada beliau untuk musim hadapan. Masalah kecederaan yang berlanjutan sepanjang musim 2009/2010 lebih banyak meminggirkan beliau daripada kesebelasan utama walaupun beliau adalah antara peranan utama sepanjang musim sebelumnya. Membuat 71 penampilan sepanjang karier beliau di Liverpool semenjak menyertai kita dari Valencia pada tahun 2006, Fábio Aurélio juga adalah salah seorang pemain yang berkebolehan membuat tendangan sudut dan percuma dengan baik. Satu kehilangan yang besar sebenarnya buat skuad kita.

Tendangan percuma beliau ketika menentang Chelsea (Champion League) dan Manchester United (ketika menang 4-1 di Old Trafford) pasti akan terus diingati oleh kita semua. Terima kasih Fábio, kami pasti akan merindui anda.
YNWA
 

76% memilih kit SC Torres dan Gerrard

LAST_UPDATED2 Written by Ijam Monday, 24 May 2010 13:07


Bagaimanakah nasib 76% pemilik jersi kit Standard Chartered baru 2010/2012 kita sekiranya FT9 atau SG8 meninggalkan kita pada musim hadapan? Adakah mereka akan membuangnya? Membakarnya atau dijual di Ebay? Kedua-dua bintang kita masih lagi belum mahu memberikan kata putus tentang komitmen masa depan mereka di Anfield sehingga hari ini dan harapnya mereka tidak akan mengecewakan 76% pemilik kit baru ini. Bayangkan jika daripada 1,000,000 pembeli kit baru, maknanya 760,000 orang sudah memiliki kit nama FT9 dan SG8. Mungkin kerana ini untuk buat masa sekarang kita mungkin dapat mengandaikan kedua-duanya mungkin akan masih berada di Liverpool.
Artikel ini juga mungkin akan menceritakan kenapa kita tidak akan menjual Fernando Torres; dan petikan kata Rafa sendiri "Wanita di Asia memang menggilai beliau. Terima kasih kepada beliau kerana menjadikan Liverpool semakin besar di Asia."

Top 10 tempahan nama untuk kit SC melalui liverpoolfc.tv
Torres - 42%
Gerrard - 34%
Carragher - 4.2%
Mascherano - 3.5%
Agger - 2.6%
Aquilani - 2.4%
Johnson - 2.3%
Reina - 2.2%
Kuyt - 1.9%
Maxi - 1.7%
 

Page 1 of 20

«StartPrev12345678910NextEnd»
0
Geng My-LFC Berdaftar